nuffnang

JANA DUIT

Biskut Raya : Cornflakes Madu Mudah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Persiapan raya selain cat gril sliding door, aku kerah suami tolong aku buat cornflakes madu.
Plannya nak buat siang.
Pastu decide nak buat malam je la. Sambil buat boleh sambil makan.
MIL bau wangi cornflakes dibakar, terus dia keluar tengok kami buat kuih raya depan TV ni.

RESEPI :

Bahan : 
(1) 500g cornflakes nestle (lebih kurang pun takpe)
(2) 250g buttercup (seketul buttercup kecik)
(3) 250g madu (Setengah botol madu brand eva) 
(4) 3 sudu besar gula (jgn penuh)

Cara :
1. Cairkan butter
2. Masukkan madu
3. Masukkan gula
4. Masak hingga berbuih, masukkan cornflakes.
5. Kacau rata baru tutup api
6. Lepas masukkan dalam cup, bakar 10minit api 170



Up Entry ni senang nak refer next time.
Bila ianya buat setahun sekali.
Hehehe.

Aku suka cornflakes plain tanpa manik2, tanpa ceri dan jugak tanpa bijan.
Sempat bagi kat biras yang datang berbuka bersama MIL kat rumah aku smlm.
Nak bagi kat family aku (abang sulung & abang kedua) xboleh nak rentas daerah.


Ok. Bye
XOXO

6 comments:

nohas said...

sedap ni..rangup je..mesti cepat habis..hihi..

Mama Zharfan said...

suka mkn tp i tak pernah buat sendiri...tak berapa nak gigih hehehe

Siti Yang Menaip said...

inilaaaa antara nikmat raya.. sekut ni time raya je tingin benar..
time lain yashe2 je jadinya..

jemput join GA blog saya :
https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

Azhafizah MN said...

Kuih raya paling mudah dan sedap. Gerenti jadi. Tapi tahun saya tak buat kuih ni pulak. huhu

mummy_ayu said...

selalu buat jugak, this year x buat plak..

Sha Mohamed said...

Sedapnya.. nak buat pun mudah..