Kenangan buat IVF diabadikan di blog untuk rujukan masa hadapan.
Dan untuk kawan-kawan yang nak korek info/pengalaman pasal IVF.
Sedikit history :
2013 - Kawen. Didiagnose ada PCOS. Buat HSG and both tiub fallapio ok.
2014 hingga 2017 - On Clomid try natural tapi failed.
2018 - Buat laparoscopic surgery. On Clomid 1bulan je untuk IUI tapi tak sempat buat IUI. Kami stop semua TTC (jumpa doktor) sebab dah start menjaga kedua mentua uzur (FIL bedridden 3tahun, MIL plak dressing luka kencing manis ke K.Kesihatan setiap pagi, follow up kesihatan MIL di K. Kesihatan & temujanji ke Pakar Ortopedik di Shah Alam). Kami tak rasa mental dan fizikal kuat nak teruskan TTC sebab kekangan masa, cuti, duit & kesihatan mental dan tubuh badan aku.
2022 - FIL dah meninggal dan kaki MIL pulak sekarang hanya perlu g dressing seminggu sekali je, so rasa sedikit lapang. Makanya kami terus sambung semula TTC.
11 Oct 2022
Kami pergi Umra, niat utama hanya nak bincang hal TTC untuk buat IUI.
Check gula (5.8), timbang berat (58kg), buat TVS, aku kena buat test air kencing sebab dah 2bulan tak period dan dapat ubat DUPHASTON (untuk datang haid sebelum next treatment). Dr Dilia suruh pergi Thomson Hospital jumpa Dr Surinder untuk bincang psl IVF sebab di UMRA tiada IVF prosedur.
Kos RM 226
Kami perg Thomson, Decide nak buat IVF. Check kilang telur AMH, Outcome :
1. Kilang telur aku di bacaan 35.
2. Nanti lepas period, pada Day-2 period aku nak kena buat test darah (boleh buat di UMRA/Thomson? Lab luar)
Bill kena RM 388 (Untuk blood test AMH, TVS & Consultation)
Doktor syorkan beberapa ubat/vitamin yang kami boleh amik as persediaan untuk IVF. Ubat ni just beli di farmasi untuk lebih jimat berbanding amik di hospital.
Isteri - Acid Folic & Vit D
Suami - Bio Vibrex (Serinium, zink, iron) & Vit. C
Ubat habis sekitar RM200
28 Oct 2022
Period day 2. Sebab kami outstation di Melaka time tu, so kami proceed buat test darah hari ke-2 period di BP Lab kat Melaka.
Cost RM500 (a bit mahal sebab ambil semua test yang berkaitan)
Test darah yang berkaitan
1 NOV 2022
Pergi Umra, Review report darah. Kencing manis aku tak tinggi.
Dr Rafi bagi sebotol ubat L-arginnene 400mg + CoQ10 25mg (share suami isteri 1biji sehari) dan suruh datang lagi pada hari period ke 13.
Total RM 219 (Ubat & consultation termasuk dapat lab bottle untuk sperm test next week)
Dapat ubat untuk sperm suami & specimen botol untuk buat sperm test nanti
6 NOV 2022
Suami buat Sperm Test di UMRA. Kos RM80
8 NOV 2022 - (Period Day 13)
Gi UMRA lagi, buat TVS scan nak check telur (tanpa sebarang ubat matangkan telur means keadaan telur aku secara normal).
Masa check, result dia memang aku xde telur yang matang. Ada telur kecik2 tak besar (PCOS).
Review Sperm test suami aku. Kuantiti, rupa, pergerakkan so-so sahaja (tak lemah, cuma bukan terbaik). So doktor bagi ubat untuk suami.
Melalui semua report ni, Doktor di Thomson akan tentukan dos ubat cucuk perut untuk matangkan telur untuk OPU nanti.
10 Nov 2022 (siang)
Jumpa Dr Surinder (THOMSON) dan consult dgn staff nurse untuk sign up IVF pakej collabrate UMRA-Thomson RM8888 (prosedur di Thomson, ubat cucuk perut amik di Umra).
Dr Surinder untuk review report & dos ubat cucuk yang diperlukan.
Aku dapat 2 surat dari Thomson
1. Prescription Ubat (Ubat cucuk perut untuk start besarkan telur lepas period dan ubat hormon sunolut untuk paksa haid datang).
2. Letter untuk buat blood test (Suami & isteri kena buat blood test) untuk sape2 yang go thru IVF di Thomson. Blood test xperlu puasa. Result blood test kena bawak sebelum OPU.
