nuffnang

JANA DUIT

Proses Rumah : Pengeluaran duit KWSP untuk Membeli Rumah.

Assalamualaikum...
Haii Haii Hampaaa semua...


Proses Rumah : Pengeluaran duit KWSP untuk Membeli Rumah.

Bila bank dah approved loan & lawyer dah bagi semua dokumen penting, so bolehlah nak proceed pengeluaran duit KWSP.

Step :
1. Online ke website KWSP. Klik Sini
2. Cari : borang. Ada banyak jenis borang. Amik Borang pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah. Klik sini. BORANG-BORANG BERKAITAN PENGELUARAN.. BORANG KWSP 9C (AHL)
3. Baca arahan & senarai dokumen yang diperlukan. Klik Sini . Ada sample cara isi borang lagi yang dia ajar.
4. Isi dan print.

* Isi dengan online and then print ATAU
* Isi dengan PEN HITAM dan TAK BOLEH LIQUID.
* Kalau salah isi, depan pengawai KWSP korang boleh amend. tapi kena sign initial tepi perkataan yang diubah.


Borang & Dokumen yang diperlukan:

PERMOHONAN KWSP UNTUK PEMBELIAN RUMAH DENGAN INDIVIDU (Rumah Second Hand)
1. Borang KWSP yang telah diisi tadi.
2. Salinan S&P
3. Salinan Hakmilik Atas Nama Penjual ATAU Hakmilik Atas Nama Pembeli
4. Salinan Kelulusan Pinjaman Bank
5. Salinan IC (in case cap jari tak match dengan rekod KWSP)
5. Salinan buku bank yang nak masukkan duit (in case KWSP perlukan jika data tak cukup)

* Semua dokumen tu aku dapatkan cop lawyer untuk mengesahkan yang dokumen tu sah dan benar. SILA BAWA dokumen asal sebab KWSP akan tengok untuk pengesahan.

* Di kaunter nanti, pengawai akan tolong check dokumen kita. Apa yang kurang dia akan tolong inform kita.

* Bila semua ok, boleh proses.

* JIKA TIADA SEBARANG MASALAH, Wang akan ke akaun kita dalam tempoh 10 hari bekerja (minima).

* Pengeluaran boleh dikeluarkan sekali sahaja untuk RUMAH PERTAMA kalian sahaja. (Rumah yang first korang beli dan first time keluarkan duit untuk permohonan ni).

* Pengeluaran adalah hanyalah maksimum 10% dari harga rumah ATAU nilai tertinggi KWSP anda.

Contoh 1 : Korang ada RM20K dalam akaun 2 KSWP. Tapi 10% dari harga rumah kamu hanyalah RM13K. so KWSP hanya benarkan pengeluaran RM13K sahaja.

Contoh 2 : Korang ada RM8K dalam akaun 2 KWSP. Tapi 10% dari harga rumah kamu RM13K. So KWSP hanya boleh bagi RM8K sahaja sebab itu sahaja simpanan yang korang ada dalam akaun 2. Macam kes aku, jumlah simpanan dalam akaun 2 aku tak sampai RM10K sedangkan harga 10% rumah aku sudah RM13K. So, aku hanya mampu keluarkan less than RM10K. paham tak?

Bagi pendapat aku, selagi mampu keluarkan duit, korang keluarkan je.
Sebab permohonan ni HANYALAH SEKALI SAHAJA UNTUK RUMAH PERTAMA kalian. Macam ku contohnya. Bulan Januari hari tu masa check KWSP ada RM6K.
Tapi masa nak keluarkan KWSP bulan May, nilai sudah RM7K.
Makanya aku boleh keluarkan 7K semaksimum mungkin aku ambik.


Tambahan :
PENGELUARAN KSWP untuk PENGURANGAN PINJAMAN PERUMAHAN HANYA BOLEH DILAKUKAN SELEPAS SETAHUN DARI TARIKH PENGELUARAN KSWP PEMBELIAN RUMAH.

Contoh : Januari 2014 pengeluaran KSWP untuk pembelian rumah. Januari 2015 pengeluaran KWSP untuk pengurangan baki pinjaman perumahan.

Setakat yang mampu ku bantu, aku doakan urusan kalian berjalan lancar dan happy moving to new house.
Aku just share apa yang aku praktikkan masa keluarkan duit KWSP dan sedikit sebanyak hasil dari penerangan pengawai KWSP hari tu.
Dia sangat baik dan sangat membantu.
Aku doakan Allah permudahkan segala urusan dia tu.


Psst : KWSP beroperasi dari pukul 7.45 am sehingga 4.45pm.
Korang boleh cepat-cepat terjah sana yer.


