Cuti Krismas di Terengganu : Part 3( Day 4,5,6)

Assalamualaikum... Hai Semua...



25 Disember 2023  ISNIN (Hari Keempat)

Hujan masih berterusan dari 2 hari lepas. As usual, dobi penuh la. Jeng kreng orang. Rapatttt orang nunggu mesin. Anak sedara dengan pakciknya Pak Uda sakan mandi hujan. Mana port2 air hujan turun dari atap rumah yang pernah jadi port aku mandi hujan dulu, aku warisi kat anak2 sedara pulak. Hahaha




Hari ni ada 2 orang yang balik. Adik No 5 balik Dungun & adik no 6 balik JB naik bas. Rumah semakin berkurang la orang. Bye2 korang. Opssss.. Ada sorang tu kata nak balik Melaka, tapi tunda.. Berat hati nak balik la tu. Hahaha.. 
Malam-malam masih duduk melepak beramai-ramai di ruang tamu. Bersembang itu ini, bercerita itu ini. Time ni la, mak aku buka cite "ilmu pengasih la, ilmu kuat kerja la" Hahaha 😁






26 Disember 2023  SELASA (Hari Kelima)


Pagi-pagi dimulaikan cerita dengan adik beradik aku masing2 balik ke destinasi masing-masing. Abang Ngah balik Selangor, sorang lagi balik Melaka, sorang lagi balik Marang Tganu. Rumah makin sunyi.. 








27 Disember 2023  RABU (Hari Keenam)


Rumah makin sunyi. Anak sedara aku takde geng dah. Sepupu semua pakat balik rumah masing-masing. So ada la kami keluar rumah jalan-jalan sekitar bandar KT. Cari makan. Takde aktiviti lain selain melepak je kat rumah lepas tu.




Tinggal la family abang long dan kami suami isteri dengan parents aku. Abang aku yang kat kg (yang tinggal dengan orang tua aku) balik KL rumah family isteri dia. Mujur kami ada, mak ayah ada la teman sementara abang aku balik semula dari KL.

Aku ni berbolak balik... Nak balik hari ni ke, balik esok. ke nak stay sampai hujung tahun.. Stayyyyy tunee kalau nak tahu... Hihihikk


Ok. Bye
XoXO

2 comments:

Mama Zharfan said...

moment2 indah pasting! bestnya u dpt balik berkumpul ramai2 tu

norhidana said...

bila balik kampung dapat la berkumpul semua memang best rasa takmo balik kl dah kan. Semua benda nak diborakkan nya, best nya kalau cuti masih banyak memang mesti Han sambung sampai tahun baru kan?