nuffnang

JANA DUIT

Majlis Kawen Raya ke-4

Assalamualaikum... Hai Semua...


Majlis kawen kali ni, aku rasakan agak sempoi..
Sebab famili kami takde buat persiapan banyak sangat..
Sebab buat kat resort, bukan kat rumah..
Guna katering, bukan masak sendiri..
Tak payah nak susah payah sepahkan rumah..
Tak payah nak susah pikir periuk belanga & barang masak kenduri..
Semua orang dah uruskan..
Mudah bukan?

Mungkin sesetengah tempat masih mengamalkan rewang masa kenduri..
Tapi kami lagi senang amik katering..
Tambah-tambah lagi musim raya ni..
Semua sibuk nak beraya dengan family masing-masing kan..


Akad Nikah di masjid dalam kampung Kuala Ibai..






Eh..dah kenapa dengan laki bini ni nak enterpremmmm jugok!


Majlis simple tanpa dulang hantaran yang banyak.
Dulang hantaran hanyalah cincin & wang hantaran RM300.

Lepas akad nikah, balik bergambar di resort tempat bersanding esoknya...




***

Majlis di adakan di Batu Buruk Beach Resort.
Dekat jer dengan rumah aku..
Senang nak ulang alik balik rumah kalau ada bebudak/ mahupun bebapak budak nak balik tidur...


Pemandangan pantai yang indah, pasti jadi kegilaan anak-anak dara/mak-mak dara nak bergambar..



Mak dan besan baru.
Sempoi la mereka ni..


Family terkini 2016


Aku just sponsor bunga telur 100 pcs.



Eh,, dah kenapa mereka ni nak bersanding lagi..


Sekiannn..


Selamat Pengantin Baru Emy &Qayiemmah.
Barakallah..
Semoga Allah merahmati korang berdua dan rumah tangga..
Semoga sentiasa dalam kasih sayang Allah.



Ok. Bye
XoXO

2 comments:

nini said...

Eh awak org tganu eh....hehehe

ezy.fia said...

selamat pengantin baru utk adk awk..
hehe
pengntin ensem dan cantik.. =)