Appointment Doktor ketika di musim PKP & PKPB

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sepatutnya 19.03.2020 & 13.05.2020 kami ada appointment untuk MIL di Klinik Kesihatan Kapar.
So pada 18.03.2020 (Hari pertama PKP), aku call K.K.Kapar tanyakan appointment doktor.
Aku : Mak mentua Saya ada appointment ambik darah esok iaitu 19.03.2020, boleh datang ke esok?
Nurse : Untuk amik darah, kita hold dulu. Sebab nak kurangkan risiko terdedah dengan Covid. Tapi kalau untuk amik ubat memang kena g amik ubat.
Aku : Ok. Sebab next appointment jumpa doktor ialah 13.05.2020.
Nurse : Kalau macam tu, next appointment masa jumpa doktor baru g amik darah.
Aku : Ok. Terima kasih.

So hari ni 13.05.2020, kami g KK Kapar. 
Aku dengan MIL beratur dulu sementara suami g cari parking. 
Beratur kat luar kaunter saringan demam dulu. Lepas cek suhu dan sejarah berjalanan/ada contact dengan pesakit Covid ke tak.
Aku : Datang sini nak buat 2 benda hari ni, jumpa doktor dan ambik darah.
Nurse : Ni first appointment atau sebelum ni ada appointment ditunda sebab PKP Covid?
Aku : Untuk jumpa doktor ni first appointment lepas PKP. Untuk amik darah sepatutnya 19.03.2020 tapi kena tunda.
Nurse : Patient ada demam,sakit, selsema, contact dengan pesakit covid atau serumah dengan orang kuarantion covid?
Aku : Takde.
Nurse : Appointment doktor hari ni kena tunda ke 17.06.2020 lepas Covid. So hari ni kena sambung ubat dan amik darah saja.
Aku : Kertas slip ubat memang dah takde sebab sepatutnya jumpa doktor dulu dan baru sambung ubat baru, takpe ke?
Nurse : Takpe. Sambung ubat je tanpa jumpa doktor kali ni. Slip sambung ubat tak perlu sebab kami ada rekod. Pergi kaunter ubat ye & g amik darah (Bagi no giliran untuk amik darah)
Aku : Ok. Terima Kasih

Suami datang selepas settle parking kereta, aku ceritakan semua. So kami seperate buat kerja:
- Suami bawak MIL tunggu giliran amik darah.
- Aku g kaunter ubat untuk collect ubat untuk beberapa bulan sebelum next appointment.

Di kaunter ubat, kena cek suhu, kemudian diberi no giliran lepas aku pass kad nama MIL tetapi kena tunggu di luar. Bila dipanggil, baru boleh masuk bilik menunggu ubat kami. Kat dalam kena cek suhu sekali lagi, kemudian diberi hand sanitiser (3-5 orang dipanggil setiap kali).
Dalam bilik tu, baru giliran ubat di panggil.


Slip Ujian Darah untuk hari ini


Next Appointment 19.06.2020



Alhamdulillah. Semua smooth.
Bagus orang-orang sini, semua pakai mask, semua  buat penjarakan sosial. Yang muda pakat berdiri jauh-jauh, kerusi biarkan kosong untuk warga tua/perempuan mengandung.
Nampak semua alert je isu ni.
Alhamdulillah, Pagi tadi cuaca pun redup takde la panas menunggu kat luar bawah-bawah pokok.

Siap bawak pen insulin untuk tunjuk kat Kaunter Ubat supaya ubat insulin yang dorang bagi suit dengan pen ni. Sebab ada macam2 pen kat pasaran kan.

Musim-musim virus ni, memang kakitangan klinik pun kena ramai. Banyak yang nak kena buat saringan suhu, mana yang kena bagi ubat agar takde limpahan orang menunggu. Alhamdulillah. Settle dalam masa 1 jam. 

Record sambung ubat tanpa jumpa doktor as record. Next visit doctor buleh tengok record

Untuk appointment bulan 6, better call dulu incase kalau appointment kena tunda lagi. So tak perlu la bawak warga emas ke tempat berisiko tu. Just anak je la g sambung ubat.


Ok. Bye2
XOXO

5 comments:

Mrs. A said...

Yelah normal baharu di mana-mana pun kena check suhu, nak masuk office, nak masuk bank, nak masuk mall semualah kecuali rumah sendiri tak perlu tapi haruslah basuh tangan dulu huhuhu...

umifuzy said...

sama la mmg mak sy patut ada appointment tapi sbb covid-19 kami sambung ambil ubat jer ..risau sebab umur dia dah 83 tahun ni...risauu

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. Urusan dipermudahkan..

Sunah Sakura said...

alhamdulillah lancar urusannya...itu lah, musim covid-19 ni semua kena berjaga2 kan..lagi2 kita kena lindungi golongan yang berisiko tinggi...

mummy_ayu said...

alhamdulillah, semua nya mendengar kata. elok la