KUEH RAYA 2019 : Double Dark Chocolate Cookies (DanishHarraz)

Assalamualaikum... Hai Semua...



CRISPY DOUBLE DARK CHOCOLATE COOKIES
#ResipiDanishHarraz


BAHAN-BAHANNYA:-

2/3 cawan Salted Butter, dilembutkan - (1 buku Butter 250g, dibahagi kepada 3 bahagian, ambil 2 bahagian)
1 1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1/4 cawan Unsweetened Dark Cocoa Powder
7 sudu besar Castor Sugar (Manis cookies bergantung jenis chocolate yg digunakan. Suggestion: Untuk yg tak suka manis, jika guna dark chocolate yg manis, kurangkan 1 sudu besar gula. Resepi ni guna Dark Chocolate yg sedikit pahit)
3 sudu besar Brown Sugar
1 biji Telur Gred A
1 suduteh Vanilla Extract
1 suduteh Baking Soda
1/2 cawan Almond Nibs atau apa saja Kekacang yg telah dipanggang/goreng tanpa minyak terlebih dahulu
3/4 cawan Dark Chocolate Chips/Bar atau Dark Baking Chocolate cincang (manis cookies juga bergantung kepada jenis chocolate yg digunakan)

INFO & NOTA TAMBAHAN:-

Ayak semua bahan kering dan masukkan dalam 1 bekas. Pastikan butter yang diguna dalam suhu bilik. Mix butter dan gula hingga creamy dan warna menjadi pale, boleh juga guna mixer jika mahu. Selepas itu masukkan bahan lain cukup gaul sekata sahaja tak perlu lama-lama. Bila masukkan bahan kering jangan gaul lama sangat, cukup gaul semua sebati, jangan overmix.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan, api atas bawah, pada suhu 170°C selama 18-20 minit atau bergantung dengan saiz cookies dan jenis oven. Resepi guna scoop saiz 3cm dan bake cookies selama 18 minit.

Bila cookies masak, keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya dalam tray sebelum dialihkan. Simpan cookies dalam bekas kedap udara dengan suhu bilik.

Membuat nya mudah kerana tak perlukan mixer dan tak perlu chill kan doh, gaul 1 bekas dan terus boleh di scoop kemudian di bakar.






Sources :
https://www.instagram.com/p/BwHF5_0gC61/

#crispydoubledarkchocolatecookiesdh



Ok. Bye

No comments: