EATCLEAN : Peanut Butter Healthy mudah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Peanut Butter healthy mudah
(Resepi Azlina Ina)

Sterilizekan balang kaca yang nak diguna supaya peanut butter boleh tahan lama.
Just rebuskan balang smpai mendidih dalam 2 mnt angkat dan biarkan kering masuk dalam oven suhu set 100 darjah je bakar kan 10 mnt keluarkan dan biar sekejap

Bahan - bahan :

  1. Kacang tanah shandong 700g sangai atau bakar sekejap
  2. Sikit je garam guna garam buluh atau garam bukit
  3. Untuk pemanis guna 1sb madu atau guna gula raw canes atau stevia
  4. 2sudu kecil olive oil untuk mula kisaran


Cara buat:


  1. Masukkan 500g kacang ke dalam blender kering (isi separuh penuh saja) dan kisar.
  2. Tambah garam, pemanis dan minyak (secukupnya dan kisar smpai halus).
  3. Untuk membuat chunky style peanut butter, cuma tambah sedikit kacang 200g td tumbuk kasar je.
Boleh buat breakfast atau makan petang (limit sesudu besar jangan penuh) untuk sekeping roti.
Sehari limit dua keping roti

Kalau malas, boleh beli peanut butter di pasaran, cari yang no added sugar, reduced fat.





Jadual Eatclean
Jam 8 - Half Patty Ayam + Salad (Dressing ltk extra virgin olive oil & sesame kewpie dressing) kalau takde dressing tak lalu makan. Smoothie Oat Soya
Jam 1 - Lunch kat luar ada jemputan lunch dengan geng gewdik (cheat walaupun bkn cheatday) + air masak.
Jam 3 - Sekeping wholemeal roti + sapuan peanut butter + 3 hiris epal hijau
Jam 7 - Half Patty Ayam & baby tomato (2 titik kewpie  & sos cili)
Jam 11 - Buah (kalau lapar)

Kalau rasa menu tak kena dengan tekak, boleh add perasa tapi jangan banyak.
Kalau takde perasa, sendu pulak jiwa.

Ok. Bye

EATCLEAN : Rolled Oat Pancakes Sihat

Assalamualaikum... Hai Semua...


Rolled Oat Pancakes Sihat
(Untuk breakfast atau teatime kul 3-5ptg)


  1. 5 sb rolled oat kisar halus (as pengganti tepung gandum)
  2. 1sk baking powder
  3. 50 ml susu farm fresh suam2
  4. 1 bijik telur ayam
  5. sedikit garam rock salt
  6. Buah pilihan kalau nak letak dalam pancake.

Cara - cara :


  1. Satukan semua bahan kacau rata
  2. panas kan non stik pan
  3. letak sesenduk dan letak buah pilihan
  4. ttup sekejap dan boleh angkat



Setiap hidangan boleh makan 2 keping.
Tuangkan madu ori atas pancakes & letak 1/2 cawan campuran berrys anggur atau strawberry.



Psst : Resepi internet & Azlina Ina di FB

Jadual Eatclean :
Jam 8 - Susu Farm Fresh & Rolled Oat Pancakes sekeping
Jam 1 : Nasi suku, ikan bakar bercili separuh, sup sayur + salad separuh
Jam 3 : Rolled Oat Pancakes sekeping + Hirisan epal hijau & madu setitik dua
Jam 7 : Sup sayur + Setengah patty ayam.
Jam 11 - Buah jambu batu (setengah)

Ok. Bye

KUEH RAYA 2019 : Double Dark Chocolate Cookies (DanishHarraz)

Assalamualaikum... Hai Semua...



CRISPY DOUBLE DARK CHOCOLATE COOKIES
#ResipiDanishHarraz


BAHAN-BAHANNYA:-

2/3 cawan Salted Butter, dilembutkan - (1 buku Butter 250g, dibahagi kepada 3 bahagian, ambil 2 bahagian)
1 1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1/4 cawan Unsweetened Dark Cocoa Powder
7 sudu besar Castor Sugar (Manis cookies bergantung jenis chocolate yg digunakan. Suggestion: Untuk yg tak suka manis, jika guna dark chocolate yg manis, kurangkan 1 sudu besar gula. Resepi ni guna Dark Chocolate yg sedikit pahit)
3 sudu besar Brown Sugar
1 biji Telur Gred A
1 suduteh Vanilla Extract
1 suduteh Baking Soda
1/2 cawan Almond Nibs atau apa saja Kekacang yg telah dipanggang/goreng tanpa minyak terlebih dahulu
3/4 cawan Dark Chocolate Chips/Bar atau Dark Baking Chocolate cincang (manis cookies juga bergantung kepada jenis chocolate yg digunakan)

