nuffnang

JANA DUIT

Resepi : Limau Kasturi Asam Boi

Assalamualaikum...
Helloooo...


Officemate suami bagi banyak limau kasturi.
So tak tahu nak buat ape.
Pastu teringat la nak buat limau kasturi asam boi..
Apa lagi terus google cari resepi..

Bahan-bahan.

a) 20-30 biji limau kasturi
b) 20-30 biji asam boi
c) 1liter air
d) 400-500g gula. Aku guna 400g saja.

* Kalau guna 50 biji limau kasturi, better guna 500g gula la..

2 bahan penting

Cara-cara:

1. Limau kasturi dipotong dua. Potong jangan sampai putus,
2. Masukkan asam boi dalam limau kasturi yang dipotong tu.
3. Kalau tak muat, korek sikit dalam limau tu.
4. Sementara tu, panaskan seliter air dan gula tadi dalam periuk.
5. Dah mendidih, masukkan limau yang telah disumbat asam boi.
6. Tutup api, bila asam boi dan bertukar warna.
7. Biarkan sejuk, isi dalam bekas dan tutup.
8. Kalau nak lagi sedap, biarkan dalam  2-3 hari dalam bekas baru sediakan untuk minuman.
9. Nak guna terus pun boleh. Takde masalah.
10. Nak hidang, tuang jeruk limau ni dalam gelas, tambah air dan ais. Siap.

Sedap kaw-kaw rasa dia.


Limau yang dah dipotong dan dimasukkan asam boi


Air dimasak dengan gula


Masukkan limau kasturi.. 
kalau ada lebihan air perahan limau kasturi masa kita duk potong-potong sumbat asam boi tadi, boleh letak sekali.



Tutup api bila limau dah berubah warna.
Biarkan sejuk.

Simpan dalam bekas 2-3 hari kalau nak lagi sedap.



Ni lepas 2-3 hari aku simpan dalam peti.


Suami mintak air terus la buat satu.


Tuang lebih kurang sesenduk air dan 2 biji limau.
pastu tambah air masak sikit.




Sedap weiii..
kalau guna asam boi warna merah, warna dia lebih menarik laaa..
merah gitu...

Psst : Tak payah nak gedik-gedik lagi gi order kat kedai.


ok. Bye

12 comments:

sweet tooth said...

sedapnyeee..

lia ummiirfan said...

mak aihh! terliur dah ni haa..

Aimi Muhamad said...

kecur liur tgk sedapnyaa..limau kasturi dok luruh camtu je kat rumah.pasni boleh la kutip buat camni jugak.

Didie Kamila said...

Wah boleh cuba ni..
Dekat rumah ada limau kasturi..
Kalau berbuah nanti nak beli asam boi buat macam ni la..

Kyla Pearlisha said...

sedapye, blh la try pasni heee

NabilaHasyim said...

Mak ai, xpenah tau pun, boleh buat mcm ni..
Bikin terliur plak tgok..

Dulu2 dpt kurus dgn limau kasturi ni lah..ahaks..

Asha Lya said...

Buat kita trliur owhh nmppk hihi..jimat x pyah bli air ni kat luar

Azian Elias said...

salam kenal.. ingat weekend ni nak buat cam ni lah.. buat bebanyak kan.. then masukkan dalm peti ice... thanks for sharing.

My Name is YAYA said...

salam kenal hani...
looks so yummylicious la.
tq for sharing.

Ezy Loy said...

telan air liur aku tgok gmbr..
waaaa sedap wehhh

akmal said...

1liter air dgn 500g gula...terlampau manis sgt ke tak? byak tu gula...

H@!ruln!z@m said...

Salam wbt kak.. akak buang tak biji limaunya tu. dulu ada jual kat cafe opis saya tp skrg dah xde jual.. nak wat gak sebab kat kg abah ada tanam pokok limau kasturi. tq