nuffnang

JANA DUIT

TTC : Pengalaman Laparoscopy Operation dengan Dr Hamid di Hospital Pantai

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sedikit Info mengenai LAPAROSCOPY

Laparoscopy adalah satu prosedur pembedahan menggunakan teknik tebukan pada kulit di kawasan perut atau peranakan wanita.
Laproscopy ni boleh dilakukan samada untuk memeriksa sebarang abnormal di kawasan tersebut ataupun untuk merawat jika ada sebarang cyst atau ketumbuhan.

Pembedahan kecil yang mana hanya melibatkan 3 lubang di tebuk untuk  memasukkan 3 alatan pembedahan.
Satu lubang akan dimasukkan kamera kecil supaya semua yang terlibat boleh tengok melalui skrin.
Satu lubang lagi akan dimasukkan alatan untuk memeriksa organ terlibat. Untuk memudahkan doktor melihat ke dalam abdomen, gas akan dimasukkan supaya kawasan itu kembung sedikit.

Laparoscopy ni satu prosedur yang lebih ringkas berbanding open surgery (laparotomy), rendah kos, dan penyembuhan cepat kerana luka lebih kecil.

Manakala proses D&C ialah Proses Mencuci Rahim . Kata Dr Hamid proses D&C ini baik untuk kesihatan dan kesuburan Rahim Wanita.






SEBELUM PEMBEDAHAN

Bulan OCT 2017 kami setuju untuk proceed dengan laparoscopy surgery.
Tarikh 21 FEB 2018 dipilih oleh pihak Dr.Hamid.
Semua dokumen disiapkan oleh pihak Dr.Hamid (registration wad dan insurance in case kalau ada ketumbuhan atau endo sebab insurance cover).
Dr Hamid akan bagi penerangan apa kena buat untuk pembedahan tu.


HARI PERTAMA

21 FEB 2018 pukul 5.00pm aku ditemani suami register untuk check in ward (RM 600 deposit).
Aku bawak semua dokumen yang Dr.Hamid suruh bawak.
Aku dapat bilik tingkat 2 katil D325 sebelah tingkap (ada privacy sikit)

Doktor bius datang terangkan pasal operation esok dan check kesihatan ssikit. Dia sangat friendly.
Nurse datang ambik darah kat lengan. Sakit? Sikit je. Kemon la budak ni dah kuat la!
Dinner jam 6.30pm makan nasi tomato hospital.
Lepas suami balik pukul 10malam, aku ada peluang untuk berbual dengan teman sebilik.
ALYA nama rakan bilik aku, dia turut sama buat operation laparoscopy esok.
Kami berbual isu TTC dan isu cabaran wanita berTTC.
Kami kena puasa lepas pukul 12 malam.
Malam tu kami tak lena tidur lagi la kalau aku pindah tempat tido macam ni.



Registration Area

Selesai registration dapat dokumen & access card untuk locker

Bilik untuk 2 orang pesakit . Dapat bilik tepi tingkap.



Nasi tomato untuk hari pertama

HARI KEDUA - HARI OPERATION

Pukul 5.30 aku terjaga lepas dengar Alya bangun.
Jam 6.30am Alya diberi untuk buang air besar (ubat cucuk kat bont*t)
Lepas Alya siap ke toilet, aku pulak diberi ubat buang air besar. Tak sampai seminit terus rasa nak membuang wei..

Turn operation aku pukul 12tghari, turn ALYA pukul 9 pagi.
Pagi tu sebelum mandi, Nurse bagi:
1) Baju operation (warna hijau).
2) Cap

Nurse juga pesan supaya:
1) Tanggalkan segala barang kemas atau benda asing dibadan. Gelang, jam tangan, gigi palsu/emas, rantai, subang, contact lenses, cermin mata.
2) Kasut pun tak payah pakai sebab nurse akan tolak kita atas katil (OT)
3) Semua pakaian dalam tak boleh pakai.
4) Jangan pakai mekap. Nanti doktor xtahu kalau muka kita pucat, atau merah andaikata ada tindakbalas ubat.

