IVF 1 Journey : Pengalaman OPU (Ovum Pick Up)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tarikh 6 DEC 2022 ialah hari OPU aku.
Notes: IVF aku berjaya tapi gugur sebab genetik isu. Tapi aku up jugak story OPU ni as kenangan

KELENGKAPAN KE HOSPITAL UNTUK OPU:

Aku tak tahu nak bawak apa. So aku bawak item yang aku rasa perlu untuk keperluan diri aku.

1. Pampers dewasa - Pelik bukan? Hehehe. Aku bawak incase penangan ubat buang air besar yang aku makan malam kat rumah sebelum OPU kalau pagi2 tu perut buat hal dalam kereta. Sebab dulu masa laparoscopy surgery aku kerap sakit perut nak ke toilet. Mujur masa tu memang dah dalam wad. Ni, aku standby pampers incase jem pagi2 nak ke Hospital (Rupanya aku tak guna pun, sebab aku dah g toilet 2x masa pagi kat rumah. Masa dalam kereta dan di hospital aku dah tak sakit perut)
2. Pad & Extra Panties - Incase ada pendarahan lepas OPU. (Tapi takde pendarahan pun, dan tak guna pun pad & panties yang aku bawak)
3. Minyak Angin - Untuk healing kalau ada mual-mual lepas OPU.
4. Kain batek - Untuk salin pakaian dalam toilet atau hendak ke toilet.
5. Tuala muka - Untuk kegunaan cuci muka atau ke toilet.
6. File dokumen TTC - Standby kalau nurse nak apa2 dokumen.
7. Dokumen warded - Diperlukan RTK Covid test. result test darah suami isteri (ikut hospital yang ko buat OPU & borang admit ward)
8. Food & Drink - Aku bawak nasi putih dengan paprik ayam, telur rebus & sedikit buah untuk makan lepas OPU (Sebelum OPU kena puasa, lepas OPU dah boleh makan. Aku dapat bubur dari hospital, so food yang aku bawak suami makan)


Bekalan untuk ke hospital.


Form yang kena bawak untuk masuk OT





PERATURAN SEBELUM OPU
1. Tidak memakai sebarang item mengandungi bahan kimia seperti minyak wangi, sabun, deadoran dan sebagainya yang berkaitan.
2. Tidak memakai barang kemas & tidak make up.
3. Puasa sekurang-kurangnya 6jam sebelum OPU.
4. Makan ubat buang air besar malam sebelum OPU (ducolax)
5. Telah cucuk semua ubat2 yang doktor jadualkan mengikut masanya.
6. Pakai baju Operation Theaster (OT) yang disediakan. Buka semua pakaian termasuk pakaian dalam.



PERJALANAN SEHINGGA PROSEDUR OPU :

24 NOV 2022 - Period day 1. 
25 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui
26 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui
27 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui
28 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui
29 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui & TVS scan tengok telur (ada sekitar 21 telur dan ada polyps 1 biji)
30 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui &UTGALUTRON 0.25mg
1 DEC 2022  - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui &UTGALUTRON 0.25mg
2 DEC 2022  - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui &UTGALUTRON 0.25mg
3 DEC 2022  - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui &UTGALUTRON 0.25mg & TVS scan tengok telur (ada sekitar 38 telur) & amik darah untuk tahu kadar hormon dalam badan.
4 DEC 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui (habiskan balance ubat) & UTGALUTRON 0.25mg 
 - Pukul 9.45 malam (tepat-tepat) - cucuk perut DECAPEPTY 0.2mg (0.1mg setiap jarum, so kena 2 jarum) & 5000 iu HUCOG kena tepat2 36jam sebelum OPU. OPU dijangka pukul 9.45pagi pada 6hb.
5 DEC 2022 - Pukul 11pm - Makan ubat DUCOLAX untuk buang air besar (untuk kosongkan perut & start puasa pukul 12 malam hingga pagi esoknya. Kesahnya aku kelam kabut gi ambik MIL dari rumah ipar (ipar jaga 3-4hari masa suami outstation), kelam kabut sampaikan aku tak sempat nak pikir hal OPU. Hahaha. Tido lena aje malam tu sebab penat malam tu.
6 DEC 2022 - OPU Day dan kena cucuk perut UTGALUTRON 0.25mg lepas OPU siap
7 DEC 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  UTGALUTRON 0.25mg
8 DEC 2022 Pukul 8 pagi : cucuk perut  UTGALUTRON 0.25mg. Nurse call bagitahu:
43 follikel telur dikeluarkan.
Daripada 43 follikel, cuma ada 33 telur.
Daripada 33 telur, cuma 26 boleh disenyawakan.
11 DEC 2022 - Nurse call update Day 5 quality telur.
Daripada 26 telur, 10 berjaya jadi embrio gred bagus (6 gred A, 1 gred B & 3 gred C)
Lagi 16 remaining telur, dia akan update esok.
12 DEC 2022 - Nurse call bagitahu remaining telur 16 biji lagi tu tak okay dan kena discarded (buang).
13 DEC 2022 - Nurse email result OPU.



