Cuti Krismas di Terengganu : Part 1( Day 1 & 2)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ini adalah post yang akan bersambung part by part.. Maklum la kali ni balik Terengganu agak lama sekitar 10 hari, siap pakej bawak suami balik sekali. Suami mintak tolong adik beradik dia bergilir jaga maknya semasa kami balik kampung.

Suami nak aku spend time lama sikit di kampung kali ni untuk seronok2 lepas failed IVF baru-baru ni. Percutian kali ni antara yang BEST sebab semua berkumpul 8 orang (kecuali so bongsu yang masih belajar di Johor) 


JUMAAT 22 DISEMBER 2024 (Hari Pertama)

Bergerak balik Terengganu pagi selepas settlekan lauk pauk untuk MIL di rumah. Bismillah,, Terus lancarkan perjalanan balik kg. Yahoooooo. Tiba di Tganu jam 4.00 petang. Kat rumah dah ada beberapa org adik beradik aku yang sampai awal. So jelesssss.. 😝😜


Eksaited balik kampung.


Minah ni sibuk nak bergaya seluar koyak2, TAPIIIII dalam hati TAKUT AYOHNYA bising.
Minah ni tak takut LAKI bising, tapi takut kat AYOH.
Dah 10 tahun kawen dah oiii.. 
Koyak (Tapi sebenarnya dalamnya ada kain putih, so takde nampak kulit)


Ketibaan di sambut anak saudara dan adik2.


Si kecik ni duk ulang alik masuk bilik, berkenang kat gula-gula yang aku wat balik.
Dapat seketui, sakan bersorak.
Mung dok makang nasi, siap ah mung...



Dinner malam. 
Served with comot style

Selepas dinner spend time masa dengan adik perempuan g minum kopi. Dari dalam bilik masing2 duk whatsap jadi ke tak nak mengopi. 
Dan round2 bandar nok ke suasana je...




SABTU 23 DISEMBER 2024 (Hari Kedua)

Hari ni hujan seharian tau. Musim dia la kan hujung2 tahun ni. Hujan 4 hari direct ye. Pagi - pagi tolong mak aku masak nasi lemak. Gorengkan kuih frozen. Abang Ngah aku tiba dari Puncak Alam. So total 7 orang anak-anak mak berkumpul di rumah. Tinggal si sulung yang masih otw. 


Breakfast


Lunch & kuih2 santapan petang


Hujan seharian di kampung. Masing2 berkubang dalam selimut masing-masing


Ganti tugas bagi makan ayoh aku di katil

Ayoh aku memang kat katil je sekarang ni. On oksigen 24jam. Kalau gerak sikit pun dah lelohhhhh azabbb riuh sekampung. Ayoh aku skrg memang berpampers.  Hari kedua hanya beraktiviti di rumah. Melepak di ruang tamu. Lepas makan, sambung makan lagi. Macamana tak comeyyyyy..



Ok. Bye
XoXO

4 comments:

Afzan said...

seronoknya dapat kumpul semua..husband saya 10orang adikberadik kalau semua dapat balik masak-masak dah macam kenduri.beras sekali masak 5kilo

Wak Lat said...

semoga dipermudahkan urusan jaga ayah dgn sabar ., aminn

Mama Zharfan said...

bestnya dpt berkumpul ramai2 tuuuu

ezy.fia said...

syok 10 hari balik kampung!
aku selisih je ngn mu masa mu kat kampung.. hihi..
mujur napok kete wan nor kamariah.. haha