Minggu ketiga puasa. Apa je aktivitinya.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Minggu ketiga puasa di uji dengan sakit.
Mungkin siku ada terlanggar apa2 yang mungkin aku dah lupa.
Sabtu lepas start sengal2 start dari jari membawa ke bahu.
G 2 klinik tak sembuh.
Akhirnya g mengurut malam td. Alhamdulillah. Dah lega sikit

So, throwback je la apa je aktiviti dan menu sempat dibuat minggu ketiga ni.


Day 15 puasa
Gigih masak ikan panggang dengan air asam
Masak Lemak Bayam .
Tembikai

Moreh
Cendawan Goreng

Day 16
First time beli kuih kat kedai tukang urut aku tu.
Aku masak ayam berlada serai & Sayur Cendawan.
Kuih beli 4 jenis sebab nak habiskan jualan dorang.

Day 17
Asam Pedas ikan mayong
Cendawan Goreng & Tembikai

Day 18
Bahana duk tengok cite korea, makanya terpangaruh nak makan subway.
Balik rumah, lepas solat bawak MIL makan kat kedai sepupu. 
Aku makan subway. Sambil2 bawak MIL kesian terperap kat rumah je sebab kami kerja kan.
Depa makan ayam penyet


Day 19 ke Tesco sebab nak beli barang masak. 
Petangnya ada aktiviti buka puasa dengan adik beradik aku di Puncak Alam.
Suami amik peluang bayar zakat fitrah di Tesco


Day 19
Berbuka puasa dengan family abang sulung dan abg kedua aku.
Tidor sana malam tu.

Suami aku just hantar aku je.
Dia tak buka sekali sebab kena balik temankan MIL berbuka kat rumah kami.
Esoknya suami datang amik aku.

Family Abang Sulung Masak Nasi Minyak dengan Gulai Ayam.
Aku buat Daging Masak Merah dan sizzling mee untuk budak2 tu.
Family Abang kedua as tuan rumah sediakn kuih2 dan selainnya





Day 20
Keesokkannya suami datang amik aku.
Family abang sulung pun balik rumah nya di PutraJaya.
Bergambar kenangan sebelum pulang ke sarang masing-masing.
Ni la TeamRayaSelangor tahun ni dan seperti jugak tahun lepas.
3 beradik ni di Selangor.
Dah boleh bayang Photo Raya Macamana nanti. Hehehe.

Day 20
Isteri tak larat, makanya masak nasi putih je.
Beli ayam golek dan roti john.

Moreh
Ice Cream Wall Chocolate Nut

Day 21
Berbuka masak singgang dan budu, ulam pegaga tanam sendiri.
Moreh buat Sizzling Mee share makan dgn suami

Minggu ni suami siapkan cat grill sliding door
Grill tingkap still in the progress.
Then nak clearkan barang kat beranda.

Konon nak buat Cornflakes madu,
Bila teringat weekend ada je aktiviti nak kemas rumah, nak berehat terasa malasnya alahai.
Tengok la kalau rajin ye.. Hehehe..

Padahal dua dua  ni duk mengulor tengok neflix la, tengok kartun la.
Baju raya ampa dah beli ke?

Basuh Langsir Done.
Basuh Sarung Kerusi Meja Makan Done.
Basuh sarung sofa
Cat siling yang kuning2
Cat grill sliding door done
Kemas Balkoni
Reorganised Perabot


Ok. Bye
XoXO

4 comments:

Anum said...

alhamdullilah

norhidana said...

akak tak kemas apa lagi, rumput tepi rumah makin tinggi pun tak lalu nak bersihkan.. makin teruk tahap kemalasan

ezy.fia said...

arap tahun dpn xjd team raya selangor dh la.. huhu..
rindu gop nk raya ngn mu..
xpon arap raya haji blh rentas negeri

Sha Mohamed said...

Yeah!! Kemas-kemas untuk meraikan kedatangan Aidilfitri..