Kos RM 156 (Consult dengan doktor & nurse)
Pakej RM8888
Tapi IVF ni lebih dari nilai ni sebab tak termasuk ubat.
Dan hidden cost lain
(Kalau aku ada masa, aku story hal ni)
10 Nov 2022 (malam)
Kami g UMRA untuk collect ubat hormon untuk datang haid & amik darah suami isteri (syarat untuk prosedur IVF di Thomson)
Kos RM420 (ubat hormon sunolut untuk datang haid, blood test isteri dan blood test suami).
Manakala Ubat suntik masa period (untuk start IVF - besarkan telur) aku akan amik masa hari period nanti.
Oh ye. Bawah ni, blood test as prosedure untuk buat IVF di Thomson Hospital (both suami isteri kena buat blood test)
Blood Test Isteri :
- full blood count
- ABO & rhesus grouping
- Hepatitis B antigen
- Hepatitis B antibody
- HIV
- VDRL
- Hepatitis C total antibody
- Rubella igG
Blood Test Suami :
- ABO & Rhesus grouping
- Hepatitis B antigen
- Hepatitis B antibody
- HIV
- VDRL
- Hepatitis C total antibody
Ubat untuk datang haid
24 NOV 2022
Period day 1. Aku terus g UMRA amik ubat untuk cucuk perut esok pagi.
Kos ubat : RM 2500 macam tu
25 - 29 NOV 2022
Cucuk perut setiap pagi jam 8pagi.
PUREGON 250 ui
Semu ubat yang cucuk perut ni kena simpan dalam chiller peti ais (jangan letak di pintu peti).
Kena pergi Thomson Hospital pun kena bawak bekas ais (Tong ais) sebab nk kekalkan suhu sejuk.
Sampai di Thomson, nurse tolong simpankan sementara kita jumpa doktor.
(Details pasal cucuk perut aku akan buat seperate story)
29 NOV 2022
Dr Surinder bercuti, so kena jumpa Dr Wai Kok Yau sehingga IVF selesai. Means OPU pun under Dr Wai.
Scan TVS untuk check telur.
Kanan ada 11 telur.
Kiri 10 telur.
Tapi ada polyps sehijik (ketumbuhan putih di dinding rahim)
Doktor tambahkan ubat PUREGON 250 ui dan ubat ORGALUTRON 0.25mg untuk 30hb Nov hingga 3Dec.
Update : Dr Wai sangat positif dan banyak membantu. Aku teruskan under dia sehingga selesai IVF.
30 NOV -3 DEC 2022
Sambung cucuk dan ada 1 tambahan ubat lain untuk tahan telur dari pecah.
8 pagi - PUREGON 250 ui
8 pagi - ORGALUTRON 0.25mg
3 DEC 2022
Pergi Thomson untuk TVS scan nak check telur. Masa ni telur ada sekitar 20 biji di kanan dan 20 biji di kiri tiub. Ada tambahan ubat kena amik untuk esoknya. Amik darah untuk tahu kadar hormon dalam badan.
Cost : RM8888 (Kena bayar full semua bayaran pakej sebelum buat OPU)
4 DEC 2022
8 pagi - PUREGON 250 ui (habiskan balance ubat) &UTGALUTRON 0.25mg
9.45 malam (tepat-tepat) - DECAPEPTY 0.2mg (0.1mg setiap jarum, so kena 2 jarum) & 5000 iu HUCOG kena tepat2 36jam sebelum OPU. OPU dijangka pukul 9.45pagi pada 6hb DEC 2022.
5 DEC 2022
9am - Buat RTK covid test di klinik biasa. Result kena bawak esok, sebelum OPU start. (Update: Andai kata positif covid, kita masih boleh buat OPU cuma kena bayar extra sbb doktor dan pembantu kena pakai PPE set)
Cost : RM 70
11pm - Makan ubat buang air besar (untuk kosongkan perut sebab esoknya OPU pukul 9.45 pagi).
Start puasa pukul 12 malam hingga pagi esoknya.
6 DEC 2022
It is OPU Day guyssss.
Datang pagi untuk OPU pukul 9.45am.
Pukul 1 tengahari dah boleh balik rumah.
Kena suntik ubat ORGALUTRON 0.25 mg di perut sebelum balik rumah.
