"Eh...amik la sampul raya ni, boleh makan free kat boat noodle."
"Oh... Tenkiu"
Wah...betul-betul langkah kanan, masuk je kerja lepas raya hari tu, dapat sampul raya ni.
Ni geng opis yang bagi..
Seminggu jugak sampul raya tu bersadai dalam beg.
Pastu last week,bos bagi duit raya kat aku.
Aku tak sure dia bgi ke tak kat staff lain. Sishhhhh.diam..nanti kantoi.. Huhuhu...
Dapat duit raya rm20 terus suami syorkan malam tu kite pekena boat noodle la.
Sebab boleh guna voucher sampul raya tu sekali..
Google location boat noodle yang paling dekat dengan rumah.
KLANG PARADE..
Terjahhhhh..
Penulis di depan boat noodle
Google.
Antara menu nya
Ni menu latest yang sempat aku snap.
Mee yang boleh aku makan free hanyalah dari pilihan ni sahaja.
Menu lain kena bayar la beb..
Aku amik satu pilihan ayam dan daging.
Mangkuk dia kecik sahaja.
Isi dalam tu pun sikit, dalam 2x suap dah habis.
Padan dengan harga rm1.90 semangkuk
Mee dia macam ni.
Kenyal2..
Aku makan 7 mangkuk..
Bukan tamak.
Tapi haloba nak habiskan voucher tu, dah malas nak datang dua kali.
Sebab free tu yang sapu semua.
Tapi kalau untuk seorang, 4 mangkuk dah memadai untuk kenyang.
Kalau nk makan cepat kenyang, hirup skali sup dia tu baru cepat kenyang.
Kalau setakat makan mee dia tu je, 7 mangkuk mampu bedal lagi.
Tapi 'seeh' laaa..
G bukak kamus terengganu. 'Seeh' tu pe.
Sebab tu mangkuk kami bertingket tingket..
Makan order teh thai dan green tea.
Teh dia kaw kaw pekat .
Setiap satu rm6.90.
Kalau blended 8.90.
Bagi aku.. Servis kat sini ok. Laju dan mesra pelanggan. Mungkin sebab aku g sana jumaat malam. Bukan weekend. Tapi orang tetap penuh je aku tengok. Kalau ada rezeki,boleh repeat makan kat sini lagi.
Ok. Bye
4 comments:
best nyaa hani ! :)
lama dah teringin nak g bat noodle.. tak de rzki lagi.. hehehe !
Bestnya dapat duit raya
Menarik juga ea marketing strategy Boat Noodle, thorbaekkk !! hehe
Reply Your Comment at http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/2015/07/syura-homemade-cake.html
Bukan comel je hani.rasa pun sedap sangat (^_^)
Sampai sekarang duk ngigau2 nak makan lagi hahaha (@_@)
makan besar smpai 7 mangkuk.. hihi..
best oi makan free..
Post a Comment