INFO & NOTA TAMBAHAN:-

Ayak semua bahan kering dan masukkan dalam 1 bekas. Pastikan butter yang diguna dalam suhu bilik. Mix butter dan gula hingga creamy dan warna menjadi pale, boleh juga guna mixer jika mahu. Selepas itu masukkan bahan lain cukup gaul sekata sahaja tak perlu lama-lama. Bila masukkan bahan kering jangan gaul lama sangat, cukup gaul semua sebati, jangan overmix.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, api atas bawah, pada suhu 170°C selama 18-20 minit atau bergantung dengan saiz cookies dan jenis oven. Resepi guna scoop saiz 3cm dan bake cookies selama 18 minit.

Bila cookies masak, keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya dalam tray sebelum dialihkan. Simpan cookies dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik.

Membuat nya mudah kerana tak perlukan mixer dan tak perlu chill kan doh, gaul 1 bekas dan terus boleh di scoop kemudian di bakar.






Sources :
https://www.instagram.com/p/BwHF5_0gC61/

#crispydoubledarkchocolatecookiesdh



Ok. Bye

KUEH RAYA 2019 : CRUNCHY ALMOND CLUSTERS, CRANBERRIES ALMOND CLUSTERS & CRUNCHY NUT CLUSTER (DANISHHARRAZ)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku memang suka intai IG Danish Harraz (Baker kecik)
Danish ni baru sekolah rendah tapi dah niaga hasil baking dan cookies dia..
Ada video sekali dia sharekan. Tu yang senang nak follow.

Aku save kat entry ni sebab senang nak refer untuk next time!

Kuih ni paling mudah dan tak perlu di bake tapi paling sedap, No Bake Crunchy Almond Clusters.
Tak perlu letak dalam papercup, terus sudukan atas tray ikut saiz yang dimahukan, masukkan dalam petisejuk untuk cepatkan proses chocolate keras. Bila sudah keras, pindahkan kedalam bekas kedap untuk disimpan. Senang dan jimat!


CRUNCHY ALMOND CLUSTERS
#ResipiDanishHarraz

BAHAN-BAHANNYA:-
(Boleh di double tripple kan adunan)

500 grams Slivered Almonds
500 grams Dark Baking Chocolate (Jangan guna Milk chocolate unless memang suka manis. Lebih berkualiti dark chocolate yg digunakan akan lebih sedap hasilnya dan tidak manis!)
Sedikit Sea Salts, Colourful Sprinkles dan lain-lain deco yang menarik untuk dijadikan hiasan (optional)

TIPS & CARA TAMBAHAN:-

Almond perlu di panggang atau digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Ikut suhu oven masing-masing ya.

Boleh juga guna Kekacang lain. Step sama.

Jangan guna Choc Chips, tak sesuai. Guna Choc Compound. Boleh guna Premium Dark Baking Chocolate untuk yg mahukan rasa chocolate lebih premium, sedap dan pure tapi untuk tutorial ini guna Beryl's Dark Compound, supaya semua pun boleh mencuba dan hasilnya not bad. Jadi ikut budget masing-masing ya.

Bila chocolate sudah dicairkan, terus masukkan almond, untuk menghalang chocolate mengeras terlalu cepat sebelum sempat siap kita scoop semuanya kedalam baking tray.

Sejukkan Almond Clusters didalam peti sejuk untuk hasil yg lebih cepat.

Susun dalam bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk. Boleh biarkan diluar tapi dalam suhu bilik dan tidak panas.




UNTUK CRANBERRIES ALMOND CLUSTERS:-

1 cawan Dried Cranberries dicincang (simpan sedikit utk topping) digaulkan bersama Almonds & Coklat Cair. Step sama. Kemudian sprinkle sedikit Cranberry cincang keatasnya sebagai topping (Boleh juga guna Raisins)




CRUNCHY NUT CLUSTER

Oleh kerana Almond mahal sangat, boleh gunakan Kacang Tanah tanpa kulit.

