Kali terakhir buat donut adalah tahun 2000.
Ketika tu aku masih sekolah. Tolong mak niaga donut di rumah.
Sediakan, Goreng, Jual semuanya hanya di rumah...
Ala...jual dengan orang kampung je. Sehari dapat la 10-20 ringgit.
Boleh la buat tampung perbelanjaan harian..
Bila mak pregnant adik no 9 (bongsu) baru mak benti niaga donut.
Dulu lepas balik sekolah, mandi solat terus turun kat dapur tolong mak goreng donut.
Sekarang bila nak buat donut sendiri, tanya mak resepi mak ingat-ingat lupa je..
Ni donut cara aku.
Bahan-bahan (Dapat sekitar 20-30 biji donut sederhana saiz):
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 biji telur
2 sudu besar mentega (aku guna daisy)
6 sudu besar gula pasir (kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula)
3 sudu besar susu pekat manis (ataupun boleh ganti dengan susu tepung)
1 paket yis mauripan (11g)
Cara-cara penyediaan.
1. Cairkan mentega dan ketepikan. Bagi sejuk sendiri
2. Masukkan gula dan susu ke dalam air suam. kacau sampai semua larut. Kemudiaan, masukkan yis dan kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
3. Pukul telur sedikit dengan sudu dan masukkan dalam mentega cair tadi.
4. Selepas 10-15 minit yis akan naik dan berbuih, kemudian masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi dan kacau lagi sekali.
5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biarkan adunan lagi selama 45 minit untuk dia kembang dan naik.
Cara bentukkan donut dan bebola donut.
1. Amik sedikit adunan dan bentukkan bulat.
2. Adunan ni memang sedikit lembik, masa nak bentukkan donut amikkan sedikit tepung dan letak kat tangan masa bentukkan donut. Barulah donut tak melekat satu sama lain.
3. Bentukkan bentuk donut (macam tayar) secara manual sebab aku takde acuan donut.
4. Aku bentukkan bulat-bulat untuk bebola donut.
5. Lepas siap, biarkan donut dan bebola donut sekitar 10 minit untuk donut naik dan gebu gitu haaa.
6. Lepas 10 minit, boleh la digoreng dengan api sederhana.
7. Sentiasa terbalikkan donut masa menggoreng agar warna sekata.
8. Lepas siap, boleh hidangkan dan letak taburan guna halus.
Adunan ditudung dengan tuala bersih untuk naik gebu
Adunan dah naik gebu
Bentukkan bebola donut
Proses mengoreng
The hasil
Garing diluar
Yang bebola dicucuk dengan lidi sate.
Sebagai nostalgia zaman kanak-kanak dulu beli donut dari bhai jual roti dengan moto
Gebu di dalam
Kenyang. Alhamdulillah
Eh.. tambah lagi?
Request nak tambah lagi dan nak tabur gula lebih atas donut.
SELAMAT MENCUBA..
Psst : Aku bentukkan semua then goreng separuh masak untuk frozen donut.
Ok.Bye
XoXO
5 comments:
gebusssss molep donut..
blh jual kat big apple..
nyum2..sedapnye. ni terasa nk mendonut jugak ni.. my fav.
donut yg best..mmg kena letak susu pekat kan.. hihihi
cedap nyer..
wowww.. terer jugak tgn cik hani ni ek.. hebat la wat donut sendiri
dah lame ai tak mendonut.. hihi.. petua nak donut gebu dan lembut tu kena uli berjam jam.. tapi donut mu menawan hani.. :)
Post a Comment