nuffnang

JANA DUIT

Resepi : Keli Masak Lemak Kencur (Daun Cekur)

Assalamualaikum...


Resepi disimpan di blog untuk rujukan sendiri.
Sebab next time nak masak, terus boleh rujuk blog sendiri.
Takde la nak teraba-raba cari resepi

Bahan-bahan
  • Ikan keli (4 ekor) – goring garing (kunyit+garam)
  • 3 ulas bawang putih.
  • 3 ulas bawang merah.
  • Sedikit kunyit hidup – tumbuk
  • 7 tangkai cili padi merah.
  • 4 / 5 biji ubi cekur.
  • 2 helai daun cekur – mayang halus.
  • Santan 2cawan
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak

  • Tumbuk halus bawang putih, bawang merah, cili padi, kunyit dan ubi cekur.
  • Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan santan setelah bahan tumis tadi garing.
  • Massukkan keli bila santan mendidih.
  • Masukkan daun cekur yang telah dimayang halus.
  • Adjust rasa mengikut selera dengan garam dan gula.
  • Siap dihidang dan selamat mencuba…
Selain keli, boleh guna ayam atau daging salai.. Atau ikan lain..

Ok. Bye

4 comments:

Ezy Loy said...

kalo ckop bahan senang la nk msk..
aku sllu xckop bahan..
lg la mls nk msk... haha

Asha Lya said...

Mudah klau cukup bhn, cekur tu susah nak cari kat cne huhu

lia ummiirfan said...

daun cekur tu susah nak carik.. huhu.. kat pasor pun dah susah nak jumpa

NabilaHasyim said...

Mmg susah nk cr kt pasar bandar, dulu kt bangi xjumpa.
Dulu2 kt kedah mkn daun je buat ulam.
Bila kawen dgn org jawa, baru tau ada masak lemak cekur/kencur ni, hee..
Dua2 sedap, ulam sedap, masak lemak pun sedap, nyumm