DIY : Tutorial buat barut baby

Assalamualaikum...


Nak share ilmu dengan korang di luar sana.. Mana tahu ada keinginan nak buat barut sendiri.
Ianya senang sahaja.


Lets start it :

1. Potong kain berukuran 18.5 inchi X 7.5 inchi. Size S (16.5 inchi X 5.5 inchi) means ada seinci untuk dijahit. Amik ukuran 16.5 inchi X 5.5 inchi dan buat garisan.


Ukuran kain

Ada gap 1 inchi untuk jahit

2. Buat lengkung di antara tengah-tengah kain. Lepas ni nak jahit tali barut pun boleh. Nak tunggu barut siap baru jahit pun boleh,. Aku jahit dulu sebelum barut siap.


Contoh lengkungan

3. Jahit atas garisan yang dibuat (pastikan kain terbalik), tinggalkan satu ruang untuk terbalikkan kain nanti.
4. Lepas siap, potong setiap bucu agar nanti bila terbalikkan kain jadi sangat kemas.

Gunting bucu

Di bahagian lengkung sila potong macam ni, nanti hasilnya kemas bila diterbalikkan

5. Terbalikkan kain


Buat seperti ni

Lepas diterbalikkan

6. Kalau nak jahit tali barut time ni pun boleh. Macam aku, aku jahit tali selepas aku siap menggunting kain.

Tali barut



7. Tindan jahitan seperti biasa kat atas kain barut untuk kekemasan dan untuk tutup lubang.
8. Siap.



Tips :

Kalau korang jahit tali barut dulu, kadangkan tali barut tu tak sengaja dijahit sekali. makanya dah spoil.
Tengok picture bawah

Tali ni terjahit sekali kat area lengkungan tu


Tali dah terjahit kedalam

Apa solutionnya :

Jangan risau. Korang tetas balik kat bahagian tu sikit. 
Kemudian boleh tindan jahitan dari luar (ikut step 7) lagipun kita memang nak tutup lubang yang kite guna untuk terbalikkan kain.

Psst : Selamat Mencuba. Walaupun tutorial ni tak details, hope ada yang paham..


Ok. Bye
XoXO

9 comments:

~ NANA ~ said...

tq share! mmg teringin nak buat sendiri...hehe

ezy.fia said...

comel je..

buatla korset plop.. i nk satu!
hikhik

Lyaa Suriany said...

Alahai nmpak mcm sng. Tp Klau try buat ke laut jgk ni. Haha

shidasanmil said...

berguna utk masa depan ni...mana tau nnt nak buat barut sendiri...hekhek...

As Abdullah said...

Tali utk barut tu boleh dapat kat kedai jual benang x? Pggl apa eh tali tu?

Unknown said...

Terima kasih, nmpk senang, berkobar2 smgt nk menjahit nii...

Dilah Naim said...

thanks sharing..teringin nak cuba buat sendiri.. ;-)

Mashitah Mamat said...

heheh, comel je tali ter masuk ke dalam..tu situasi biasa bila menajhit...kihkihkih..btw, thnx info...tgh nk bljr2 gak nih jahit barut sendiri....nampk cam senang..senang kerr?? ehhehehehe

Han Hanni said...

Asmahani : boleh Tanya orang kedai. mereka tahu kalau kita sebut tali untuk barut.
ada 2-3 jenis saiz untuk tali barut kalau kat kedai jahit