Semakin ke penghujung ramadan, kemudian Selangor kena plak PKP3.0.
Office keje gilir2 sehingga lepas raya selama 2minggu.
Minggu ni menghabiskan balance lauk dalam freezer.
Hujan lately petang-petang buatkan kami lambat sampai rumah dan kadang kala bungkus dari restoran je untuk berbuka.
Puasa Day 22 - SELASA
Balik lalu Meru
Singgah beli Murtabak Cheese RM12
Tapi cheesenya tak terasa sangat. Keciwa..
Balik rumah masak nasi dengan goreng ikan dan buat sambal kicap serai.
Allah maha mengatur segalanya.
Walaupun suami balik kerja pukul 5.30 petang tapi dia sampai opis aku dekat pukul 8 malam.
Jem dari Kajang ke Damansara
Aku berbuka minum air masak dan biskut raya je dulu. Hehehe
Hujan lebat, maha jem di merata2.
Padahal PKP3.0 esok bermula. Tak tahu kenapa malam tu jem sana sini.
Biasa lepas pukul 7, jalan lengang.
Kul8 malam lepas solat kat opis aku, balik ke Kapar.
Order bungkus kedai.
Sampai rumah pukul9.30pm.
Baru makan.
Nasi Ayam Penyet & Paprik Ayam
Berbuka kat office dulu
Puasa Day 23 - RABU
Tapau Nasi Ayam Penyet
Lambat la mak mentua aku berbuka sebab kami lambat balik.
Puasa Daya 24 - Khamis
Puasa Day 25 - Jumaat
Puasa Day 26 - Sabtu
Tapau Nasi Ayam Penyek lagi & Paprik di kedai sepupu
Puasa Day 26 - Sabtu
Moreh Maggi Bakso
Puasa Day 27 - Ahad
Berbuka dengan keluarga abang ipar di rumah sahaja
Dorang datang meraikan MIL di rumah kami masih belum berbuka dengan mereka lagi sepanjang puasa ni.
Aku masak sup ayam kampung & kacang buncis goreng
Dorang bawak kari ikan jenahak
Lupa nk snap photo bila ramai-ramai
Puasa Day 28 - Isnin
Panaskan lauk semalam yang ada lebih
Kepala ikan jenahak aku add telur rebus 2 bijik
Sup Ayam Kampung add on ayam
Moreh makan keropok lekor frozen.
Puasa Day 29 - Selasa
Ikan Goreng & Sayur Air Kulit Tembikai
Presentation siap dgn periuk aku bawak ke meja makan.
Bertuah punya menantu kan.
Puasa Day 30 - Khamis
Rendang
Dan rezeki lain org bagi lodeh, rendanh hati lembu, kek gulung stoberi, kacang rebus, ketupat anyam
Selingan :
Antara yang sempat disediakan.
Tukar duit raya untuk kami dan MIL
Kuih Raya tempah dari geng opis dan hadiah dari opis
Selamanya kegemaran kami
Brownies Cookies
Florentin Badam
Biskut Macadamia Coklat Cip
Alihkan cabinet masuk ke area dapur untuk luaskan ruang tamu.
Susun semula barang2 yang berlambak kat dapur ni.
Cornflakes madu
Memang dah jangka tahun ni merentas negeri tak dibenarkan.
Cuma tak sangka sampai ke tahap tak boleh merentas daerah.
Tahun lepas boleh jugak berjalan ziarah.
2 Syawal duduk rumah diam-diam makan kuih raya.
So, tahun ni day 1 Syawal duk kat rumah je la.
Selamat Hari Raya semua.
Maap Zahir Batin ye..
Ok. Bye
XoXO
11 comments:
Salam lebaran 1442H
maaf zahir dan batin
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir & batin..
saya pun suka kulit tembikai masak air..sedap..
selamat hari raya, eid mubarak
selamat menyambut hari raya, maaf zahir batin dari saya sekeluarga :)
hee~ seronoknya tengok duit raya tu.. semoga sedekah yang diberikan akan berbalik berlipat kali ganda.. selamat hari raya..
selamat hari raya sis
cornflakes maduuu wajib ada.. kalau dak xleh raya..
kena batalkan hehe..
Hidangan berbuka sedap-sedap. Minggu terakhir masing masing buat persiapan shopping agaknya. itu yang jem agaknya kot. Cornflakes madu, satu tak cukup kalau makan :)
Di penghujung Ramadhan
Meriahnya dengan menu makanan.. hehehe
amboiiii mcm2 mknn terhidang...
cornflakes madu ada lg x? sy nk dtg beraya ni ;-)
Post a Comment