Resepi dan caranya sama seperti tutorial macam yang ALMOND CLUSTERS
Untuk Peanut Clusters ini, guna 600 grams Kacang Tanah digaul dengan 500 Grams Dark Chocolate yang telah dicairkan. Boleh sprinkle dengan Sea Salt, Sprinkles berwarna atau dibiarkan begitu sahaja.




Sources :
https://www.instagram.com/p/BvyOuXYAbWj/
Boleh try hashtag ni :

#crunchyalmondclustersdh



Psst : Selamat mencuba untuk aku! dan untuk semua.

Ok. Bye

EATCLEAN : Omelete Ayam Sayuran (DINNER)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Omelete Ayam Sayuran 
(Sesuai untuk dinner)

Bahan-Bahan :

  1. 100 gm isi ayam dipotong kecil digaul dgn garam bukit/perasa
  2. Setengah biji bawang besar (sederhana)
  3. Daun bawang dipotong kecil
  4. Kacang panjang dipotong kecil (atau sayuran hijau lain)
  5. Capsicum / Cili Padi (kalau suka pedas)
  6. Lada hitam tumbuk
  7. 2 sudu olive oil
  8. 2sb rolled oat basuh bersih 
  9. 1 biji telur


Cara-Cara :

  1. Tumis kan dgn olive oil denagn bawang besar cili sehingga layu
  2. Masukkan ayam dan lada hitam. Angkat.
  3. Pukul telur letak garam bukit sedikit.
  4. Masukkan ayam, oat dan sayuran dalam telur
  5. Panaskan non stick pan boleh dadar kan telur dan  tutup sekejap.
  6. Angkat bile masak sepenuh nya.



Psst : Resepi from Azlina Ina di FB

Jadual EatClean :
Jam 8 : Salad + Isi Ikan (Homemade) + Susu Soya Tanpa Gula
Jam 1 : Nasi suku, Ikan suku + Salad n buah setengah
Jam 3 : Roti wholeGrain sekeping + peanut butter sesudu kecil + 3 hirisan epal
Jam 7 : Omelete Ayam Sayuran
Jam 11 : Epal setengah biji (kalau lapar)
(Workout 40minit sehari)

Ok. Bye

EATCLEAN : Sup Cendawan Tauhu Telur

Assalamualaikum... Hai Semua...


SUP CENDAWAN TAUHU TELUR

Bahan-bahan:

2 paket cendawan enoki potong 3
2 paket tauhu telur potong bulan tebal seinci
5 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
Daun bawang satu pokok hiris kecil (kalau takde, takpe)
2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara:

Tumis bawang putih hingga garing. Masukkan air 2 cawan.
Masukkan tauhu. Biarkan mendidih.
Masukkan cendawan dan perisakan dengan garam.
Biarkan selama dua minit. Tutup api. Dan taburkan daun bawang.


Resepi dan photo dari Azlina Ina


Psst : Untuk lebih sikat gunakan garam bukit & olive oil

Jadual EatClean :
Jam 8 - Roti sekeping letak peanut putter (less sugar) + Susu
Jam 1 - Nasi suku, Ikan Bakar Cili & Sup Cendawan Tauhu
Jam 3 - Smootie Anggur Hijau
Jam 7 - Sup Cendawan & Patty Ayam
Jam 11 - Roti wholemeal sekeping (kalau lapar)

Ok. Bye

EATCLEAN : Smoothies Oat Buah dan Kurma

Assalamualaikum... Hai Semua...


Smoothies Oat Buah dan Kurma         
                         
Bahan-bahan: 

  1. 1/2 cawan rolled oats bilas bersih rendam air panas 5 mnt kalau xde gantikan barli siap rebus  1/2 cawan
  2. 1 cawan susu farm fresh
  3. 1/2 cawan blueberries, raspberries, strawbery atau blackberries,kiwi ke epal (bekukan selama 3 jam/semalaman)
  4. 2 bijik kurma buang bijik


Cara Penyediaan: 
Kisar semua bahan tadi sehingga berkrim dan halus
Boleh minum 2 kali samada sebagai sarapan atau teatime.




