Tahun 2015 beli oven.
Tak sampai setahun, cermin pecah...
Ohhh.. sedih.. Sepecah hatiku..
Hati yang pecah berderai-derai jatuh ke lantai.. Tak boleh kutip balik..
Sedangkan ovennya ok dan berfungsi dengan baik..
Nak hantar ke kilang balik, memang kena bayar mahal jugak sebab kerosakan ni atas kecuaian pengguna sendiri...
Pernah tanya kedai cermin pasal harga cermin, pun mahal dan tauke cermin tu syorkan kami beli yang baru sebab kalau tempah cermin dengan dia pun mahal kerana dia akan order 1pc SAHAJA untuk kami dan dia takdapat harga murah untuk bagi kami..
So decide nak beli baru je la.. Dekat 6 bulan jugak la oven lama takleh guna..
Sedih jangan cakap laa..
Sebab tu raya tahun ni takde buat kuih raya..
Tahun lepas buat awal..
Tahun ni tak sempat la sebab less than 10 hari lagi nak raya..(Alassssaaannn..hehehe)
Weekend terakhir sebelum raya pun, dah terhegeh-hegeh nak buat persiapan lain..
Tup tup Suami hadiahkan oven dan mirowave sekali lepas dia dapat gaji sabtu hari tu.
So Ahad dah beli oven ni.. Beli kat rumah mertua, angkut bawak balik rumah sendiri..
Still minat dengan Oven brand cornell. Harga bawah RM300.
& Microwave amik brand Sharp. Harga bawah RM300.
Sebab ada promosi. Beli di HLK Sitiawan/Manjung.
Microwave kami beli sebab senang nak panaskan lauk &sebarang makanan yang disimpan dalam peti ais.. Dan paling penting boleh difrost. Senang nak nyah bekukan lauk dalam peti in case nak masak cepat.. Ni pun amik yang paling murah..hehehe
Oven 36 L.
Oven lama 35L. Tapi tray dan jaring dia muat jugak untuk oven baru ni so leh guna sekali..
Psst : Nak buatkan baju untuk oven dan microwave ni kalau rajin.. Tapi, rajin ke??? kekekehhh..
Ok. Bye
XoXO
10 comments:
whishlist imah microwave oven brand sharp tu. bestnya hani dh dapat oven baru =)
wowww! aku jeles oi.. aku mtk mixer kat laki aku pon smpai skrg xdpt lg.. usahkan nk dpt oven.. haha..
ok nangis celah pintu
Imah : takpe...skrg kan tgh siapkan rumah..nnt msti blh beli
bestnyee dpt oven & microwave baru.. =)
waa...lps ni banyak entry baking la yer ;-)
Cik Hani..
Saya kan...ada oven..ada microwave..
Tapi..tapi..tapi.. oven x pernah guna.. elok duduk dalam kotak lagi.. microwave je guna buat panas lauk pauk...
Kikikiki... terukkan?? Hahha
Waaa.. microwave dan oven baru..
Sempat lagi tu 2-3 jenia kuih raya.. kek tuu.. 😊
fuyoo, 2 biji skali dpt..
okey boleh qada blk yg xdpt baking dulu2 tu...
* oo baru tau oven lama cermin pecah rupanya..
DS Ovens is the best brand for 42 Tray Rotary Oven. Designed at par with national quality values, all our ovens are contrived using high-grade material and quality components that are sourced from the trusted vendors of the market. Also, these products are checked by expert quality controllers on various parameters to ensure flawlessness.
Post a Comment