Bergaduh time preparation kawen. Perkara biasa kah?

Assalamualaikum...
Selamat....


Aku pernah ditanya oleh seorang kawan

Kawan :  Eh, korang dulu sebelum kawen pernah gaduh tak? Sebab urusan persiapan perkahwinan korang gaduh?

Aku : Takdelah gaduh sangat. Ok jer.. Nape weh??

Kawan : Aku dengan tunang aku asyik gaduh je. Banyak betul dugaan time ni... Dari mula sampai akhir ada je yang nak berhentam.


So, far alhamdulillah. Tahun lepas masa sebelum kawen takde pulak kami nak gaduh. Mungkin sebab suami aku jenis yang tak kesah, menurut jer pilihan aku dan aku pulak tak meminta yang bukan-bukan. Lagi pulak aku tunang 2 minit sebelum kawen. huhu.  So nak gaduh apa je kan depan kadi tu.. So dugaan masa tunang takde.


Pemilihan date.

Oleh kerana aku kawen sekali dengan adik aku, makanya datenya dah fix kena ikut date tu. Family suami pun takde bantahan... Kemudian untuk date majlis bertandang, aku cadangkan buat terus seminggu lepas nikah, suami dan family dia setuju sebab senang habiskan sekaligus. Tak perlu nak tunggu berbulan-bulan baru buat majlis. Nanti bertambah stress... Dalam soal ni, bagi aku apa yang penting dua keluarga tu kena bincang elok-elok la untuk dapatkan kata persetujuan pasal tarikh. Sebab ada yang nak time cuti sekolah, ada yang nak time cuti umum.

Pemilihan Butik pengantin.

Suami aku memang lepaskan kat aku bulat-bulat pasal ni.... Orang laki jarang nak pedulik pasal ni. Lagipun untuk majlis tempat aku memang la senang kalau serahkan kat aku. Bab pemilihan warna ramai pasangan yang berentap. Bagi aku, pilih warna yang lelaki tak malu nak pakai. Kalau pink, ada sesetengah lelaki malu nak pakai. Better amik biru atau hijau, sebab sesuai dengan lelaki dan perempuan. Even kalau nak pink sekali pun, perempuan kena pandailah pilihan pakaian lelaki yang just ada penggunaan sedikit warna pink sahaja. Sebagai contoh, kain samping dan tengkolok pink... Ataupun hanya kemeja berwarna pink kalau pakai set sut. Lelaki pun bukan nak cari gaduh dengan kite kan wahai wanita. So, kite kalau dorang nak pakai warna kesukaan kita sedikit kat tubuh dorang pun kite kena bersyukur tau. Macam laki aku dia jenis tak kisah atas apa yang aku pilih...


Souces : google
Pemilihan Pink still sinomin dengan lelaki.
Walaupun sedikit penggunaan warna ni tetap menaikkan seri seorang lelaki


Souces : google

Still boleh match dengan pasangan

Souces : google
Pink yang lembut tak terlalu ketara bagi seorang lelaki


Pemilihan Lokasi

Ada sesetengah majlis buat kat rumah, ada yang buat kat dewan. Lokasi ni bagai aku kenalah mengikut kata pihak majlis. For example, majlis kat rumah lelaki biarlah pihak lelaki yang tentukan. Janganlah kite nak membantah. Sebab kalau majlis kat rumah perempuan, dah tentu-tentu perempuan tu sendiri nak pilih tempat kan.


Kalau kat dewan kos agak mahal.
Tapi memudahkan urusan kite dari segi tak perlu nak hias rumah dan cuci rumah lepas majlis
Orang pulak mudah kenal dewan (yang glemer) dari rumah kite, melainkan orang dah biasa gi rumah kite. Macam aku memang decide nak buat kat dewan sebab dewan hanyalah 400 dan mak aku nak tetamu selesa dari panas dan hujan. Mak aku pulak taknak bebankan anak menantu kemaskan rumah.


