Hai semua....
Alhamdulillah frame pintu dah siap tukar dan bercat....
Berzaman nak boleh siapkan pintu ni...
Macam projek besar....Macam makan juta-juta tender. hehehe.
Ok,....Lepas ni tinggal nak cat dinding la pulak.
Tu pun tah bila la nak siap cat hehehe..
Mahu makan 2tahun pulak baru siap.
Buat sendiri dan buat sikit-sikit time weekend, tu yang lambat.
Belum kira kalau weekend ada hal ke ape ke..Keluar berjimba ke...
Semua frame pintu bilik dah di touch up dan dicat seiras warna asal.
Jom, lawat tapak:
Gambar di ambil sejurus siap cat.
Tape pun tak tanggalkan lagi.
Comot sikit.
banyak cat simen (dinding putih) dah terkopek.
nak kena cat sekali lagi untuk dinding simen
Bilik ketiga.
Frame je dicat.
Pintu warna asal, nampak sama kan?
Frame pintu bilik utama.
Alhamdulillah.. Siap akhirnya
Gambar bawah masa kerja kerja baikpulih:
Bilik ketiga.
Frame ni kecik. So kena tambah kayu tambahan saiz 1 inci X 2 inci
Nampak tak kayu tambahan tu?
Sebab kami guna frame terpakai sebab tu saiz tak ngam dengan frame asal.
Kalau beli sendiri, boleh mintak saiz sama ukuran dengan pintu asal rumah, so tak payah tambah kayu 1 inci X 2 inci tu.
Sebelum di cat pintu bilik utama
Pintu bilik kedua sebelum di cat
Ni antara barang yang kami guna untuk touch up:
Cat dan thinner
cat kayu yang kami gunakan untuk cat frame
Ni jenis Gloss Kilat.
Cantek dan puas hati la.
RM30 macam tu suami aku beli
Nak guna, kena tambah thinner tau
Sources : Google
Wood Filler / Wood Putty
Untuk tutup lubang akibat paku
atau untuk tutup rongga kayu yang cacat sebelum di cat
RM12 beli kat hardware
Jimat kos bila suami buat sendirik.
So terbuktilah yang suami mampu DIY tukar frame pintu, walaupun pada awalnya isteri tak berapa nak yakin.
Ni kalau upah orang mesti makan ribu jugak ni sebab tiga frame pintu.
Ok. bye
2 comments:
ok lah tu
wah dh siap..
nt mesti comel rumah mu!
buat slow2 ye..
=)
Post a Comment