Kerusi lama di beri nafas baru.

Assalamualaikum... Hai Semua...


Kata orang benda sendu di beri nafas baru.
Itulah boleh diumpamakan dengan kerusi ni.
Kerusi ni kami ambik dari kampung suami.
Mak mentua nak buang sebab kena banjir tahun 2014 dulu, pastu dah buruk.
Kerusi pun ada yang dah goyang.

So, suami cadangkan bawak la kerusi ni ke rumah kami.
As kenang-kenangan.
Sebab ni kerusi parents dia guna masa kat kampung dulu.
Arwah bapak selalu duk melepak kat luar beranda duduk atas kerusi ni dulu.

So, bermula la:

-SEBELUM-
Kerusi ni banyak lumpur kat bahagian bawah sebab bekas ditenggelami banjir


-SELEPAS-
Tadaa..

Aku cuci dulu kerusi ni.
Pastu lepas kering, aku varnis 2x (varnis-keringkan-varnis)
Beli sarung kusyen kat shoppee.
Kusyen dia ada 2 saiz.
Nak amik yang besar - tak muat
Amik yang kecik - agak kecik sedikit (tak suit-tapi ok je)
Kalau nak elok. kena tempah saiz yang tepat kat kedai kusyen.

Plan nak sarung warna coklat, warna2 earth/natural gitu.
Tapi takde, so aku amik warna cream.
Eh, termatching plak dengan sarung throw pillow aku dari kedai Eco RM2.10 tu.





Modal hanyalah kos cat varnis, kusyen & sarung kusyen.

Psst : Aku suka kerusi macam ni, Lawa ala-ala scandinavian style/nordic style.
Btw, rumah aku takde tema pun. Tema tangkap muat je.


Ok. Bye
XoXO

6 comments:

aienienka said...

Lawa jugak tu. ^_^

norhidana said...

terus macam kerusi mahal jadinya... cantik

dik, mana awak beli lap kaki bulat besar tu? ke ala-ala karpet... cantik sangat lahai

ezy.fia said...

dh siap jd mcm kerusi baru plop..
byk jimat!

Azhafizah MN said...

Mujur tak buang. sayang dibuang tu kayu lama kukuh lagi. Cantik dah siap varnish semua dan sarung sofa matching pulak kan.

Warisan Petani said...

Kerusi kayu solid tu
memang tahan lama
Tak rosak pun kalau kena air

Ann Ishak said...

dah berendam air banjir pun kerusi tu tetap utuh, hebat kan perabut lama ni