Nurse datang bagi suntikan di pungg*ng Alya untuk ubat elak muntah di Operation Theatre (OT) nanti. Terdengar Alya berdesih tahan sakit buat aku takut. Alya mengadu matanya kabur dan mengantuk lepas suntikan tu.
8.30am dia ditolak ke operation room ditemani suami dia.

"Jangan takut, saya ada" selokoh aku pada Alya tenangkan dia..
"Jumpa nanti" balas dia sambil lambai tangan pada aku.
Habis episod Alya.

Suami aku sampai betul-betul sebelum Alya ditolak ke OT.
Dalam pukul 9.15 aku mandi bersih-bersih siap syampu bagai sebab risau kalau lepas operate mungkin 2hari lepas tu baru mandi.

Aku tukar pakai pakaian rasmi operation, kami baca yasin sementara tunggu turn aku.
Then nurse datang bagi suntikan kat aku, tak tunggu lama terus aku ditolak ke Level 1 OT.
"Suami nak ikut ke? Sampai tingkat 1 saja" Nurse kata kat suami .

Suami ikut teman nurse tolak aku atas katil. Aku tak tahu nak bezakan samada aku kabur mata sebab ubat atau sebab aku tak pakai spek. Yang pasti mata aku tak mengantuk masa tu.
Aku berselimut hingga ke bahu.
Aku terpisah dengan suami bila keluar lift di Level 1. Aku nampak dia lambai sebelum aku last nampak dia.
Terus terang cakap, masa tu takde debar sangat. Just follow masa berlalu. Tenang je..

Sebelum Masuk O.T
Aku dibawa masuk ke satu ruang dan di tarik tirai langsir. Aku masa tu start lali dan terlelap banyak kali.. Dengar dorang berbual pasal Nora Danish beranak, pasal Nurse kat situ jumpa junior dia, macam-macam yang orang sembang aku dengar.. Terasa macam halusinasi berada dalam awangan sendiri (kesan ubat ot untuk bagi patient tenang & tak muntah)

Aku banyak kali terlelap.. Tengok lampu terang, tengok tirai langsir, tengok klip langsir.
Aku lali.. Terasa macam katil aku ditolak.. Aku lali.. Aku lali..
Tak tahu..

Bersedia untuk surgery..


Masuk O.T
"Puan bangun puan, pindah naik katil operation ni" dalam mamai aku diarahkan oleh nurse.
Tak sure bape kali dia cakap. Aku beralih sendiri naik ke katil operation. Tak perlu turun katil, just angkat tubuh pindah ke katil operation sebelah.
Aku baring terlelap-lelap.. Nampak lampu bulat banyak mentol sangat terang..
Tangan kiri di tarik perlahan ke sisi..
"Gengammm"
"Gengammm"
"°Gengammm kuat kuat" doktor bius bagi arahan kat aku..(sorry ye doktor, patientmu ni dah mamai).
Ketika baring itu, aku sempat toleh kiri kanan. Tangan kiriku dipegang oleh Doktor Bius (yang semalam). Ada nurse 2,3 orang di situ..
Arahan demi arahan diberi oleh Doktor Bius kepada Nurse.
"So thin" kata Dr Bius sampai tepuk3 tangan aku cari urat darah..
"Its ok, i will find it" Dr bius start masukan jarum branula kat tangan kiri.. Terasa sedikit sakit, tapi keadaan yang mamai menyebabkan aku kurang takut pada jarum tu masa tu. Sejuk.. Bilik tu sangat sejuk.

