RESEPI : YEE MEE SIZZLING

Assalamualaikum...


Setakat nak makan tekak kami suami isteri bolehla.
Oleh kerana resepi ni menjadi, so parking kat sini la resepi ni.
Pasni boleh guna lagi.

Bahan-bahan.

Untuk kuah.
1. 5ulas bawang putih dicincang halus
2. Sehiris halia dicincang halus
3. Lima ketul cendawan shitake yang direndam dan dihiris.
4. Lima ketul cili kering dipotong dua.
5. Tiga ketul isi ayam yang dipotong kecik
6. Empat sudu besar sos tiram.
7 empat sudu kicap biasa
8. Tiga sudu kicap pekat.
9. Empat sudu tepung jagung dibancuh air.
10. 4 gelas air
11. Sesudu besar serbuk lada hitam( yang diblend)
12. Garam


Bahan lain
1. Sawi dipotong kecik
2. Yee mee

Cara masak kuah:
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, halia dan cili kering.
2. Lepas agak layu, masukkan isi ayam. Kacau sekejap sehingga ayam sedikit kering.
3. Masukkan air, bila menggelegak masukkan semua kicap dan tos tiram.
4. Masukkan lada hitam dan cendawan.
5. Bila menggelegak, masukkan air campuran tepung jagung.
5. Perasakan dgn garam. Pandai2 adjust la kalau tak pekat, boleh tambah sikit2 air campuran tepung jagung lagi.


Cara masak yee mee.
1. Panaskan kuali, letakkan kuah yang kita masak tadi lebih kurang 3 senduk.
2. Masukkan yee mee dan sawi.
3. Masak sehingga sawi separuh layu je.
4. Jangan masak lama sgt, nanti yee mee lembik.



Yee mee sizzling masa bawak bekal semalam.
Agak kering sebab lambat makan.



Ok. Bye

2 comments:

Asha Lya said...

Aduii nmpk pun memg sdp..blh try ni.buat kuantiti sikit..mkn brdua je pun kan hhehe

ezy.fia said...

dlm fb byk org share resepi ni..
aku terliur..
pastu g mkn kat mydin.. haha