nuffnang

JANA DUIT

Resepi : Chrysanthemum Goji Jelly (Jeli Bunga Kekwa)

Assalamualaikum...


Aku first time makan ni masa ex opismate buat dan bagi aku try.
Masa tu aku rasa best giler jeli ni.. Sejuk, lembut,nyaman..
Terus aku makan 2 ketul..hehehe..


 

Bahan - bahan
1. 1000 ml air
2. Satu paket konnyaku jelly powder(10g)
3. Goji berries secukupnya
4. Chrysanthemum kering/ bunga kekwa kering
5. Gula 250 g ( tapi aku guna 200/210g memang dah sedap sebab kurang manis)


Kat belakang pek jelly ada instruction buat jeli.


Goji berries and chrysanthemum kering
Aku beli kat kedai ubat cina.

Cara-cara:
1. Campurkan gula dan jelly powder.
2. Didihkan air, tunggu air menggelegak/mendidih, baru masukkan campuran powder jelly dan gula tu. Masukkan sikit demi sikit. Kacau jangan bagi berketul.
3. Dalam periuk berangan, didihkan air untuk rendam chrysanthemum dan goji berries. Didihkan sekejap bagi kembang.
4. Kautkan goji berries dan chrysanthemum tu, 
5. Masukkan goji dan chrysanthemum dalam bekas yang nak dibekukan jelly, masukkan air didihan chrysanthemum tu dalam setengah senduk (untuk amik rasa/bau/warnanya). Ada sesetengah orang dah tak guna air didihan tu.
6. Tuang jelly cair tu dalam bekas yang kita masukkan goji tadi untuk dibekukan.
7. Tunggu suam sekejap pastu sejukkan dalam peti.

Suami memang suka jelly ni.


Ok. Bye

1 comment:

Ezy Loy said...

ssh nk dpt bahan kalo kat penarek.. cane nk buat.. tlg buat utk aku..
haha