Yeayy..
Sekarang dah ada 2 kerusi roda untuk mak :
1. Kerusi Roda Lama - NGO bagi (jenis seat kain takleh mandikan MIL atas kerusi roda ni)
2. Kerusi Roda Baru - Beli RM 279 di Safe & Well (Lotus Setia Alam). Berat 15kg, besar & lebar & Seat kulit.
Kerusi roda yang arwah FIL gunakan dulu, kami dah buang selepas FIL meninggal sebab dah rosak. Seatnya dah koyak (mandikan FIL atas kerusi roda, dan faktor berat pun satu hal, seatnya koyak).
Koleksi sekarang..
Kerusi roda seat kain & kerusi roda seat kulit/ plastik.
Kami memang cari khas yang seat kulit / plastik untuk guna mandikan MIL di bilik air.
Mandikan terus atas kerusi roda dalam bilik air.
Kami nak mandikan 2X sehari (pagi dan malam) dalam bilik air, eh MIL taknak pulak.
Sejuk katanya.
So kami cuma mandikan MIL dalam bilik air kalau dia nak sahaja.
Kalau taknak mandi,kami lap2 tubuh di bilik air sahaja guna besen & towel kecik. Berus gigi sekali dalam bilik.
Oh ye.. kerusi roda yang kami beli ni adalah yang paling murah dan saiznya lebar.
So, sesetengah pintu bilik air memang tak celussss nak masuk.
Especially jenis pintu bilik air berlipat tu.
Tapi pintu bilik air rumah kami jenis pintu biasa saje...
Kerusi roda ni muat2 je masuk, tu pun lepas susah payah tolak dan adjust nak masukkan ke bilik air. (Muat masuk-tapi agak payah, dan kena dengan kudrat suami menolak masuk)
So, solutionnya suami aku tanggalkan besi kat tayar kerusi roda.
(Besi ni digunakan oleh pesakit, kalau nak gerakkan tayar sendiri bila nak bergerak)
MIL tak tolak sendiri kerusi roda ni untuk ke toilet, so kami boleh la tanggalkan besi tu.
Bila dah tanggalkan benda tu, baru la senang sikit nak tolak kerusi roda masuk ke dalam bilik air.
Takde lagi sempit2 berlaga roda dengan frame pintu bilik air..
Besi bulat hitam tepi roda tu yg kami tanggalkan.
(Nampak aje macam besi, sebenarnya plastik aje.. Bukan macam kerusi roda dulu-dulu besi)
Guna spanar nak bukakan benda alah tu.
Dah siap
Legaaa sikit nak masuk bila tanggalkan besi roda tu.
Boleh tolak dengan senang aje masuk bilik air.
Untuk mandi, memang kami bawak MIL ke bilik air.
Tapi kalau nak kencing & buang air besar, MIL guna Portable Toilet Chair
Oleh kerana kedua-dua kami kerja, so kena tunggu kami balik kerja dan clearkan buang "hasil" ke toilet rumah.
Suami pasang shower kat bawah khas untuk MIL mandi guna kerusi roda.
No more kerusi plastik & Tong hitam tadah air macam dulu untuk MIL.
Kalau letak tong tak muat kerusi roda nak parking nanti, hehehe
(Tapi ya rabbi slow nya air kat hand shower ni, stressss aku)
Pastu ada la 2ketul laki bini ni duk main kerusi roda.
Konon-konon demo la MIL mandi nanti ok ke tak.. Hahaha..
Ni dah beberapa hari, MIL taknak mandi, sebab sejuk.. Maklumlah beberapa hari ni hujan aje kat Selangor ni..
Psst : Tak jem jalan minggu ni ke opis.. Seronoknya jalan clear aje. 30minit dh sampai opis. Seronoknya... Korang ada amik cuti extra ke tu? Jalan mana CNY baru2 ni? Aku duk membeku kat opis ni, team aku 2 orang aje bekerja. Sejuk bkn main lagi ekonnya..
XoXO
5 comments:
kat johor ni pun sejuk beberapa hari ni
insan terpilih dpt menjaga org sakit nak lg ibubapa
alhamdulillah
mai sertai GA cik nur
Dah jadi tanggungjawab anak menjaga ibu bapa yang uzur
besar pahala u dan ur hubby jaga ur MIL tu...moga2 menjadi asbab ke syurga..aamiin
Alhamdulillah dapat jumpa yang sesuai kan, dekat rumah akak sekarang ni dah 2 hari tak hujan tapi malam agak sejuk jugak
Post a Comment