Souces : google

Kalau kat rumah sendiri, kos jimat dan memudahkan orang kenal rumah kite.
Tapi just penat nak mengemas rumah je la.
Tetapi family mertua aku lagi selesa buat kat rumah sendiri. Senang saudara nak ke sana.


Pengurusan Borang Pernikahan

Dalam bab ni ramai yang bergaduh jika dapat pasangan yang jenis last minit punya orang dan malas nak turun naik pejabat uruskan dokumen pernikahan... Ada sesetengah lelaki memang last minit punya orang, Ada pulak perempuan yang suka mendesak cepat siapkan borang itu ini sebab takut tak sempat. Dalam ni kena lah bertolak ansur... Boleh mintak tolong jasa baik family untuk tolong sekali jika tak mampu uruskan sendiri.

Souces : google

So far, urusan borang aku semua aku dan family uruskan. Untuk suami, ayah aku banyak guide. Family aku sangat membantu urusan ni. Sedikit pun tak menjadi masalah kepada kami. Suami pulak jenis waktu kerja yang flexible, so senang nak ke pejabat agama bagai tuh.


Pemilihan Hantaran & belanja

Haaaaa..ini topik aku suka. Sebab rata-rata orang bergaduh sebab isu ni. Masing-masing berlumba nak tayang hantaran sape yang paling hebat.
Maka terjadilah omongan antara pasangan " yang, kawan i hantaran 20 dulang, yang kawan i dapat iPhone dari suami dia."
Lelaki pulak sound " u ingat i ape? Ingat i ni Bank Negara punye anak ker??
Haa.. barulah jumpa buku dengan ruas antara pasangan... Hentam menghentam.... Bila pasangan tak cukup duit, maka terjadilah isu ni. PLEASEEEE kira perbelanjaan anda sebelum beli hantaran. Jangan bebankan pasangan anda. Bagi pendapat aku, kalau kau nak hantaran yang best-best dan hebat, gunalah duit sendiri. Ini bukan bab kau suami kau kena bayar. Ini bab tolak ansur. Pernah jadi kes kat kawan aku, bakal isteri dia nak kasut Timberland beratus ringgit, terus la dia demand nak jam mahal dari si perempuan tu pulak. Mulalah masing-masing bising sebab tak puas hati bila duit banyak keluar. Adalah satu bonus jika pasangan anda willing nak taja semua hantaran tu.

Check poket sendiri. kalau tak mampu cukuplah sekadar hantaran yang murah. Kami share duit untuk beli barang. Sebab semuanya murah sahaja. hiasan riben bagai tu just recycle jer.


Bersanding.

"Nak bersanding ke tak?? Seganlaaa..Malu laaa..
I tak kira, i nak sanding jugak."
Isu bersanding pernah jadi isu perbualan aku dengan suami aku. Nak bersanding ke tak? Kalau segan, better gunakan pelamin sebagai prop untuk bergambar je. Jangan paksa kalau pasangan kite tak nak sanding, kite masih boleh teruskan dengan aktiviti belah kek & bergambar. Minta family untuk paham permintaan anda jika anda tak mahu bersanding. Lagi pulak pelamin pun mahal jugak sewaannya.


Aku bersanding sekejap je sebab kejarkan masa nak makan beradap pulak. 
pihak lelaki nak balik Perak pulak time tu. Suami cakap " terasa malu jugak nak sanding, tapi kena tempuh je la,sekejap je kan. lagipun bukan kite je yang bersanding. So, mudahkan kerja aku sebab takde gaduh-gaduh isu ni

Ajak pasangan bergambar kenangan jika tak mahu bersanding.
At least hari kahwin kita seronok sebab still boleh bergambar kenangan dengan suami, daripada suami muncung je sebab paksaan kita untuk bersanding.

Makan beradap.