Jadual Eatclean : 
Jam 8 - Smoothie Epal Oat
Jam 1 - Nasi separuh, Sup Cendawan + Salad Separuh + Telur Rebus sebiji
Jam 3 - Smoothie Epal Oat  + Biskut Hi Fiber sekeping
Jam 8 - Sup cendawan + Patty Ikan + Sambal Cili untuk perasa
Jam 11 - Buah jambu + Susu (kalau lapar)


Ok. Bye

KUEH RAYA 2019 : EGGLESS CRUNCHY CORNFLAKE CHOCOLATE CHIP COOKIES (DANISHHARRAZ)

Assalamualaikum... Hai Semua...


Another kuih raya yang nak dicuba tahun ini..


EGGLESS CRUNCHY CORNFLAKE CHOCOLATE CHIP COOKIES (Resepi Danish Harraz)

250 grams Salted Butter, dilembutkan
2 1/2 cawan Self-Rising Flour, diayak
4 cawan Cornflakes, bahagi kepada 2 bahagian
1/2 cawan + 2 sudu besar Gula Kastor ( jika suka cookies yg manis boleh tambah)
1 1/2 cawan Dark Chocolate Chips (boleh guna mini choc chips atau choc chips biasa. Manis cookies juga bergantung pada tahap manis choc chips)
1 sudu teh Vanilla Extract atau Essence
1/2 cawan Dried Cranberry, Raisins, atau Kekacang yg dipanggang, cincang kasar (optional)

CARA TAMBAHAN & TIPS:-

1 Bahagian cornflakes utk adunan dibiarkan dan 1 bahagian lagi dihancur kasar, jika tak hancurkan pun tak apa asalkan boleh melekat pada cookies bila kita coat kan dia nanti.

2. Danish guna scoop 3cm boleh juga guna sudu biasa dan dibulatkan doh sedikit sebelum di coat dengan cornflakes. Tak perlu tekan cookies. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C, api atas bawah, selama 20 minit atau lebih, ini bergantung pada suhu oven dan juga saiz cookies.

3. Biarkan cookies sejuk dalam tray sebelum dialihkan. Cookies ini bila disimpan akan makin sedap tetapi MESTILAH disimpan didalam bekas kedap udara.

Untuk yg tiada self rising flour boleh cuba cara dibawah ini ya!


HOMEMADE SELF-RISING FLOUR:-

Ini nisbah sukatan untuk setiap 1 cawan tepung jadi boleh dibuat seberapa banyak yang dimahukan dan kemudian disukat ikut keperluan resepi dan selebihnya boleh disimpan dalam bekas kedap udara

1 cawan Tepung Gandum
1 1/2 suduteh Baking Powder
1/2 suduteh Garam Halus

CARA:

Masukkan kesemua bahan dalam bekas dan digaul sebati. Ayak dan boleh terus digunakan. Jika ada lebihan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.









Sources :
https://www.instagram.com/danish.harraz/?hl=ms


Psst : Selamat mencuba untuk semua orang!

Ok. Bye

KUEH RAYA 2019 : Cookies Chocolate Chip Ala-Ala Famous Amos

Assalamualaikum... Hai Semua...


Tahun ni nak try resepi kat bawah ni :
Tahun 2015 pernah buat sekali.

Choc chips ala famous amous

250 gram butter suhu bilik
1 1/2 cawan brown sugar
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya..

Gaul bagi rata guna senduk kayu, jangan pukul bagi kembang. Ni buat biskut bukan bahulu ye, cukup rata sekata je dah okay. Butter tu tak kisah nak pakai jenama apepun yang penting jangan guna magerin.
Okay, bila dah rata semua bahan tu masukkan :

– Tepung Gandum 2 1/2 cawan
– Tepung Jagung 2 1/2 cawan
– 1 sudu kecil baking powder
– 1 sudu kecil soda bikarbonat


Lepastu gaul bagi rata semua tu, kemudian masukkan 6 sudu besar minyak masak gaul bagi rata lagi. And last sekali masukkan 2 cawan coklat chip. Lebih banyak chips lebih sedap, nak tambah kacang pun boleh. Lepastu dah siap gaul semua bahan dan rata, masukkan dalam peti ais biar 30minit, lepastu kuarkan balik ambil sudu KFCbentuk kan dia.

Bulat kecik je ngan ngam size sudu KFC tu. Nanti bila tengah bakar die akan kembang sendiri. Bakar atas api atas bawah suhu 150 20 minit. Kalau suka garing lebihkan masa bakar tapi jangan sampai hangit.. Selalu la tengok2 intai2 kat oven..





Sources :
https://ohbulan.com/resepi-mudah-cookies-chocolate-chip-ala-ala-famous-amous-tak-cukup-sebalang-ni/


Ok. Bye

EATCLEAN : Patty ayam healthy

Assalamualaikum... Hai Semua...


Patty ayam healthy
(Resepi Azlina Ina di FB)

250g Ayam dihancurkan guna blender.
1 biji Telur
1 sk butter low fat
1 sudu teh Blackpepper
1 sudu teh Mix Herb
1 biji Bawang Holland potong dady
sedikit garam bukit

Cara-caranya:

1- Bersihkan ayam buang lemak yang ada.
2-Masukkan telur dalam food processor atau blender.blend telur sehingga berbuih.
3- Masukkan butter low fat td blackpepper, mix herb dan bawang Holland yang dipotong dadu. Kisar lagi.
4- Potong ayam kecil-kecil. Kemudian masukkan kedalam adunan tadi dan kisar sehingga hancur.
5- Keluarkan bahan kisar dan boleh  tambah sayur yg disukai ikut fasa diet masing2 yg mak dah bg eh.kalau xnak sayur masa makan boleh add on .dibentuk macam daging burger.
6-Lapik dengan plastik supaya tak melekat.
7- Masukkan ke dalam peti sejuk beku selama sejam sebelum dipindah ke dalam bekas lain.
Boleh juga di kukus sekejap, so nanti masa nak masak tak lama sangat
dah siap frozen kan nak makan grill aje.hidang kan dgn salad atau roti whole meal

Sesuai untuk makan dinner jam 7.

Photo dari Azlina Ina FB

Jadual Eatclean :
Jam 8 : Overnight Oat with Soya Homesoy brown sugar & buah sikit
Jam 1: Nasi suku, Ayam Bakar suku , sambal cili tumbuk, sayur buah separuh
Jam 3 : Buah lai, jambu batu
Jam 7 : Patty ayam + Sekeping roti wholemeal + Salad Tomato
Jam 11: Buah epal (kalau lapar)

Ok. Bye

EATCLEAN : Kengsom Ikan Merah

Assalamualaikum... Hai Semua...


KENGSOM IKAN MERAH
(Resepi Azlina Ina di FB)

Bahan yang di kisar :
-----------------------------
9 tangkai cili kering kerinting buang biji
3tangkai cili merah buang biji juga
15biji cili api merah menyala
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 biji bawang  holland
7ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci belacan
3 helai daun limau purut

Bahan lain :
------------------
1 kg ikan merah fresh
Air asam jawa secukup rasa
1 biji limau nipis (ambil jus)
3/4 dari sebiji Nanas muda
Kangkung secukupnya

CARA MEMASAK :
-----------------------------

  1. Didihkan air, masukkan bahan kisar.
  2. Biarkan mendidih, masukkan hirisan nanas.
  3. Tambahkan air asam jawa, garam bukit, gula organic, perasa (jika perlu)
  4. Seterusnya masukkan ikan, biarkan masak.
  5. Masukkan cili kalau nak pedas.
  6. Akhir sekali, masukkan kangkung dan jus perahan limau nipis. 
  7. Siap

Kalau masak dalam kuantiti yang byk, kangkung bolehlah letak sikit saja untuk yang perlu (sekali makan)
Sebab bila kangkung lama dalam kuah dia akan terlebih layu dan kurang segar untuk diulang makan.




Jadual Eatclean:
Jam 8 : 5sudu rolled oat overnight dengan susu farm fresh
Jam 1 : Nasi suku, Kengsom ikan suku, Sayur n buah separuh
Jam 3 : Jambu batu 
Jam 7 : Kengsom Ikan & Sayur
Jam 11: Granola & buah (kalau lapar)

Ok. Bye

EATCLEAN : HOMEMADE/PATTY FISHBALL HEALTHY

Assalamualaikum... Hai Semua...



HOMEMADE/PATTY FISHBALL  HEALTHY


1) Pakai ikan sardin/ikan selayang @ ikan kembung dlm 6 ekor ambil isinye shj (blend smpi hancur).
2) Masukkan lada hitam sikit, garam sikit.
3) Tepung ubi 2sb gaul rata.
4) Panaskan air...gentel bulat2..masukkan dlm air tu tadi, biar masak..
5) Kalu suke sayur tambah sayur dlm adunan ikan td gentel² jd la bebola ikan dan sayur.

Boleh letak dalam sup sayur.
Kalau patty, blh kukus sekejap atau panaskan atas non stick pan
Boleh simpan beku untuk stok seminggu


Hasil carian imej untuk homemade bebola ikan selayang
Sources Photo : Dari Internet




Jadual EatClean :
Jam 8 : Scramble egg
Jam 1 : Nasi suku, Ikan panggang & Sup Sayur
Jam 3 : Sekeping rroti wholemeal + Patty Ikan + Salad + Tomato (letak sikit sos + mayo kalau takleh telan tanpa perasa)
Jam 7 : Sup sayur
Jam 11 : Susu + Granola (Kalau lapar)


Ok. Bye

EATCLEAN : SUP IKAN

Assalamualaikum... Hai Semua...


RESEPI SUP IKAN

Bahan-bahan :


  1. 3 keping ikan yg sesuai 
  2. 1 sup bunjut ikan daripada adabi *
  3. 3 ulas bawang putih yang dimayang *
  4. 5 ulas bawang merah yang dimayang *
  5. 1 batang serai yang dititik / ketuk
  6. 3 kuntum bunga lawang *
  7. 3 biji buah pelaga *
  8. 3 biji cengkih *
  9. 1 batang kayu manis *
  10. 2 inci halia yang diketuk *
  11. 1 biji tomato yang dibelah empat
  12. 1 pokok daun sup yang dimayang
  13. 1 pokok daun bawang yang dimayang
  14. 1 pax perencah sup


Cara - Cara :

  1. Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga wangi (kalau taknak tumis, terus masukkan dalam periuk berisi air)
  2. Masukkan air dalam 2 gelas / ikut sesuai kuah, setelah air menggelegak, masukkan ikan
  3. Masukkan garam atau perasa jika suka. tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato
  4. Tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi.
Kalau nak pedas masukkan cili.
Boleh makan dengan nasi panas & sambal belacan.






Psst : Resepi Azlina Ina dari FB

Jadual EatClean
Jam 8 : Telur Rebus
Jam 1 : Nasi suku, Sup ikan suku, Sayur n buah separuh.
Jam 3 : Buah Lai & Tomato Baby
Jam 7 : Sup ikan letak lebih sayur
Jam 11 : Biskut Hi-Fiber sekeping  + susu (kalau lapar)
(Workout 40 minit sehari)

Ok. Bye

EATCLEAN : Ikan Bawal Kukus Pedas

Assalamualaikum... Hai Semua...


IKAN BAWAL KUKUS PEDAS


Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)
1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
1 tangkai cili merah- hiris serong
3 tangkai cili api- ketuk
5 biji lada hitam- tumbuk halus
1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi diperah airnya
sedikit garam


Cara membuatnya:

1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.

2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam.

* Boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut.
Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni.


Resepi Azlina Ina dari FB


EatClean Jadual :
Jam 8 - Overnight Oat Soya
Jam 1 - Nasi suku, Ikan Kukus Pedas & Sayur Goreng & Buah
Jam 4 - Roto wholemeal dengan peanut butter bersama 3 hiris epal hijau
Jam 7 - Salad kewpie dengan Isi ikan kukus.
Jam 11 - Granola & Soya (kalau lapar)
Workout 40 minit sehari
Minum air 2liter

Ok Bye

EATCLEAN : Mayonis Homemade

Assalamualaikum... Hai Semua...


MAYONIS HOMEMADE SIHAT

Bahan-bahan:
1. Telur putih 4 biji
2. Gula raw canes atau organic 2sb
3. Garam bukit sedikit
4. Cuka makan atau pati lemon 1/4 cawan
5. Minyak olive oil 1/2 cawan

Cara-cara :

1. Kisar semua bahan dalam blender.
2. Masak atas api kecik.
3. Masak sampai kental, matikan api.
4. Biar sampai sejuk.
5. Bila dah sejuk blender sekali siap untuk disimpan di peti.