Ok. Bye

18 comments:

Mar Mansor said...

perkongsian yang bagus...kwsp saya pon x cecah 10K..huhu..

Rizziela said...

hihi..samalah..sya pun keluarkan kwsp utk beli rumah :D

Mrs.Asam Pedas said...

tq yang info ni...nt xpham ak tnya ye

Anonymous said...

Mcmmana klau pejual rumah mahu jual rumah yg baki pijaman 60k...sya ingin membeli rumah tersebut. Acc 2 kwsp saya 30k...dapat kh sya keluar semua acc 2 sya 30k tersebut....?

cheq rahim atan said...

Klo pengeluaran utk kali ke2..ape doc yg sptt dan berapa percent yg bole kia dlm acc 2 tu..

nurul husna said...

Suami dh kluarkan duit di kwsp utk rumah pertama then lepas setahun boleh tak suami keluarkan balance duit dr akaun 2 tu?

nurul husna said...

Suami dh kluarkan duit di kwsp utk rumah pertama then lepas setahun boleh tak suami keluarkan balance duit dr akaun 2 tu?

@Fizol said...

Terima.kasih. sngat membantu.

iqa zack said...

Terima kasih atas perkongsian, saya ingin bertanya boleh tak saya keluarkan duit kwsp saya utk rumah pertama saya tetapi bukan utk 10% pinjaman ttapi untk renovation rumah pertama saya. tq...

Shahril Shalji said...

terbaik infonya..

Muhammad Hilmi said...

Nice info

cik hani said...

Ronnie : setahu saya hanya boleh keluarkan downpayment 10% dari harga rumah sahaja kalau guna KWSP. Boleh Tanya KWSP kalau nak lagi confirm.
ceq Rahim ; pengeluar kali kedua saya kurang pasti, boleh Tanya kwsp untuk lebih kepastian.
nurul husna : setahu saya tak boleh keluarkan semua duit dari akaun dua. kalau tak pasti, better Tanya kwsp. insyaallah mereka akan tolong.

iqa : boleh keluarkan duit 10% utk down payment. sebab saya dulu kwsp bagi duit down payment tu lepas kami dah dahulukan duit kami untuk down payment. so cash yang kami dapat tu,kami guna utk touch up rumah jugak

Amat Haron said...

trima kasih info yang bagus..tapi tentang jumlah pengeluaran tu salah sikit...contoh nya..kalau byar 10% harga rumah 250k bermakna kena bayar 25k.
.so untuk pengeluaran kwsp akaun 2..boleh keluar sehingga 50k sekira nya wang anda ada jumlah sebanyak tu dlm akaun 2...hanya untuk rumah pertama..ini lah yang saya dapat masa buat pengeluaran yang lepas..

cik hani said...

Amat Haron : Ohhh..mungkin different officer yang handle, different outcome dia.
Officer terangkan kat saya macam ni..

oh,btw duit dalam kwsp akaun 2 saya sikit je..memang tak dapat la nak kuarkan lebih2 kan..

redha je la..

thanks tau utk info ni.. boleh kita share2 info

trex said...

Stahu sy pengeluaran ni ada formula nya.

Mudahnya mcm ni:

"Harga rumah semasa - jumlah loan bank
+ 10% dr harga rumah semasa"
Atau

"Semua jumlah dalam akaun 2 kwsp mana2 yg terendah"

Dan

"Tidak kurang dr RM500"

Cth:

Harga rumah: 350 000
Jmlah loan: 315 000 (90%)

Pengeluaran yg dibenarkan:

350k-315k + 35k = 70k

Kesimpulan nye dr cth di atas bleh kluar kan max 70k dr akaun 2 kwsp korg. Kalo jmlh kurang dr tu dlam akaun 2.. e.g. 60k dlm akaun 2 kwsp.. maka nya 60k je la yg bleh di kluarkan.. oh.. kwsp tak bg cukup2 je ye duit utk downpymnt.. tp bg extra lg.. so bleh la gune utk kos2 lain.. lawyer..repair/renovate tmbh cabinet dpur bgai.. haha





Firefox firdaus said...

Rupanya mudah je guna kwsp bayar rumah. thanks admin

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

kamil ahmad said...

Salam cik hani..trima kasih perkongsian yg brgune..
Perkara prtama ap perlu saya buat yer..contoh sy da brminat dgn rumah A..ap yg sy perlu lakukan

Maiy Adnan said...

Salam sis, Sy nak beli rumah pertama,adakah dgn usia 22 tahun Sy boleh mgeluarkan duit kwsp untuk buat deposit rumah yg sy hndak tu??