Makan beradap jarang lelaki tolak. Nak je kalau bab makan kan. Cuma sedikit perbalahan jika pasangan kite rasa terbeban dengan kos untuk makan beradap. Kalau guna duit kite sendiri takpe la kan. So, pandai-pandailah berbincang dengan pasangan. Pastikan tak membebankan antara satu sama lain. Boleh ikhtiarkan cara lain untuk  buat makan beradap jika tak cukup duit.
For example : DIY hias meja makan beradap, makan boleh guna nasi katering. Just hias nampak eksklusif sikit. Usaha untuk apa yang kite nak memang berbaloi.


Makan beradap kami di Perak hanyalah RM200. Satu family aku dapat makan. hehehe



Kad kawen.

Perempuan mesti lebih cerewet bab kad kawen berbanding lelaki kan? Percaya tak?? Lelaki bertambah-tambah tak setuju kalau kos kad kawen melampau-lampau kan. Sedangkan kite yang perempuan ni nak kad yang sweet the vass gitu haaa..Carilah kad kawen yang anda rasa anda mampu dan tak membebankan poket orang lain. Jika perempuan nak lelaki keluarkan duit untuk kad kawen, carilah kad kawen yang di dalam kemampuan lelaki itu. Kalau guna duit sendiri boleh la tempah kad kawen mahal. Tapi berbaloi kah kad kawen mahal jika tetamu tengok dan buang. Melainkan kalau kad kawen kite ni bertatah berlian, sampai mati tetamu simpan. hahah

Dari sini aku dapat rumuskan yang sebenarnya faktor utama pasangan akan bertekak adalah sebab DUIT. Percayalah... Ada duit, segalanya boleh buat. Bntulah pasangan anda untuk meringankan beban masing-masing, yang penting SABAR dan TOLAK ANSUR.


Psst : Alhamdulillah. persiapan aku dulu hanyalah 2-3 bulan sebelum kawen dan semua ok.
Aku doakan semua pasangan yang nak kawen dipermudahkan segalanya.


Ok. Bye

7 comments:

cik mah said...

Hehe...btul tu...mmg biasalah tu klau gaduh2..perempuan nk yg sempurna je..lelaki xkisah..asala ada je kan.. Tu yg wat kenangan tu..teringat2 time gaduh bila dah kawin..hehehe

Lyaa Suriany said...

time kite dulu xde bnyk sgt kot. sbb dpt hubby yg jns serah kat perempuan. haiyooo.
so kite la kena decide.

yg penting kena toleransi. kalau dua dua keras memang tak kemana lah

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] said...

lawak lah entry ni.. hahahah
tapi ia akan dijadikan satu panduan untuk mapie berkahwen nati..hehehe

ezy.fia said...

aku ngn suami dulu ade gop gadoh sikit2..
xby la sbb suami jns xkisah.. hihi

~*irjune*~ said...

time sy kawin dulu semua ikut kepala hotak sy start dr tarikh tunang, tarikh nikah kawin, bilangan hantaran, tema kenduri sebelah saya pun ikut kepala otak saya dan warna baju sebelah kenduri lelaki pun sy juga yg pilih. Suami follow aje. Sampai saya pun pelik sbb apsal la suami langsung tak bantah. Hehehe...tapi Alhamdulillah...semuanya selesai.Amin

fazianbatrisyia said...

betul tu kena bincang baik2 dan tolak ansur yg penting. kena tgk kemampuan jugak nak demand bagai tu hantaran vogue ke hapa tu...janji tak berhutang byk, kalau terus dpt bby lagi la...byk nak guna duit...simpan utk lepas kawen pulak...

Anonymous said...

Memang btol kan. Aku da la nk nawen seminggu je lg. Ade je x kene. Nk plk time tu la dtg bulan...x boleh nk bergurau. Pompuan ni mmg amik serius pasal bab ni. Semua nk perfac. Lg pulak ape yg aku xnk dia akn kate nak. Xnk menanggung malu kata nye.