Selamat Hari Raya semua.
Salam PKP 3.0 utk semua warga Malaysia.
Kalau tahun lepas sendu, tahun ni lagi sendu.
Sebab raya tahun ni memang kena duduk di rumah sahaja.
Aku tak boleh merentas daerah untuk ke rumah abang aku di Puncak Alam & PutraJaya.
Yang lainnya semua di Tganu & sorang di Seremban.
Jom ikut cerita raya aku..
30 Ramadan - Sehari sebelum raya
Sebelum pukul 2 petang aku dah siap buat rendang.
Rupanya bila siap awal, tenang rasanya dan banyak masa lain boleh buat kerja lain.
Lepas siap masak, lepas zohor ajak suami g pasaraya sekitar pekan Kapar beli set baju raya untuk MIL.
Kami beli 2 basang blouse dan 2 pasang seluar dan tak beli jubah pun.
Kami beli pakaian yang nak digunakan untuk pakai raya di rumah dan boleh pakai untuk ke klinik dressing luka.
Nak dijadikan cerita lampu boleh rosak siang tu.
Nasib baik boleh panggilkan orang repair, aku keluarkan tangga siap2 untuk wireman tu tukarkan lampu.
Kuih raya ada yang tempah dari budak opis, ada yang company bagi, ada yang beli.
Dan ada yang MIL order dari sedara dia.
Balik dari beli baju raya untuk MIL, singgah g collect Brownies dan biskut raya dari kedai Azlina Ina Setia Alam.
Malam raya lepas berbuka, keluar g seksyen 7 Shah Alam.
Suami nak g kedai kawan sekolah dia.
Tahun lepas pun kami beli baju di kedai kawan ini.
2 helai kurta suami
1 pasang baju aku
1 pasang baju MIL untuk raya pertama
1 blouse dan kain batik free dapat untuk MIL
1 SYAWAL
Panaskan rendang dan nasi impit.
Bagi jiran kanan kiri rendang dan ketupat.
Makan bersama MIL dan suami.
Pastu bergambar dan bersalaman raya dengan MIL.
Video call famili Terengganu, eh dorang tak bersiap pakai baju raya lagi.
Geng lelaki, bangun solat raya pastu tidor semula.
Petang baru dorang pakai baju raya dan bergambar, share kat family group.
Orangtua dan adik beradik bujang aku di kampung Terengganu.
Adik beradik lain di Puncak Alam, Pinggiran Putrajaya, Seremban, Marang Tganu & Dungun Tganu.
Aku di Klang
Alhamdulillah.
Mujur ada adik beradik yang di kampung. so parents takde la sendirian kat rumah.
Photo 1 Syawal
Hey.. Selamat Hari Raya dari kami.
Tahun ni tanpa FIL.-alfatihah-
MIL masih dalam eddah berbaki sekitar 10-15hari mcm tu.
2 Syawal.
Pakai baju sedia ada je.
Suami je ada kurta baru. hehehehe.
Duduk di rumah makan biskut raya je.
Lepas makan, tengok TV, main phone.
Pastu makan lagi.
Repeat lagi raya kedua, ketiga dan keempat.
Sebab cuti 4 hari kan.
Menu Raya Pertama - Rendang Ayam & Nasi Impit. Tu pun petang kami buat pisang goreng, malam dah dinner puyuh dan keli berlada. Dah tak lalu nak makan rendang.
Menu Raya Kedua - Nasi Lemak Kerang Bilis & Puyuh Goreng
Raya ke5 suami dah start kerja,
Aku WFH seminggu 2x sehingga habis PKP 3.0
Selamat Hari Raya korang.
Semoga cepat berlalu virus2 ni dan boleh jumpa orang tersayang yang jauh di mata.
Harap cepatla berlalu dan ada solution untuk covid ni.
Selain terjejas ekonomi dan kesihatan.
Payah jugak kita semua nak jumpa parents kat kampung.
Kalau dulu nk blk kmpung mintak izin suami je, ni siap dengan izin polis ye kalau nk blk kg.
Ok. Bye
XoXO
14 comments:
selamat hari raya!
salam aidilfitri maaf zahir batin..
alhamdulillah nampak meriah tu rayanya..
jemput join GA blog saya :
https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html
Banyak juga sopink raya ek
Selamat hari raya maaf zahir & batin. Persiapan raya dan sambutan raya tetap meriah. Walau tak boleh ziarah dan tak boleh kampung. Dapat meraikan bersama yang tersayang :)
selamat hari raya...nasibaik ada adik2 bujang kt kg ngan mak ayah kan
kalau berkumpul semua adik beradik hani mesti meriah kan, macam bila akak beraya di kerteh adik beradik Edy ada 9 orang tinggal 3 orang je yang belum kahwin memang meriah rumah pil kalau raya dan kebetulan semua sama giliran...
tahun ni raya lagi lemau sebab kene raya rumah sendiri je, tak boleh nak beraya rumah kawan-kawan...
selamat hari rayaaa
selamat hari raya, maaf zahir batin. alhamdulillah..meriah jugak la kan..dr berdua je. bab makan, tgk tv tu..memang sama la rutin nya..
he he he...
Salam Aidil fitri Han🌹🌹
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Seronok bila siap masak awal kan.. boleh relaks-relaks..
salam 9 syawal utk han sekeluarga...
tu laa... dah tak tau nk ckp mcm mn lagi psl covid ni. kite punya laa patuh SOP tahan hati x blk kg jenguk family...
selamat hari raya maaf zahir dan batin
selamat hari raya ani!
nt aku update pasal raya aku..
tgh struggle cr line internet yg ok..
haha
Salam Aidilfitri buat Hani dan family.
Post a Comment