IVF 1 Journey : Pengalaman cucuk perut untuk IVF

Assalamualaikum... Hai Semua...


Cite Hal IVF Journey.
Ni perjalanan proses aku cucuk perut untuk banyakkan telur sehingga pick up telur (OPU)
Notes : Ni kisah IVF pertama aku. Baby gugur 7weeks. Tapi aku abadikan kenangan IVF kat sini untuk pengalaman cucuk perut membesarkan dan memperbanyakan telur.


PERJALANAN SEHINGGA PROSEDUR OPU :

24 NOV 2022 - Period day 1. Aku terus gi collect ubat untuk cucuk perut. Tapi start cucuk pada hari kedua period ye.
25 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui
26 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui
27 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui
28 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui
29 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui & TVS scan tengok telur (ada sekitar 21 telur dan ada polyps 1 biji)
30 NOV 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui & ORGALUTRON 0.25mg
1 DEC 2022  - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui &ORGALUTRON 0.25mg
2 DEC 2022  - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui &ORGALUTRON 0.25mg
3 DEC 2022  - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui &ORGALUTRON 0.25mg & TVS scan tengok telur (ada sekitar 38 telur, ada 2 polips) & amik darah untuk tahu kadar hormon dalam badan.
4 DEC 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  PUREGON 250 ui (habiskan balance ubat) & ORGALUTRON 0.25mg 
 - Pukul 9.45 malam (tepat-tepat) - cucuk perut DECAPEPTYL 0.2mg (0.1mg setiap jarum, so kena 2 jarum) & 5000 iu HUCOG kena tepat2 36jam sebelum OPU. OPU dijangka pukul 9.45pagi pada 6hb.
5 DEC 2022 - Pukul 11pm - Makan ubat DUCOLAX untuk buang air besar (untuk kosongkan perut & start puasa pukul 12 malam hingga pagi esoknya. 
6 DEC 2022 - OPU Day dan kena cucuk perut ORGALUTRON 0.25mg lepas OPU siap
7 DEC 2022 - Pukul 8 pagi : cucuk perut  ORGALUTRON 0.25mg
8 DEC 2022 Pukul 8 pagi : cucuk perut  ORGALUTRON 0.25mg. Nurse call bagitahu:
43 follikel telur dikeluarkan.
Daripada 43 follikel, cuma ada 33 telur.
Daripada 33 telur, cuma 26 boleh disenyawakan.
11 DEC 2022 - Nurse call update Day 5 quality telur.
Daripada 26 telur, 10 berjaya jadi embrio gred bagus (6 gred A, 1 gred B & 3 gred C)
Lagi 16 remaining telur, dia akan update esok.
12 DEC 2022 - Nurse call bagitahu remaining telur 16 biji lagi tu tak okay dan kena discarded (buang).
13 DEC 2022 - Nurse email result OPU.



PENGALAMAN CUCUK PERUT 

Period Day 2 merupakan hari pertama aku cucuk perut. 

Cara cucuk : Bila ubat dah tersedia, picit perut 2jari di sebelah kanan atau kiri perut. kebawah sikit pun takpe. Gilir2 cucuk la kanan dan kiri setiap hari

Cucuk ubat PUREGON 250 ui ni gunakan pen yang macam cucuk insulin tu. Jarum dia halus. Kiranya buka botol ubat, masukkan dalam pen pastu setting ke sukatan ubat yang betul lepas tu cucuk perut.

Ubat ORGALUTRON 0.25mg pulak memang ubat tu duduk dalam picagari bersama jarum dah. Alaa macam doktor cucuk biasa kat klinik tu. Kiranya buka je plastik dia terus cucuk perut. Jarum dia sedikit besar dan jarum panjang sikit. Mula2 suami cucuk, dia tekan ke perut eh tak masuk. Kena tekan kuat sikit baru tenggelam jarum dalam perut. Pastu dia kata "eh kulit perut awak tebal sangat ke?" Hahaha. Bila kami ke hospital kami ceritakan hal ni ke nurse, nurse kata memang kena tekan kuat sikit sebab jarum dia besar dari jarum puregon tu.hehehe

Hari ke 1- hari 6 cucuk aku rasa ok aje. Tak la sakit sangat cucuk kat perut.
Hari ke 7 cucuk perut, aku dah start rasa sakit bila cucuk sebab perut dah start lebam kat kanan dan kiri. Kena plak kalau PUREGON 250 ui ni aku kena cucuk 2 kali. Sebab 1 botol ada 400 ui, so sekali cucuk 250 ui, akan ada balance 150 ui. So hari kedua aku kena cucuk 2kali iaitu (150 ui dari balance botol pertama  &  another 100ui dari botol lain untuk cukupkan 250 ui )

