Cuti Krismas di Terengganu : Part 5 Last (Day 8, 9, 10)

Assalamualaikum... Hai Semua...



29 Disember 2023 JUMAAT (Hari kelapan)

Mencemar duli pergi ke Dobi. Sepanjang 10 hari, aku takde pergi dobi melainkan abang2 aku yang mendobi baju anak2 nya. Lepas semua balik, aku kemas rumah dan settlekan semua cucian. Nanti mok aku takde la kepenatan lagi urusan rumah lepas ramai berkumpul.



Pukul 7.30 pagi gigih awal bebenor g chop kan mesin.
Kalau petang sikit memang jem



Dak Azka dengan mak dia datang malam tadi. Baru 2 hari balik rumah dia datang lagi. Nak spend masa dengan aku selagi aku kat kampung. Petang tu kami jalan-jalan ke Pantai Batu Buruk. Sana meriah sebab banyak mainan keseronokan untuk mak dan keparahan dompet untuk mak pak. Hahaha.
Sebelum balik rumah singgah Pasar Malam.

Disebalik yang cool


Ada yang penakut kesahnya



Adhwa & Si Minah poyo


Zaman sekarang budak ni gilerkan Spiderman. Segala benda nak Spiderman




30 Disember 2023 SABTU (Hari kesembilan)

Kami g Pasar Malam dekat Giant KT. Wei aku tak tahu ada Pasar Malam sini. Laki aku duk menggoggle cari pasar malam kat sini. Penat rupanya bawak 2 anak jantan ke pasar malam eh. Hahaha.. 
Tengok baju spiderman . NAK
Tengok selipar spiderman. NAK
Tengok belon . NAK

Tengok la dompetnya...



Budak ni jugak diam. Bagus2... Mintak cium sikit Kat budak baju HIJAU tu


Lunch hari ni. Merasa jugak nak makan sayur jambu golok dengan sotong



Malamnya spend time g makan ice cream di Jiwa & Kopi. Jalan Kaki saje sebab dekat rumah kami aje. Berjalan-jalan area kampung. Ni makan last sebelum balik KL esok.






31 Disember 2023 AHAD (Hari kesepuluh) LAST DAY.. Sobsss. sobsss

Pagi yang sendu. Huhuhukkkk.. Sobsss Sobbbsss.. Betul2 penamat hujung tahun akh di Tganu. Pagi ni aku dan adik perempuan sebelum balik rumah masing-masing2. Mok Ayoh akan duduk berdua siang hari ni. Petang nanti abang aku sampai dari KL. So, servis bertukar tangan. 






Esoknya ISNIN, Mak mentua terus dihantar ke rumah kami semula. Sambung semula tugas hakiki jaga MIL. 
So habis la kesah 10hari dikampung. Sangat puas hati dan jadi kenangan paling best setakat ni. Asbab IVF failed, aku dapat balik kampung kali ni dan Allah menjentikkan perasaan yang sangat indah aku rasakan balik kampung kali ni. Malah lebih indah dari cuti raya (Cuti raya masing2 busy ke sana sini kan)

Ok. Bye
XoXO

3 comments:

adnil linda said...

betul...lagi2 kalau adik beradik ramai dah kawen, bg Linda time raya x meriah sgt, sebab x dpt nk kumpul semua beradik...hihihi...masing2 ad mertua lagi kan...kalau cuti biasa, bru syok deal nk cuti bila..sebab boleh berkumpul 6 beradik

Mama Zharfan said...

bestnya dpt berlama-lamaan di kg

ezy.fia said...

sume yg jadi ada hikmahnya..
Allah lebih tau apa yg terbaik utk mu.. =)
dpt gop berlama2 kat kg.. mesti best..