Nurse letak sesuatu kat dada, ada wayar-wayar..
Then , Nurse start letak topeng pada hidung dan mulut.
Masih terbayang topeng tu.
Masih terbayang tindakan nurse tu..
Aku lelap.. Tak sedar..
Hitam..
Gelap


Selepas operation

"Puan..puan..dengar tak?"
"Puan..puan" Kedengaran suara nurse..
Aku buka mata sikit. Nampak terang lampu tapi masa tu aku tak tahu kat mana..
" Puan..operation dah siap puan" kedengaran suara dan nampak nurse masa tu.
Perut terasa pijar seperti terkena cili di perut (tapi tak sakit pun).
Lebih kepada terasa tak selesa kat perut..

Gelap. Aku lelap lagi..
"Puan..puan.." kedengaran nurse panggil lagi..
"Puan..puan.. bangun puan pindah katil.. kita nak pindah ke wad ni.."
2kali dia pujuk aku bangun untuk pindah katil.. Tepuk-tepuk slow kejutkan aku..
Masa tu aku takde rasa malu dan aku cakap aku tak larat sangat.
"Boleh puan..slow2 puan engsot tubuh naik ke katil ni" pujuk aku.
Aku pejam mata masih di awang awangan.. Aku terlalu penat masa tu.. Sumpah penat (kesan ubat bius kot). Rasa macam takde tenaga langsung-lembik)
Aku kumpul segala kekuatan aku bangun dan kesot slow2 pindah katil..
Aku kembali baring.. Fuh.. Kelegaan berganda aku rasa bila aku mampu lawan rasa penat tu..
Agaknya kalau kali kedua nurse suruh pindah katil lagi, maunya aku buat bodoh je.. Sebab tak larat.

Gelap..
Aku terlelap lagi..
Bila sedar, buka mata nampak siling.. Aku ditolak ke bilik..
Mata katup kembali..Berat untuk dibuka..
Buka lagi.. nampak ceiling.. Aku nampak bayang2 nurse tu..
"Puan penat ye? kesiannya.. Kita bawa puan ke bilik" terang nurse tu..
Mata kembali katup..
Aku buka mata bila masuk ke wad..
Nampak orang ramai..nurse..
Aku tahu yang masa tu aku dah sampai bilik namun masih mamai..
Gelap.. Aku kembali terlelap..
(Waktu : Sekitar jam 4 petang lebih kot)
Lepas operation tu aku lambat sedar sebab tekanan darah turun. Selagi tak sedar, aku tak di bawa naik ke atas wad.

Dalam ward

Aku buka mata perlahan lahan nampak suami..
Pakai baju kelabu tengah main phone sambil tengok tv..
Aku masih pikirkan suami..
Okey ke dia.. Risaukah dia ada pada aku.. Kemon laa husband, i okey la..
Terlelap.. Terjaga nampak suami tengok aku..
Mata pejam kembali..
YaAllah semua dah selesai.. Terasa lega.. Mamai aku tak tahu berlangsung lama mana.
Petang tu doktor bius datang lagi. Dalam mamai masih dengar doktor mintak nurse drip air lagi sebab blood presure aku turun (sebab tu kot aku rasa penat semacam)

Masa berlalu.. Malam tu aku sedar sepenuhnya sekitar jam 8.30malam..
Malam tu aku dah boleh minum. Makan tak boleh lagi.
Terasa kering tekak namun tidak terlalu sakit..
Suami tanya nak air?
Aku mintak air masak instead of air kotak coklat.
Berlalu masa dengan aku tido kejap-kejap sedar..

"Puan dah minum ke? Dah kencing ke? Puan minum ye. Kami nak kena monitor patient kencing lepas operation" terang nurse.
(Lepas operation siap, dorang pakaikan pad sebab ada darah keluar)
Suami segera memujukku minum lagi air..
Alya sudah dipapah ke toilet oleh nurse.
Aku dengar nurse mintak pakaiannya.

Lepas Alya keluar, aku cakap kat suami aku nak kencing..
Suami tekan bell panggil nurse.. (memang nurse mintak panggil dorang untuk kali pertama bangun turun dari katil)
Nurse bantu aku bangun dari katil. Time tu aku rasa takut kalau sakit. Nurse kata biasala kalau terasa sakit dan ngilu kali pertama bangun dari operation. Tapi masa bangun aku takde rasa sakit pun.
"Suami, amikkan tuala, kain batik, baju, seluar dalam, baju dalam dan pad kalau ada" pinta nurse pada suamiku.
Aku dipimpin oleh nurse ke toilet.
Alahai.. Jumpa ke tak la suami aku cari semua benda tu dalam cabinet tepi katil tu..

Otw ke toilet terasa sangat lemah dan kaki tak kuat sebab sepanjang hari tido kaki melurus je.
Aku tiba di toilet, suami ketuk pintu untuk hulurkan pakaianku disambut oleh nurse.
Lepas siap urusan, Nurse bantu aku tukar pakaian (malu ai)
Walaupun aku cakap aku boeh buat sendiri, nurse insist nak tolong.
Aku keluar dibantu oleh nurse dan sambung berehat..
Dalam keadaan sering terlelap tu suami masih kat kerusi tu.
Lepas tu baru aku sedar sepenuhnya..
Perut takde rasa sakit tapi ada rasa tak selesa dan tegang..
Aku sangat berdebar kalau-kalau ada rasa sakit lepas ubat bius habis.
Alhamdulillah semua ok..
Aku dah boleh berbual malam tu dgn suami walaupun ada masa aku terlelap..
Malam tu aku rasakan tido aku sangat lena walaupun tiada yang menemani..
Yela.. Malam sebelum tu, tak nyenyak tidornya.


HARI KETIGA - sehari selepas operation

Aku terjaga sekitar jam sebelum 6 pagi.
Aku sorang takde yang teman kat hospital, so nak capai phone atas meja pun tak boleh..
Dr hamid datang sekitar jam 8.30pagi..
Penerangan diberi..
Overy dilaser buang yang pcos yang lama-lama tu .
Tiub fallopio diclearkan buang kotoran..
Buka pintu rahim.
Ubat clomid akan diberi.
Dr hamid jugak beri nasihat untuk diet dan exercise.(ohh.. yang ni i malu sebab memang jenis tak suka exercise)
Aku ditebuk 3 lubang sebesar 1-1.5cm setiap satu torehan.
Satu dibawah pusat.
Satu di perut sebelah kiri (selari dengan pusat)
Satu di atas bahagian bawah perut (ari-ari)

Aku bangun sendiri ke toilet.
Eh.. aku dah okey la..
Aku siapkan semua sendiri. Cepat capai phone letak kat katil.
Aku banyak kentut sebab angin yang masuk masa operation tu.
Tapi kentut tu takde bau pun..

Kedengaran suara alya bersembang dgn penjaganya seorang wanita.
Aku takut-takut nak duduk masa makan tu.
Aku duduk perlahan2.. alhamdulillah tak sakit.
Aku dapat bubur dan ubat pagi tu..Bubur bersama sayur campur dan ayam.
Tawar.. Aku berjaya habiskan setengah.
Eh lepas siap baru perasan ada dibekalkan garam dan lada hitam pek sekali.
Huhu.. Tolol la aku ni..

Dalam bilik tu, aku bersembang dengan Alia.. Dia tanya kalau aku ada rasa sakit.
Aku cakap aku takde rasa sakit..
Dia pelik sebab since malam dia rasa sakit. Siap mintak ubat tahan sakit dari doktor.
Katanya dia pelik tengok aku boleh cool makan rupanya sebab aku tak rasa sakit. Rupanya luka dia besar dari aku.
Suami call, aku suruh dia datang lepas solat jumaat je. Suami Alya datang sekitar jam 11.30. Penjaganya pulang..mereka berganti shift. (Aku malam takde penjaga, suami hanya datang siang)
Makan tghari bubur sayur campur dan ikan.
Alahai Jemu nya.. Aku nak nasik..
Lepas jumaat suami sampai.. Kami berbual..
"SAYA KUATKAN?" kata aku pada suami..
Sebak.. (Suami tahu kesusahan/kesakitan aku setiap kali urusan TTC - jumpa doktor, check itu ini).
Suami je yang ada sepanjang usaha aku TTC ni. Sampai tahap buat laparoscopy surgeri sebagai salah satu cara agar mudah hamil).

