First trial masak nasi ayam..jakun..haha

Assalamualaikum...
Hai semua.....


Dah kawen 9 bulan, hidup kat bumi ni dah lebih 20tahun tapi ni first time aku masak nasi ayam. Kebiasaanya aku masak lauk je sejenis dan sayur sejenis.
Lauk macam tomyam, sup, gulai, kari, singgam, masak lemak.
Sayur plak bendi goreng la, kangkung belacan la, kacang panjang goreng telur la..

Semalam masa kat opis dah mesej suami cakap hari ni nak masak nasi ayam sebab cuti maal hijrah takde ke mana mana.

Tadaa.. Boleh la..


Resepi ni sangat simple je. Tetap menjadi walaupun bahan ada yang tak cukup.hehehe.
Ok. Nak campak resepi nasi ayam ni kat blog, next time nak masak, aku boleh tengok sini lagi..huhu

Sup :
1. Rebus ayam. Letakkan sikit garam, kiub ayam setengah je, masukkan daun sup, kulit kayu manis, cengkih pelaga bunga lawang.

Ayam :
1. Ayam sapu dengan air sup sikit + kicap +madu. 

Nasi :
1. Tumis mentega + bunga lawang + kayu kulit manis + cengkih + pelaga + daun sup + halia + bawang putih. Sepatutnya letak daun pandan, tapi kami takde daun pandan, bantai letak daun sup.
2. Pastu masukkan 3 pot beras + 1.5 pot air sup + 1.5 air biasa.
4. Masak macam biasa guna rice cooker.

Sos
1. Sebijik tomato + 5 biji lada + 3 ulas bawang merah di blender.
2. Tuangkan bahan kisaran dalam kuali. masakkan sekejap dan letak halia sepotong dan gula dan garam.

Kicap
1. Amik air sup 2 senduk campurkan dengan kicap.


Boleh la setakat nak makan sendiri, Kalau niaga, lingkup..haha
Aku ni lemah sikit dalam masak memasak. 


Psst: This entry suami tolong proofread dulu sebelum publish. aci tak? hhihihi

Ok. Bye. 

9 comments:

ezy.fia said...

bagos2.. ade kemajuan
nt aku nk try gak la kalo rajin.. hihi

azeemazain said...

wahh bagusnya share resepi..keep it up ya.

Ayu Rashid said...

Sepesen la kita hani. Lebih suka kemas rumah dari masak. Tp kak ayu yg dah umur 34 x penah masak nasik ayam. Lagi sendu.. hehehehhe.

Unknown said...

Good try, hani!
Sedap ke tak tu tak penting...janji suami awak merasa masakan dari air tangan isteri sendiri n dah tentu masakan itu penuh dengan kasih sayang...tak gitu? ;)

safurara said...

hhahahaha xpe jakun kejap.hehehe

Fahimah Mahayuddin said...

Rajinnya! takpe..yg penting mencuba!

Unknown said...

sedapp..semlm pun kita msk nasi ayam juga.. :)

surihati said...

ok ler tu.. pasni upgrade lg skill tu..

Miss N said...

ahh..ni ada yg berjangkit jugak ni..
saya da la suka mkn nasi ayam. agagaga.. kalo ada nasi ayam...tak bley berhenti mkn. huhuhu