Ada banyak hal nak buat kat rumah ni. Antara plan aku :
1. Beli TV baru sebab TV lama dah rosak.
2. Tukar downlight kepada LED downlight.
3. Repair leaking di bilik air. Tak sure samaada masalah waterproofing, atau ada kebocoran tangki ataupun kebocoran paip dalam dinding.
4. Perbaiki lubang floor trap yang dah lama simen dia terhakis. Nak simenkan balik & penutup floor trap plastik yang baru.
5. Tukar frame tingkap bilik no 2. Ni take time sebab nak kumpul duit.
Itu sahaja yang aku rasa kena buat cepat.
Isu masalah tikus atas atap tu, tak pasti bila nak buat. So far hanya mampu pasang perangkap je.
TV ni dah pernah rosak masa bulan 3 kot. Lepas tu kami baiki habis RM 200 rasanya. Pastu eh ni dia rosak lagi. Panas plak rasa hati aku. Nak kata masa PKP gila-gila tengok TV, takde la sangat sebab takde rancangan best pun. Then aku tengok TV pun tak lama. Tapi TV tetap kena ada, kalau tak rasa sendu kat rumah. Ko tahu tak sendu orang childless tu macamana? Laki ada takpe. Laki takde, alahai rasa macam hidup ko bertemankan dinding je. Dahla takde ramai kawan. Habis2 aku g pusing kedai RM2 je sorang2. Kalau ada TV, boleh la buat2 bising dengan suara TV.
TV rosak Jumaat lepas. Esoknya Sabtu tu suami kena kerja. So sendu la aku takde hiburan kat rumah. Phone pulak data baru tak renew lagi. Bila memikirkan khamis this week suami maybe kena outstation, mesti la boring kat rumah kan. So aku mintak nak beli TV baru. Sebab kalau baiki pun mesti take 2 weeks paling awal.
Makanya kami pun berangkat la ke SenHeng Setia Alam
Nah TV besar dari Swift
Sebelum ni beli TV 43inci muat kereta. kali ni TV lagi besar tak muat kereta.
Adjust2 kasi muat sampai TV terkeluar dari tingkap.
Dan aku pun kena bersempit sikit duduk. Huhuhu!
SAMSUNG 50"
RM 2099
Ala guna installment kad kredit la..
Hahaha..
Pemasangan TV
Tadaaa..
Haa.. tengok TV rumah aku 2ketui semua rosak
43 inci dan 32 inci semua rosak.
Entah badi apa la kan.
Takpe la. TV ni pun dah 6tahun pakai.
Adab la.. TV sekarang cepat rosak. Tak macam TV zaman dulu yang gedabak besar tu.
So Plan No 1 untuk tukar TV is doneeeeee..~
Ok. Bye
XoXO
13 comments:
Puas hati dapat tv beso
macam tengok wayang
Tv biasanya klu dah rosak, mesti akan rosak semula..saya pun dah kena.
Besarnyaaa TV, puas tengok! ^^
tv besar puas nengok... rumah akak masa PKP boleh kata berbelas jam jugak tv tu bekerja... janganla dia buat hal jugak... nangis
sekali dapat TV besar terus. puas hati tengok TV besar. hari hari tengok movie lah camni. tak bosan.
alhamdulillah..best best!!
yg tv rosak tu simpan dlu.. buat koleksi.. haha
luas pemandangan tv beso.. puas hati tgok..
bestnya...kita pun ada tv dalam wishlist tapi nanti lah tunggu ada rezeki lebih baru beli...
Puas ati tu, kalau menonton mau terasa macam masuk dalam tu sekali...hihi
puasa dapat tv besar gedabak. Ada kids jenuh juga tu. hehe tapi puas laa nak tengok drama, tengok movie. urgh~
Makin lama makin besar TV yang beli.
Selamat menonton.
Puas hati terus beli yg besar kan
yang lama tu jenama ape. sebab tv kita pun rosak jugk. tgh pikir nak beli ke nk repair tv
Post a Comment