MIL dah settle Dos Pertama Covid Vaksin

Assalamualaikum... Hai Semua...


MIL dah selesai amik Vaksin Dos Pertama untuk Vaksin Covid 19.
MIL amik Vaksin Pfizer

Appointment di mySejahtera stated :
Date : 28 May 2021
Time : 3.30 pm
Venue : Dewan TNB Kapar


Kami memang dah amik cuti half day untuk petang.
Tengahari tu Nurse call suami katakan appointment di awalkan jam 2.30pm untuk MIL dna tanya jika kami boleh datang pukul 2.30pm.
Kami setuju sebab kami memang dah amik cuti separuh hari.
Pukul 1.30 balik. Tapi yang pergi cuma suami saja teman MIL.

Sebelum 2.30pm sampai di Dewan temujanji. Dewan ni belakang perumahan aku je. Sekitar 10minit je pun.

Tip persediaan pada hari temu janji suntikan vaksin.

1. Tiba awal untuk janji temu. Makan sebelum temujanji incase kalau temujanji lama. Biasanya sekejap je.
2. Pilih pakaian yang longgar untuk memudahkan urusan suntikan vaksin pada bahagian bahu. MIL pakai baju lengan 3 suku, aku sediakan kardigen longgar tutup aurat.
3. Bawa telefon bimbit bersama dengan ID MySejahtera dan Nombor Kad Pengenalan.
4. Hadiri taklimat dan pengesahan identiti. Kita akan diminta mengimbas kod QR beberapa kali dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.
5. Satu sesi kaunseling ringkas akan disampaikan oleh doktor yang akan turut menyemak rekod sejarah perubatan serta masalah kesihatan yang dihadapi sebelum ini, seperti alergi dan lain-lain.
6. Selesai urusan tersebut, anda dikehendaki menandatangani borang persetujuan sebagai bukti persetujuan anda untuk divaksin. Ini hanya akan dilakukan sewaktu menerima dos pertama.
7. Anda akan menerima suntikan vaksin. Disarankan untuk menerima suntikan di tangan yang tidak selalu digunakan, kerana kebanyakan penerima vaksin mengalami rasa sakit dan lenguh di tempat suntikan.
8. Anda perlu berehat untuk diawasi pihak doktor dalam tempoh 15-30 minit, bagi melihat sekiranya terdapat kesan-kesan sampingan yang serius.
9. Anda akan menerima notifikasi dos kedua (dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas menerima suntikan pertama). Proses menerima dos kedua lebih pantas kerana tiada sesi taklimat atau kanseling.
10. Selepas menerima dos kedua, anda akan diberikan kad untuk mengesahkan yang anda telah menerima kedua-dua dos. Kad ini juga boleh didapati di aplikasi MySejahtera.
11. Balik dari temujanji, mandi dan bersihkan diri.

(Simpan dokumen dos pertama incase diperlukan untuk next dos)


Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu:

1. Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit.
2. Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID 19:
• Kesukaran bernafas
• Pembengkakan muka, bibir dan tekak
• Denyutan jantung yang sangat cepat
• Ruam teruk timbul di seluruh badan
• Merasa pening dan lemah tubuh badan
(Alhamdulillah, MIL takde sebarang kesan sampingan selepas suntikan)
3. Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pencegahan penyakit COVID-19.
4. Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda mendapat dos pertama, anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu mendapatkan dos kedua Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech. 


Persediaan selepas suntikan

1. Sediakan ubat macam panadol incase kalau demam.
2. Amik cuti incase kalau takut ada kesan sampingan pada penerima suntikan. Oleh kerana suntikan hari jumaat, kami beruntung sebab esoknya sabtu ahad so memang boleh jaga MIL di rumah kalau MIL ada kesan sampingan lepas suntikan.
3. Sentiasa ambik tahu tahap kesihatan/kesan sampingan.

DI TEMPAT TEMUJANJI :

1. Saringan suhu dan gejala. Sekiranya bergejala, akan diberi temu janji baru. (Suami aku boleh iring MIL yang berkerusi roda)
2. Pendaftran. (Suami boleh teman). Sediakan IC dan imbas kod QR bagi sahkan kehadiran untuk peneim vaksin
3. Kaunseling dan persetujuan (Penerangan dan soal jawab menegeni vaksin dan proses suntikan sebelum tandatangan borang persetujuan).
4. Stesen suntikan. (Suami tak boleh masuk, nurse yg kan tolak kerusi roda MIL).
5. Stesen pemerhatian. Sekurangnya 10minit. Incase kalau ada kesan smpingan vaksin. Pemberian kad imunasasi dan janji temu untuk suntikan kedua. Simpan kad/dokumen yang diberikan ini utk bawak ke next temujanji.
First Dos     : 28.05.2021
Second Dos : 18.06.2021
Doktor cakap kalau ada kesan mcm demam,sakit kepala ke, just update mysejahtera.ada questionanaire kt situ. Kalau ada kesan teruk mcm sesak nafas, boleh ke hospital terus.
6. Selesai



Besar-besar dah nama vaksin tu haa kat tempat pendaftaran

Giliran dan borang2 yang perlu diisi.




MIL menunggu giliran


Tempat menunggu suntikan


Ruangan menunggu selepas vaksin. Untuk pemerhatian jika penerima suntikan ada kesan sampingan selepas suntikan.

Alhamdulillah. Selesai Dos Pertama

Banyak panel2 informasi dan kakitangan yang membantu jika ada sebarang masalah.
Ni carta aliran proses semasa temujanji.

Sekejap je urusan menunggu.
Beberapa minit je.
Dipermudahkan. Alhamdulillah.
Terima kasih kat semua pihak yang terlibat/banyak membantu.
Alhamdulillah, so far MIL takde sebarang kesan sampingan.


Psst : MIL done first dos vaksin. Mak aku belum dapat tarikh. Ayoh aku? Alahai... Ayoh aku masih lagi dalam fasa memujuk.

Ok. Bye
XoXO

6 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulillah. Segalanya berjalan dgn baik. Moga terus dipermudahkan untuk doz seterusnya. Aamiin..

Kakmim said...

Alhamdulillah.. setel dah... yg ayoh han tu kena pujuk lg lah ye.. semoga terbukak hatinya nk pegi vacc

mama tisya said...

MIL pn dh setel aritu 24/5..husband yg teman aritu..vaksin pfizer

aizamia3 said...

Alhamdulillah buat ur MIL.. dan terima kasih atas sedikit penerangan tentang hari penerimaan vaksin tu.

MyMIL n MyFIL, pertengahan bulan Jun ni tarikh yang deme dapat, sama juga dengan myAyah. myEmak je yang belum nak terima suntikan vaksin tu. Masih berharap yang myEmak akan terbuka hati untuk menerima vaksin itu nanti.

Litah L said...

alhamdulillah

Abe Mat said...

Semoga baik baik semuanya