IVF 1 Journey : Pengalaman TVS Scan untuk tengok telur & kehadiran polips

Assalamualaikum... Hai Semua...


Dalam tempoh cucuk perut untuk IVF (besarkan dan banyakkan telur) tu, beberapa kali TVS Scan dijalankan.

Aku buat TVS scan pada :
- Hari ke 5 cucuk perut (Masa ni telur ada 21) Ada 1 polip size sekitar 2cm
- Hari ke 9 cucuk perut (Masa ni telur ada 38) Ada 2 polip size 1-2cm
- Lepas OPU (hari ke 6 period) Ada 1 polip size 1cm

IVS Scan nak tengok telur membesar tak, quantiti telur, kehadiran polip, keadaan rahim, dsebagainya.

Oh ye. Aku ni ada Polycystic ovary syndrome (PCOS).
So, telur banyak masa scan sebab banyak telur tak matang dulu.
Jadi bila kena dengan ubat yang aku cucuk ni, memang banyak la telur membesar skrg.

Sepanjang aku TTC almost 10 years with PCOS simpton, rahim aku cantek dan tak de polips at all.
Rahim bersih dan elok. Lebih2 lagi aku pernah D&C / Ovary drilling masa laparoscopy surgeri tahun 2018 dulu. Bila aku tanya doktor, doktor kata sebab aku cucuk ubat hormon untuk IVF ni memang akan merangsang polips untuk keluar/ada. No wonder ramai yang buat IVF lepas cucuk ubat hormon, akan wujud polips.
Kawan aku pun ada polips masa dia buat IVF. So, masa aku sedar aku ada polip lepas scan tu, aku tak berapa risau. Aku pikir nanti masa prosedur keluarkan polips insyaAllah rahim akan bersih dan dalam keadaan baik untuk membantu peratusan hamil bila baby boleh menempel dengan baik di dinding rahim kelak. Aaaminnn..


PERJALANAN SEHINGGA PROSEDUR OPU :

24 NOV 2022 - Period day 1. 
25 NOV 2022 - cucuk PUREGON 250 ui
26 NOV 2022 cucuk PUREGON 250 ui
27 NOV 2022 cucuk PUREGON 250 ui
28 NOV 2022 cucuk PUREGON 250 ui
29 NOV 2022 - cucuk PUREGON 250 ui & TVS scan tengok telur (ada sekitar 21 telur dan ada polyps 1 biji)
30 NOV 2022 -cucuk PUREGON 250 ui &ORGALUTRON 0.25mg
1 DEC 2022  - cucuk PUREGON 250 ui  &ORGALUTRON 0.25mg
2 DEC 2022  - cucuk PUREGON 250 ui  &ORGALUTRON 0.25mg
3 DEC 2022  - cucuk PUREGON 250 ui  &ORGALUTRON 0.25mg TVS scan  tengok telur (ada sekitar 38 telur) & amik darah untuk tahu kadar hormon dalam badan.
4 DEC 2022 - PAGI cucuk  PUREGON 250 ui ORGALUTRON 0.25mg 
- MALAM cucuk DECAPEPTY 0.2mg & 5000 iu HUCOG kena tepat2 36jam sebelum OPU. 
6 DEC 2022 - OPU Day dan cucuk ORGALUTRON 0.25mg lepas OPU siap
7 DEC 2022 - cucuk ORGALUTRON 0.25mg
8 DEC 2022 cucuk ORGALUTRON 0.25mg. Nurse call bagitahu: 43 follikel telur dikeluarkan.
Daripada 43 follikel, cuma ada 33 telur. Daripada 33 telur, cuma 26 boleh disenyawakan.
11 DEC 2022 - Nurse call update Day 5 quality telur. Daripada 26 ysng disenyawakan, hanya 10 berjaya jadi embrio gred bagus (6 gred A, 1 gred B & 3 gred C). Lagi 16 remaining telur, dia akan update esoknya.
12 DEC 2022 - Nurse call bagitahu remaining telur 16 biji lagi tu tak okay dan kena discarded (buang).
13 DEC 2022 - Nurse email result OPU.
14 DEC 2022 - Period Day 1
19 DEC 2022TVS scan  lagi untuk tengok polips. Kalau ada polip tak boleh buat ET( embrio transfer). Kena buang polips dulu then only boleh buat FET (Frozen Embriio Transfer)
21 DEC 2022 - Prosedur buang polips a.k.a hysteroscopy
27 DEC 2022 - Post follow up visit selepas operation. Doktor tak buat TVS scan. Doktor scan dari atas perut aje. Xde nampak polip dh so far. Doktor bagi ubat untuk makan 2 bulan nak tengok polips muncul lagi atau tak.
27 FEB 2023 -  Follow up lagi untuk tengok polip ada lagi ke tak.
APRIL 2023 - Follow up. Polip takde.
JUNE 2023 - FET day

Contoh Polips masa scan
(tengok yang dekat tick kuning tu mcm ada bulatan tu kan)
Sources : Gambar from Google


Sources : Gambar from Google
Gambaran polip
So, bila polip ada di dinding rahim, ia boleh mengganggu penempelan embrio


Notes : IVF aku dah settle. Ni just throwback.



Ok. Bye
XoXO

No comments: