nuffnang

JANA DUIT

Home Organizing : DIY papan kunci SIMPLE jer

Assalamualaikum...
Hai semua!


Ada lebihan kayu katil yang suami buat DIY kerusi pink hari tu..
Suami memang dah cakap awal-awal dia nak DIY papan kunci...
Aku ni dengar tapi tak amik port sangat sebab tak dapat idea lagi pasal papan kunci tu..
So, aku tak peduli dan amik port sangat..kejam kot dapat bini macam ni..

Sehinggalah satu petang lepas balik kerja, nampak papan kunci yang suami buatkan..

It's so simple.

Kalau perasan, atas tu ada 2 penyangkut.
Sebenarnya penyangkut asalnya adalah yang tengah-tengah..
Tapi tak dapat plak nak guna penyangkut yang tengah-tengah sebab xpadan dengan jarak paku tu
Sedangkan paku yang kat dinding tu memang dah sedia ada
.

View..
Papan di letak betul2 tepi pintu masuk..
Lepas masuk gantung je kunci kat situ



Aku rasa situ je yang sesuai dan senang nak capai..Walaupun ada yang cakap bahaya sebab senang orang nampak kalau pecah masuk rumah!.. Aku harap mintak jauh semua bala macam tu.. Nauzubilllah..

Suami kalau nak kerja, lepas dah pakai kasut mulalah baru teringat kunci ofis tak ambil la, kunci rumah lupa nak ambik la, kunci moto dalam seluar jeans laa..
Maka ni solution yang dia buat..
Masuk, on switch lampu dan terus letak kunci kat situ.. Senang nak ambik jugak nanti..


Ok.bye

3 comments:

ezy.xixii said...

mase umh sewa kn aku prnh letak penyakut kecik2 dkt ngn pntu..
sbb sng nk ltk knci mcm ni la..
tmbh lg awk 2 suke lupe ltk knci kat mane2 je.. haha

Fizah said...

wahh kreatip menjadi je..hehe..

NabilaHasyim CUCKOO said...

rajinnya ensuami DIY...

kt rumh kite pun ada jgk rumah kunci, tp enSuami ttp suka nak letak kunci kt atas meja, ats rak buku, ikut suka dia la...

emmm :P