nuffnang

JANA DUIT

MIL boleh berjalan sikit-sikit semula.

Assalamualaikum... Hai Semua...


MIL sekarang boleh berjalan semula sikit2.
Sekadar ke tandas sebelah bilik sahaja untuk buang air besar / mandi jika tak perlu naik kerusi roda.
Tapi untuk buang air kecil, MIL akan guna portable toilet saja dalam bilik tidurnya. Tak perlu kerap-kerap berjalan.
Tu pun aku Alhamdulillah sangat rasanya.
Atleast selesa kalau dia nk buang air besar dalam tandas.
Pastu MIL pun xperlu la hidu bau busuk kalau takde najis dalam portable tandas.
Maklumla, kami balik kerja baru la suami clearkan portable toilet tu.
Sekarang takde najis dalam tu. Just ada air kencing aje. Melainkan kalau MIL betul2 tak larat nak berjalan, so MIL akan guna portable toilet aje.

Tapi untuk makan, memang tak perlu jalan ke dapur.
Memang kami letak bekal makan siap2 dalam bilik (jika tak puasa)
Buka puasa, kami kena tolak MIL guna kerusi roda ke ruang makan sebab ruang makan jauh dari bilik.

Kita yang menjaga ni, tengok perkembangan yang baik sikit pun dah seronok sangat dah.
Sebab kita bukan jenis yang datang melawat sejam dua, pastu balik.
Bulan depan datang lagi.
TAK.
Kita yang jenis mengadap setiap hari dan mengurus setiap hari. Serumah.
Jadi memang la seronok sangat bila MIL masih boleh urus diri.
5 tahun menjaga, banyak benda dikorban.
Orang lain mungkin tak tahu.
Tapi Suami tahu.
Ye.. Cukup suami tahu.

Updated : MIL takde jumpa doktor pun untuk berjalan semula. Rasanya masa dia tak leh berjalan ni, sebab rasa kaki lemah kot. Tu yg tiba2 xleh berjalan. Sekarang rasa ok, dan dia yg sendiri blh nak berjalan dah (guna tongkat), tapi takde berjalan jauh dh. Biasa ke bilik air saje

Ok. Bye
XoXO

6 comments:

Mama Zharfan said...

alhamdulillah, moga ur MIL terus diberikan shifaa'
aamiin
salam ramadhan kareem utk u and ur lil family

Afzan said...

alhamdulillah mak pun mesti happy dh dapat berjalan sikit2 tu,insyaAllah berkat ramadhan tahun ni mak makin baik

mama tisya said...

alhamdulillah...smoga dipermudahkan segala urusan MIL

mummy_ayu said...

alhamdulillah.. betul tu, small little progress pun dah happy dah. moga makin sihat hendaknya...aamiin

Zue ismail said...

Hai hani.. boleh sy tau nama doktor yg consult? Sy pun tgh mencari rawatan tuk mak sy.

Han Hanni said...

Zue Ismail : MIL memang blh berjalan selama ni. Sehingga la hampir 2bulan xleh berjalan. Sy rs bkn xleh berjalan, cuma dia rasa kaki lemah
Xde pergi doktor pun. Setakat pergi jumpa doktor dressing kaki luka kencing manis aje.
MIL kuat nak berjalan semula. Mungkin sebelum ni, xlarat kot kakinya. Sekarang dia rs ok nk berjalan semula