Nurse siap tulis siap2 di kotak ubat incase kalau lupa pasal balance ubat



Tapi lepas nurse ajar cara nak combinekan ubat dalam satu botol, suami dah tahu cara buat dan dia combinekan ubat dalam satu botol cukupkan 250 ui, so kena cucuk sekali aje la instead of 2x cucuk untuk cukupkan 250 ui.
Nak dijadikan cerita, suami pernah tersilap cucuk. Kali pertama cucuk 150 ui, kali kedua 50 ui (instead of 100 ui), so kena la cucuk kali ketiga 50ui untuk cukupkan 250 ui. . Aku redha aje la tadah perut masa tu.. huhuhuhu

Tapi keadaan kesihatan aku merosot dari hari ke 7 hingga ke hari ke 12 (OPU). Aku penat, asyik nak baring aje, tubuh lesu, sebab perut start bloated (cramp & rasa penuh, tegang). Dan aku macam nak demam tapi cepat2 aku telan panadol nak elak demam masa OPU Day. Alhamdulillah aku tak demam masa OPU day. 

Sehingga lah ada malam last yang aku nak kena cucuk 3jarum suntikan tu (4Dec), aku tido awal dan mamai bangun masa suami nak cucuk ubat yang penghabisan iaitu decapepty & hucog.  

DECAPEPTYL 0.2mg  (2x cucuk sebab ubat 0.1mg setiap jarum, so kena 2 jarum) dan ubat 5000 iu HUCOG (1 jarum) tu kami cucuk start cucuk tepat pukul 9.45pm iaitu 36jam sebelum OPU (pukul 9.45pagi lusa nya). Ubat ni untuk pecahkan telur. Masa cucuk tu aku dah start sakit (paling sakit antara semua suntikan sebab ubatnya banyak, so lambat nak tunggu habis cucuk. Perut masa tu pedih makin pedih makinnnnnnn pedihhhhhhhh. (Dan aku menangis masa ni) Total 3jarum cucuk malam tu (decapeptyl 2 jarum + hucog 1 jarum)

Dahla HUCOG tu payah sikit nak sediakan. Kena bancuh dulu baru cucuk kat perut. Time tu pulak masa dah siap sedia nak cucuk, grab food sampai depan rumah la, jiran sebelah memanggil nak bagi susu la, macam2 hal. Hehehe. Kalau teringat balik, memang lawak. Suami aku tengah pegang jarum nak cucuk perut, menjerit2 menyahut "ye kakkk, letak je susu kat rak kasut, nanti saya ambik" 
Kelam kabut sikit malam tu sebab nak kejar cucuk on time pukul 9.45malam. (Update : Andai korang tak suntik ikut masa ditetapkan, bagitahun nurse so nurse akan notify doktor untuk buat OPU betul2 36jam selepas kita suntik ubat pecahkan telur tu)


Nurse akan ajar cara nak bancuh ubat ni



Oh ye. Semua ubat cucuk2 perut ni, kena simpan dalam peti sejuk (chiller di bahagian dalam, bukan kat pintu peti). Sebab tu masa collect ubat kena bawak coller box. Atau kalau ada hospital sediakan beg ais pun dah kira okay. Ada jugak sesetengah hospital yang sediakan perkhidmatan sewa coller box.
Masa kami g hospital untuk scan telur, kalau ada ubat balance nurse suruh bawak untuk diorang combinekan kami kena bawak Cooler Ais Box. Aku pinjam yang kawan aku punya (biasa dia bawak g camping). 

Terima kasih suami sebab support me


Masa mengikut suami aku oustation ke Penang 2H 1M pun aku mengangkut la coller box tu dengan ubat sebab esok pagi nak kena cucuk perut. Suami kawan aku perasan aku jalan agak slow masa turun breakfast pagi tu kat hotel. Sebab masa tu perut dah start bloated. 



Itu saja pengalaman yang boleh aku share.
Harap sesiapa yang akan jalani OPU, semoga Allah permudahkan ye. Dan dapat banyak baby embrios yang bagus2 seterusnya cepat hamil.

Notes : IVF aku dah settle. Ni just throwback.

Ok. Bye
XoXO

2 comments:

Shak said...

Salam. Awk buat frozen transfer ke?

Han Hanni said...

Shak : Haah. Frozen Embrio . result FET pertama sy hamil 7weeks tp gugur due to genetik isu. FEt kedua, failed