IVF Journey : Pengeluaran KWSP untuk IVF - ICSI

Assalamualaikum... Hai Semua...



Hari ni aku nak share pengalaman aku keluarkan KWSP untuk IVF-ICSI aku.

Untuk IVF, aku guna duit sendiri dulu. Selepas FET (Frozen Embrio Transfer), means dah settle satu cycle IVF dari awal hingga hujung, baru aku claim KWSP.

Aku suami isteri pekerja swasta.

Pengeluaran cuma dari akaun AKU sahaja. Bukan guna akaun suami.
(Akaun suami baru keluarkan untuk pembelian rumah & clearkan hutang PTPTN)

Note : Resit bil2 perubatan hendaklah tak lebih daripada tempoh 1 tahun dari tarikh permohonan.


Documents required for EPF claim.

Original and photo copy of :

1.  Sijil Nikah

2.  IC kedua2 suami isteri. 

Contoh dari Google
IC kena buat belakang depan tapi dalam 1muka surat.
Hitam Putih takpe


3. Bank Account Details
    - Zaman sekarang kan dah takde buku akaun. So aku screenprint no akaun dari internet banking, Print dan bagi KWSP. Ok je. KWSP terima sebab dia just nak tengok no akaun as bukti.


4. Surat pengesahan majikan
OK. bab ni aku ada benda nak komen.
Aku dapatkan surat pengesahan majikan aku. Sebab aku nak keluarkan dari akaun aku kan.

Untuk suami pulak. Aku tak bagi surat pengesahan majikan. Kenapa? : 
 - Sebab suami dah tak kerja masa permohonan pengeluaran dilakukan.
 - Sebab bukan nak keluarkan dari akuan dia pun.
- Masa memohon, staff KWSP takde mintak surat majikan suami. Dan memang aku cakap aku cuma ada surat majikan aku sahaja.

Kat sini aku berdepan masalah bila KWSP reject permohonan aku.
Alasan : Tidak sertakan Surat Pengesahan Majikan dari company suami.

Aku pergi semula ke KWSP nak berbahas. Hehe.

Cerita IVF aku :
- Start treatment bulan Oct 2022, masa ni suami masih bekerja.
- Bulan April 2023, suami diberhentikan kerja
- Habis IVF bulan July 2023. Masa ni suami masih belum bekerja.
- Bulan Ogos 2023 aku buat permohonan IVF disaat suami dah takde majikan. So takde surat majikan la dari suami.

Tapi menurut pihak IVF mereka masih perlukan surat majikan dari suami, sebab IVF start masa suami masih kerja. Walaupun nak keluarkan KWSP akaun AKU, tapi tetap perlukan surat majikan suami. Kiranya sepatutnya aku suruh majikan suami buat surat "penyataan majikan tidak menanggung IVF kami". Staff KWSP siap check rekod KWSP suami nak sahkan suami aku last kerja bulan berapa. 

Staff KWSP menyatakan tarikh resit bil IVF kami adalah ketika suami masih bekerja. So, kena ada surat majikan suami walaupun nak keluarkan dari akauan aku.

Pihak KWSP insist nak surat majikan company lama suami la walaupun suami dah tak bekerja masa tu. Kes suami aku pulak dia dapat kerja melalui agen, kemudian dihantar ke syarikat2 lain untuk bekerja. So agak susah nak dapatkan surat dari HR.

Seminggu lebih follow up. akhirnya dapat surat dari majikan.

Aku pergi pejabat KWSP semula dan hantar surat majikan suami saja sebab dokumen lain memang dah ada kat sana. 



Sample surat. Suruh HR follow yang ni pun dah ok



5.  Laporan Doktor


Ni bagi kat hospital untuk isi. Biasa hospital swasta akan kenakan bayaran. Macam aku kena RM 125 dari Thomson Hospital. Kemudian dari klinik Umra kena RM80. Kalau gov hospital aku tak sure kena bayar ke tak.





6. Borang Permohonan Pengeluaran (Secara manual pergi hantar ke kaunter KWSP)

Isi ikut syarat2 dalam borang tu.
Dalam borang ni memang ada tulis semua syarat2 dan peraturan nak isi borang.







7. Resit2 perubatan

Pastikan semua resit tak lebih dari 1tahun, ketika permohonan di buat.
Resit aku start awal bulan OCT 2022, siap IVF July 2023. Apply KWSP Ogos 2023.
Pasal pengeluaran KWSP ni, boleh tanya Hospital yang kita buat IVF. Dorang tahu dan akan bantu compilekan resit & Invoice.

Masa di kaunter pertanyaan, dia akan bg 1 borang untuk listkan semua resit2 IVF kita.
Dalam borang tu dia nak no Invoice & No resit.


Semua dokumen bawak yang original jugak, pengawai KWSP akan cop pengesahan. 


Kronologi Permohonan.

4 Ogos 2023 - Submit permohonan pertama
12 Ogos 2023 - Dapat SMS menyatakan KWSP reject permohonan aku.
14 Ogos 2023 - Aku pergi KWSP semula tanyakan hal itu.
18 Ogos 2023 - Aku hantar surat majikan suami seperti yg KWSP request
29 Ogos 2023 - Duit dah masuk akaun
So joli merdeka la aku.. hahaha

Eh tak. simpan duit untuk next IVF

Hope sangat IVF ke - 2 berjaya. Bergolak bergadai dah ni.. Huhuhu

Ok. Bye
XoXo

1 comment:

Mama Zharfan said...

Allahumma yassir for ur 2nd ivf...aamiin