nuffnang

JANA DUIT

Resepi : Cili Jeruk

Assalamualaikum...


Oleh kerana aku sokmo makan kueh teow dan mee goreng, makanya aku buatkan cili jeruk untuk menjadi gandingannya. Baru lah terangkat.

Bahan-bahannya:
A) 7-8 biji cili ( boleh guna cili merah/hijau )
B) 1 cawan air
C) 1/2 cawan cuka (ada orang letak 1 cawan)
D) 3 sudu besar gula

Cara-cara :
1. Basuh cili dan potongkan. Jangan terlalu nipis. Sedang-sedang elok yer baru ok.
2. Masakkan air + cuka + gula sehingga mendidih. Biarkan sehingga sejuk sebentar.
3. Masukkan cili dalam botol kosong kemudian baru masukkan campuran cuka yang kite masak tadi.
4. Tunggu sehingga campuran sejuk seketika, baru tutup botol.
5. Biarkan 2-3 hari agar campuran tu sekata dan baru sedap untuk dimakan.









Masa duduk dengan parent, tak pernah amik tahu pun mak buat cili jeruk macamana.
Hanya tahu makan je. hahaha. anak dara ngokngek masa tu.


Ok. Bye
XoXO

4 comments:

misz sheyla said...

simple je sebenarnya...rajin dgn tak je nk buat...huhuhu... boleh try gak ni..

Linda said...

cik Hani, kadang2 saya buat jeruk cili padi jugak hehe...p/s saya pun selalu sgt malas letak watermark

Haslinda Sadiken said...

sama la dgn lin..mesti ada cili jeruk homemade kt rumah..tp lin guna cili api..heheheh

cahaya nur said...

makan mee + cili jeruk...memang sedap...