PENGALAMAN DAN CERITA OPU

Beberapa hari sebelum OPU, kesihatan aku merosot. Perut start rasa bloated (cramp & rasa penuh, tegang sebab banyak telur, dan aku macam nak demam tapi cepat2 aku telan panadol) So aku tak demam masa OPU day. Sehingga ada satu malam yang aku nak kena cucuk 3jarum suntikan tu (4Dec), aku tido awal dan mamai masa suami cucuk perut. (masa tu aku rasa penamat la, aku dah tak larat nak hadap cucuk2 perut & kesan tak selesa kat perut). Sebelum ni, aku selalu buat solat hajat setiap malam, solat duha setiap pagi & solat tahajud pada malam yang aku terjaga sahaja. Tapi hujung2 sebelum OPU tu, aku tak larat dan aku cuma solat fardu aje.

6 DEC 2022 - OPU Day 
Kami bangun tidur, solat subuh dan masak untuk mentua.
Pukul 7.15 pagi gerak ke THOMSON Hospital.
Aku terasa macam aku gi serah diri macam tu aje.
Sebab macam takde persiapan mental sangat aku persiapkan. Just Follow aje the flow.
Sangat tenang dan takde nak stress / risau pun. Mungkin sebab kepenatan malam tu, aku tido lena aje. Hehehe.
Pukul 8 pagi aku register dan Nurse pakaikan tag nama di tangan dengan extra label "allergic patient" sebab aku allergic dengan ubat anitibiotik amoxcilline (macam ni ke eja nya?hehehe)

Pastu terus masuk wad dia. Tukar baju operation room. Aku diberi makan panadol 2biji dan air setengah gelas (katanya lepas prosedur akan sakit sikit). Masuk ke preparation room untuk nurse check history jika pernah covid, ada allergic ubat apa2 ke, nurse baik2 semuanya dan semua bagi semangat untuk TTC journey aku ni.
Masuk Operation Room diambil tekanan darah, dipasang wayar2 kat dada dan bawah hidung, tangan kiri dimasukkan air & ubat bius. Tengah2 aku cerah mata tengok nurse eh tiba2 gelap. Padam.
Sedar2 nurse kejutkan dan bagitahu OPU berjaya. Perut tak pedih sebab takde luka. Tapi sakit kat bahagian ari-ari. Ditolak masuk ke wad semula. Suami ada menunggu. Aku dah sedar dan kuat dah masa tu. 
Doktor bagi bubur. Duduk berehat di wad dalam beberapa jam sebelum balik jam 1 tengahari ke rumah. Dalam ward, sebelum balik aku kena nurse cucuk ubat UTGALUTRON 0.25 mg di perut. Esoknya dan lusa nya pun kena cucuk ubat tu lagi. 43 follikel telur dikeluarkan. So doktor risau takut kena OHSS. So, disyorkan makan banyak protein (putih telur, isi dada ayam)




Sources : Google


Bersedia untuk OPU


Result embrio


Dapat makanan hospital



PENGALAMAN SELEPAS OPU

Aku dapat MC dari Selasa (6hb OPU Day), Rabu, Khamis & Jumaat (4hari), kemudian sabtu, ahad & isnin (public holiday). Means sekitar seminggu aku rest kat rumah. Selepas OPU, aku sakit kat bahagian ari-ari. Rasa bloated (cramp & rasa penuh, tegang ). Jalan pun menunduk aje. Suami work from home 3hari. Selepas tu masuk dia dah keluar gi kerja. Mentua (MIL) suruh masak meggi pun aku bangun aje gi masak walaupun sakit perut. Kesian MIL aku masa tu dia takde selera nak makan dan request nak maggi kari. Hampir 5-6hari jugak perut bloated. Bila gelak & batuk pun terasa sakit bahagian dalam perut.

Berbanding laparoscopy surgery 2018 dulu, lepas operate dulu aku tak sakit apa-apa pun. Just luka kat perut aje yang kena jaga. Tapi OPU ni, lepas prosedur memang perut sakit kat ari-ari (sakit yang tak selesa macam senak perut, tapi aku boleh tahan.  Tapi bukanlah mcm period pain  sampai  berguling2 masa zaman remaja dulu).

Itu saja pengalaman yang boleh aku share.
Harap sesiapa yang akan jalani OPU, semoga Allah permudahkan ye. Dan berjaya hamil.

Notes : IVF aku dah settle. Ni just throwback.


Ok. Bye

No comments: