Progress Luka Kencing Manis MIL : Ke Klinik Walia, Puchong.

Assalamualaikum... Hai Semua...


17.08.2020 - Selasa
Pagi tu kami suami isteri sibuk macam pagi-pagi biasa sejak 2 tahun lepas. Suami banyak uruskan orangtua dia. Mandikan bapak-Tukar Cadar-Insulin Mak. Aku masak kat dapur. Suami pun bantu sama kat dapur. Kami siapkan makan untuk mak sebelum g kerja. Masa aku nak siap-siap mandi, suami bagitahu kaki mak melecet dan dia ingat nak g Puchong kat satu klinik yang orang suggestkan.

KLINIK WALIA

Sebelum ni ada g klinik jugak di Puchong. Tapi tu KLINIK WARISSON (12K dorang mintak untuk settlekan kaki sampai sembuh kira-kira 2 tahun lepas masa luka tengah besar, tapi kami cancel sini)

So hari tu aku amik cuti temankan suami bawak mak dia g klinik. Kami siapkan bapak makan, then siap tinggal kudap-kudapan kuih letak tepi katil bapak incase kalau lapar. Kami gerak g klinik pagi tu (time2 orang tengah jem nak g keje, huhuhuhu) Biasanya first day setiap kali appointment tempat baru, aku akan teman untuk survey tempat (ramai org ke, crowded ke, senang parking ke, rawatan macamane)

Sebelum ni, memang aku rasa macam malas nak pegi klinik kat Puchong ni sebab jauh, kami stay klang. keje PJ. Nak g klinik puchong. Ko rasa kami ada masa untuk sakit kepala???? Tapi oleh kerana kali ni luka macam nak naik semula, dan kawan rapat suami sungguh2 suruh try klinik walia ni. So kami try la kali ni.

KLINIK WALIA
32, Ground Floor, Jalan TK 4/5, Taman Kinrara 4, Puchong, 47100, Puchong, Selangor, 47100



Klinik Walia | Adxplace
Sources : Google

Klinik Walia | Puchong | Detailed accessibility - Jaccede
Sources : Google

Masa ke sana, dorang ingat kami nak dressing. So dorang bawak ke bilik dressing. Kami cakap nak jumpa doktor sekali sebab nak bincang. Lepas beberapa patient lain siap, doktor masuk bilik dressing dan buka balutan kaki mak.




12072020
Ni kaki sebelum luka baru.


17082020
Ada luka baru (macam melecet kan)



17082020
Luka lama kat tumit (since 2tahun lepas) dan luka baru (kecik kat atas tu)
Nampak macam sembuh, tapi doktor check isi dalam dia tak kuat lagi macam kita yang normal ni.



Gambar lama
-Ni luka melecek sebelum2 ni-
Ni luka meleset kulit, bkn mcm yang jadi sekarang. Yang sekarang ni isi dalam tu lembik lagi, so umpama macam luka baru.


Doktor bagi penerangan :

- Tisu2 yang rosak sebab luka tak tumbuh tisu baru, so luka payah tertutup
- Pastikan kencing manis bawah dari 10, untuk elakkan luka naik semula (tapi kencing manis MIL memang bawah daripada bacaan 10, memang kami monitor)
- Doktor suntik sejarum untuk vitamin.
- Doktor bagi 4 jenis ubat
      - Vitamin 
      - Ubat sakit perut
      - Antibiotik
      - Ubat kebas
- Doktor suruh datang 7x (setiap selang sehari - Selasa-Khamis-Sabtu-Isnin-Rabu-Jumaat-Ahad)
- Minggu pertama (3x appointment, kami suami isteri pegi), minggu kedua (3x- kami mintak adik beradik suami tolong kali ni)

This weekend, kita tengok progressnya ye!

Btw, sorry geng!. Belum sempat nak  blogwalking.. Aku dikejar dateline keje  ni.. Bos tengah perang parang ni.!!! Hehehe


Psst : Kadang2 kami suami isteri rasa jugak give up. Tak salah pun, sebab kami manusia biasa yang ada masanya semangatnya kendur! Lepas tu, rileks2 kejap then bangkit semula.

Ok. Bye
XoXO

5 comments:

Syazni Rahim said...

Take care, dan jangan give up! Pahalamu dah bertingkek2! Chaiyok!

Amie said...

Alhamdulillah. Allah beri kesempatan untuk berbakti kepada orang tua. Moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aamiin.

ezy.fia said...

jgn give up cik ani..
semoga Allah limpahkan rezeki yg bergnda2 utk awk.. =')
berkat jg org tua sakit..
insyaAllah..
dpt pahala bykkkkk..

sophea ◇ said...

Allahu semoga kesihatan mak mertua membaik :( ayah saya pun dah start tak boleh jala byk sebab kaki kena infection . Tolong doakan ye

NaNa said...

Salam awak..macam mana luka mak? Ok? Sb planning nk bwk tuk cuci luka kencing manis mak jugak kt sini kalau ok