nuffnang

JANA DUIT

Rumah Kesayangan : DIY katil dari pintu.

Assalamualaikum...
Pekaborrr....



Masa tukar frame dan pintu baru, pintu lama ni kami tak tahu nak buang kat mana..
Pintu besar, kalau nak buang nak kena angkut dengan lori or kenderaan macam storm tu.

So, kami jadikan katil rendah kat ruang menonton.
Boleh jadikan tempat baring masa menonton dan paling tak sangka jadi port untuk tetamu tido.
Bila mintak tetamu tidur dalam bilik tamu, boleh pulak dia tido atas katil ni je sambil tengok TV.
Sebab memang nampak macam katil kan.


Bawah Pintu ni kami letakkan kaki kabinet jer.

Sebelum ni kaki kabinet letak macam tu je,
So bila duduk dia akan bergerak kalau kiter bersandar ke dinding sebab lantai licin.
So, senang sangat katil ni bergerak/teralih.

Contoh kaki kabinet.
Boleh dibeli di hardware ataupun kedai kabinet.

Tadaaa.
Ni tips nya kalau tak nak kaki kabinet bergerak-gerak..
Gunakan GETAH TIUB TAYAR terbuang.
Sifatnya yang kesat menyebabkan permukaan kaki kabinet tak bergerak bila letak atas kantai tiles yang licin.


Letakkan tiub tayar bawah kaki kabinet.
Lekatkan guna gam.



Dah siap.
Letakkan tilam atas katil ni.


Sakannya berbaring sambil tengok TV.

Kalau family aku datang, ayah suka tidur sini.
Bila mertua datang, mak mertua aku yang akan baring kat sini...
Bila berdua dengan suami, aku yang suka baring sini.


Psst: boleh jugak letak tiub ni kt permukaan yang licin macam kaki meja, dan kaki kerusi.
Selamat MencobĂ aaaa

Ok. Bye

10 comments:

miss eimanhikmah said...

bgus jgk tp cm berat pulak nk alih2 kan

ameris said...

kreatif. pintu pun bole jd katil.

Ayu Rashid said...

cik abe kreatif dan rajin bertukang OK ler...untung ler demo...hehehee.

SUHAILAH RAMLI said...

pandai awak ni bagi idea..jimat dan x membazirkan..

Rina Ellisa said...

Waaaa kreatif.. thanks for info sis :)

Fahimah Mahayuddin said...

kreatifnya! good job

ezy.xixii said...

kreatif giler la mu ni..
comel pulak tu bila jd katil..
hihi

cik mah said...

Wah...bgus2..xmembazir..

Sha Nazri said...

Bagus idea ni..suka sgt..sib bek pintu kat umah sy smua berguna lg..klu tak sy dh buat katil..hik.hik..idea tiub getah tu pun suka..thanks for sharing..

Ema Minami said...

kreatifnya!..menarik pulak tgk...hehe