43 follikel telur ovum dikeluarkan. So doktor risau takut kena OHSS. So, disyorkan makan banyak protein (putih telur, isi dada ayam)
(Story pasal OPU, aku share nanti)
7 DEC 2022
8 pagi - cucuk ORGALUTRON 0.25mg
8 DEC 2022
8 pagi -cucuk ORGALUTRON 0.25mg
Nurse call bagitahu:
43 follikel telur dikeluarkan.
Daripada 43 follikel, cuma ada 33 telur.
Daripada 33 telur, cuma 26 boleh disenyawakan.
11 DEC 2022
Nurse call update Day 5 quality telur.
Daripada 26 telur, 10 berjaya jadi embrio gred bagus (6 gred A, 1 gred B & 3 gred C)
Lagi 16 remaining telur, dia akan update esok.
12 DEC 2022
Nurse call bagitahu remaining telur 16 biji lagi tu tak okay dan kena discarded.
13 DEC 2022
Nurse email result OPU.
14 DEC 2022
Period Day 1
19 DEC 2022
Scan TVS untuk check polip. Polip kecil 1cm masih ada. So proceed untuk buat endoscopy buang polyps (hysteroscopy polyp removal).
RM 200 macam tu
20 DEC 2022
Buat RTK covid test (di klinik biasa) sebelum warded esok.
Cost : RM 40
21 DEC 2022
Buat endoscopy buang polyps.hysteroscopy. Daycare sahaja (Kesah ni aku akan buat seperate story)
Cost : 7K
27 DEC 2022
Post Follow Up Visit dengan doktor untuk tengok keputusan operation tu.
Doktor syorkan makan ubat hormon untuk cantikkan rahim dan berehat 1-2bulan.
Rm560
27 FEB 2023
Follow up nak scan keadaan rahim selepas makan ubat 2 bulan.
Ketebalan dinding rahim 5mm
Polip tiada dh.
Sambung ubat untuk 2 bulan lagi.
Lepas raya FET insyaAllah
Cost : Rm560
Kesan ubat ni 2bulan pertama period xde.
Bulan ke 3 dan ke 4 period dtg sikit mcm spotting.
Lama dan berpanjangan.
Kena pulak ms bulan puasa. Aku kena ganti hampir 15hari puasa.
5 MAY 2023
Follow up untuk tengok ketebalan rahim dan hyperplasia polip.
Alhamdulillah dinding rahim OK dan Hyperplasia pun takde.
So, bermula la perjalanan untuk FET.
Makan ubat untuk 21hari untuk haid datang.
InsyaAllah middle June akan transfer embrio.
Cost : RM 240
24 MAY 2023
Doktor scan, tgk hyperplasia takde. Dinding tebal sebab tgh tunggu hari untuk period. Doktor target 28hb period datang. Dan 30hb May kena start makan ubat baru iaitu PROGYNOVA 2mg (untuk tebalkan rahim). Pastu kena cucuk ubat di punggung. gambar ubat refer bawah.
Cost : RM700
Dapat ubat makan ni untuk 10 hari. Kena ikut jadual makan ubat yang doktor sediakan.
Ada yang kena makan 1X sehari/ 2X sehari / 3X sehari
Ni ubat cucuk di punggung (Nurse tolong cucukkan)
Kegunaan : Untuk balancekan semua hormon2 dalam tubuh. Sbb untuk IVF kan sebelum ni, banyak cucuk ubat untuk besarkan telur la, makan ubat untuk polip la dan sebagainya.
So, ubat ni nak pastikan tubuh kita takde hormon2 yang tak berguna.
SAKIT wei cucuk kali ni.
28 MAY 2023 - Period Day 1
30 MAY 2023 - Start makan ubat Progynova
8 JUNE 2023
Scan untuk tengok ketebalan dinding rahim.
Doktor cakap dinding rahim kalau nampak TriLaminar tu bagus la.
Iaitu nmpk mcm 3 garisan/bahagian.
Alhamdulillah dah 9mm dinding aku.
Aku kena scan sekali lagi untuk 15hb sebelum transfer 21hb.
RM 200
15 JUNE 2023
Dinding rahim setebal 9.8mm dah.
Ubat Progynova diteruskan lagi sehingga hari FET.
Kami dapat jugak ubat insert kat Miss V.
Ubat Progynova
21 JUNE 2023
Hari FET
FET dijadualkan pukul 11.30pagi.
Pukul 9.30 kena ada di hospital untuk jumpa doktor sign surat dan kena minum air banyak.