Hasil carian imej untuk mayonis homemade


Jadual Eatclean :
Jam 8 - Wholemeal Roti dengan patty ikan (perasa mayonis & sos cili sikit)
Jam 1 - Nasi suku, Sup Ikan & Sayour Buah separuh
Jam 3 - Buah Epal hijau & Granola
Jam 7 - Sup ikan & baby tomato
Jam 11 - Hi Fiber biskut (kalau lapar)


Ok. Bye

EATCLEAN : Ikan Kembung Bakar

Assalamualaikum... Hai Semua...


Resepi Ikan Kembung Bakar

Bahan A
2 ekor ikan kembung (dibersihkan dan dikelar)
Sedikit minyak masak

Bahan B (kisar)
5 tangkai cili kering
1 batang serai
2 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam

Cara - cara :

  1. Gaulkan bahan yang dikisar pada ikan dan perapkan selama 20minit.
  2. Sapukan sedikit minyak pada permukaan ikan.
  3. Letakkan ikan pada pemanggang.
  4. Bakar sehingga ikan itu masak sambil titiskan minyak pada ikan.
  5. Angkat dan hidangkan dengan air asam (pilihan)



Eatclean Plan: 
Jam 8 - Overnight Oat with Susu & buah epal
Jam 1 - Nasi suku, ikan kembung bakar sekor (sambal belacan) & ulam & buah
Jam 3 - Roti wholemeal & peanut butter
Jam 7 - Ikan kembung bakar & sayur salad & buah
Jam 11 - Granola (kalau lapar)

Ok. Bye

EATCLEAN : Ikan Kembung Rebus Air Asam

Assalamualaikum... Hai Semua...


IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM


Bahan-bahan :-

1. Ikan kembung
2. Air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)
3. Garam, perasa
4. 1/2 biji bawang besar - potong dadu
5. 1 biji tomato - potong dadu
6. 1 biji lada besar - hiris halus
7. Cili api - hiris halus
8. 1/2 cawan asam jawa
9. 2 sudu besar gula
10. Sedikit belacan
11. Asam limau (optional)

Cara-caranya  :-

1. Rebus ikan dengan air sehingga masak.
2. Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.
3. Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan. Perahkan asam limau.



Jadual Eatclean :
Jam 8 - Overnight oat soya with epal hijau
Jam 1 - Nasi suku, Ikan kembug rebus asam, kacang bendi celur dan baby tomato.
Jam 3 - Muffin Egg
Jam 7 - Nasi 1/8, ikan kembung & kacang bendi celur
Jam 11 - Hi Fiber Biskut sekeping & Susu Farm Fresh secawan kecik (kalau lapar)

Ok. Bye

EATCLEAN : Kerabu Epal Hijau Sihat

Assalamualaikum... Hai Semua...


KERABU EPAL HIJAU SIHAT


Bahan-bahannya :

  • 2 biji Epal Hijau (sagat panjang)
  • 1/2 batang lobak merah (sagat panjang)
  • 2 biji cili merah 
  • 2 biji cili padi (pedas)
  • 1 labu bawang 
  • 1 kuntum bunga kantan 
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 biji lemon/ limau kasturi (diambil  jusnya) 
  • 1 sb gula raw canes sugar atau stevia  
  • Garam rock salt secukup rasa



Cara Membuat :

1. Potong pendek (hiris) semua bahan.
2. Gaul semua bahan
3. Kacau rata dan ejas secukupnya masam masin manis kerabu ni.


Hasil carian imej untuk kerabu epal


Eatclean Plan:
Jam 8 - Wholemeal roti & Scramble egg dengan salad
Jam 1 - Nasi suku, kerabu epal, baby tomato & ikan bakar
Jam 3 - Overnight Oat
Jam 7 - Nasi 1/8 , kerabu epal & ikan bakar
Jam 11 - Granola & susu (kalau lapar)


Ok. Bye

Cupcake Coklat daripada tepung kedai ECO

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku beli tepung coklat instant dari kedai ECO..
Sebelum ni ada orang share dlm FB, katanya mudah nak buat..
Terusla aku try..

Senang je rupanya..
Follow je instruction kat pack..
Aku add on cip coklat dalam adunan..
Then untuk topping atas cupcake pun aku letak sikit cip coklat kemudian bakar..






Aku dapat 5 bijik cupcake..
Cawan kertas dan cip coklat pun aku beli dari kedai ECO
Memang sedap dan menjadi..
Ni pek keempat dah aku try..

Boleh repeat lagi lepas ni..

Psst : Korang try la.


Ok.Bye