10.20 pagi masuk daycare. Dapat bilik terus kena salin pakaian OT Room.
Aku ingatkan bila tak bius, tak perlu la tanggalkan barang kemas.
Rupanya kena tanggal semua barang kemas & stoking kaki.
Pakaian dalam boleh pakai.
Pastu kena pakai baju bedah.
Masuk bilik OT. Nurse bantu baring dan terangkan proses FET dan pasal kualiti embrio.
Dalam 11.15 doktor masuk. Buat proses FET. Dlm 10 minit settle.
Semasa proses FET, mulut aku tak benti selawat dan zikir ya bari, ya mussawir, ya khaliq, ya latif.
Nurse suruh tgk kat screen, nnt nampak embrio. Sayu bila tgk, tu anak tu. Sambil mulut selawat.
Kena duduk dalam sekitar 30 minit dalam bilik. Pastu di sorongkan keluar guna katil.
Masuk semula ke bilik.
Aku tahan kencing sekitar 30minit pastu bangun gi toilet.
KOS : RM900 (ubat & peralatan) Kos asal FET dah termasuk dalam pakej yang aku bayar dulu. So masa hari FET bayar ubat je.
Maka bermula la 2WW aku.
Sepanjang 2WW ni, makan je segala benda kecuali benda yang dirasakan/dimitoskan bahaya untuk kandungan macam nanas, betik, Tak minum caffein sebab takut darah rendah. Makan suku-suku separuh macam biasa)
Hari ke-1 = Aku baring je tapi makan kat meja makan.
Hari ke-2 = Aku masak sama2 dgn suami, kemudian baring.
Hari seterusnya pun sama, baring kecuali bangun makan, mandi & solat macam biasa.
Hari ke6-11 = aku sakit perut mild macam nk period pain & breast sakit.
1 JULY 2023
Malam sebelum check darah, agak risau dgn keputusan esok.
G hospital bila test darah bacaan 250 beta HCG.
ALHAMDULILLAH aku PREGNANT 4 weeks.
KOS : RM1900 (ubat, scan & consultation). Ubat mahal sebab stok untuk 3 weeks.
6 JULY 2023 - bleeding
Hari ni hari ketiga aku start bekerja.
Tapi hari pertama aku drive. Sebelum ni suami yang hantar dan amik aku kerja.
Sebelum ni aku rasa perut xselesa dan sedikit sakit.
Aku ingatkan simpton mengandung la kan.
So, masa aku sampai opis aku duduk kat kerusi.
Perut makin sakit. Lepas 1-2jam aku rasa basah.
Aku g toilet ada bleeding rupanya.
Suami bawak aku g Emergency.
Doctor cucuk ubat di punggung untuk kuatkan rahim & tambah doa ubat makan utk kuatkan rahim jgk
RM300
13 JULY 2023
Scan nampak kantung tak bulat (tak sekata)
Doktor kata masalah genetik.
Test darah nak tahu hcg beta, bacaan cuma 300
Doktor suruh stop all ubat
RM400
17-19 JULY 2023
Aku on off kelaur darah
Sikit-sikit sekali keluar
Perut mild pain.
19hb aku gugur keluar seketul isi daging baby 7weeks.
21 JULY 2023
Sepatutnya hari ni 1st follow up mengandung. Tapi sebab dah gugur, doktor bagi MC seminggu.
Masa scan, rahim dah kosong. Means semua dah keluar dan tak perlu cuci.
Aku balik berpantang di Tganu.
Cost : RM200
Notes : IVF Pertama ini dikira BERJAYA sebab BABY menempel dan aku HAMIL.
Cuma disebabkan GENETIK ISSUE, baby takleh nak survive dan GUGUR.
Kos dalam this sharing mungkin tak sepenuhnya.
Dan mungkin ada yang tertinggal dan lupa letak.
Total keseluruhan sekitar 21K
Doakan guyss..
Biar kami kuat semangat untuk next FET
Ok. Bye
XoXO
4 comments:
AllahuAkbar...berlikunya perjalanan TTC awak.
Semoga Allah makbulkan doa awak dan suami.
Terus kuat ye..
Tq Ammi. Semoga Allah rezekikan sy anak wpun sorg. Nak buat teman. Hugsss
Kuat semangat awak dan suami. Moga ada rezeki selepas ni.. terus kuat dan bersemangat ye.
1st time baca IVF details gini..moga u terus tabah dan dikurniakan rezeki zuriat soon, insya Allah
Post a Comment