Alhamdulillah.. Hari berlalu dgn mudahnya tanpa aku rasa sakit..
Malam tu kaki seakan lenguh sebab hanya baring saja sejak semalam.
So pukul 9malam, suami ajak jalan-jalan exercise kaki kat lobby bawah malam tu..
Masa lepak kat kerusi kat lobby, aku cerita segala yang aku lalui tu kat suami.. sebab terasa seperti MIMPI...


Turun jalan-jalan di lobby.

HARI KEEMPAT - Dua hari selepas operation

Bangun pagi dengan riang sebab akan pulang hari ni.
Ini kali pertama warded hanyalah sebab operation ni..
Haaaaa.. hari ni baru berpeluang bersembang dgn Alya pasal pengalaman operation ni.
Nurse bersilih ganti amik tekanan darah n check diri.
Aku dah boleh bangun sendiri..
Aku mintak ubat batuk dan mintak nurse untuk proceed discharge.

Jam 11 lebih alya discharge.
Aku ucap take care pada dia lepas bersalaman (aku lupa nak amik HP's number dia)
Bilik kembali sunyi mujur suami dah ada time tu..
Aku makan lunch hospital, suami pulak makan subway.
Bila kerani datang inform psl discharge tu, suami mula pack barangku..
Ni kali pertama aku biarkan suami pack barang..
Duit deposit masa warded dulu, pihak hospital bayar melalui bank in ke akaun pesakit..
Sebelum balik nurse spray cecair kalis air kat perut, so nak mandi senang la..

Terima kasih utk semua yang membantu..
Semoga dipermudahkan TTC kami.

Jam 2 lebih kot, kami pulang ke rumah...
Kereta yang bergerak bergegar buatkan rasa ngilu di perut...
Welcome back to my home..
Terasa rindu rumah ini..
Aku masuk bilik pantangku.. Ya allah.. Aku rindu..

Selesai 4H3M di Hospital Pantai selesai.
Alhmdulillah..




Alhamdulillah.. Dah boleh balik..

Balik dulu. Time ni pulak lift rosak. turun tangga mujur tingkat 2 jer..

Senarai makan & pantang selepas operation diberikan oleh Dr.Hamid



Update : Total kos RM16 ribu..

Note kepada semua yang bakal jalani laparoscopy, jangan risau. Tak sakit sangat pun. Kan kena bius tak sedar pun. Bila sedar pun perut tak sakit. aku tak menangis kesakitan pun. Makan makanan sihat, pasti cepat sihat lepas operation.

Notes : Aku pantang 2minggu je. Dalam 2minggu tu luka dah ok, cuma takleh aktif2 je la. Aku jaga-jaga je. Tapi ok je, jahitan dia terlerai sendiri.

Psst : Kepada semua yang akan menjalani laparoscopy aku doakan semoga dipermudahkan.
Updated : Kot2 ada yang bertanya dah ada baby ke? TAKDE. Belum rezeki lagi. Laparoscopy surgery tahun 2018, beberapa bulan lepas tu nak proceed IUI. Tapi cancel, sebab kami start jaga MIL & FIL uzur sehinggalah FIL meninggal tahun 2021. Sepanjang jaga MIL FIL, kami stop semua TTC (jumpa doktor bagai), hujung tahun 2022 baru sambung semula dan plan nak buat IVF. 

Ok.bye

10 comments:

shafiqah said...

salam sis..terima kasih berkongsi pengalaman..saya baca entry sis pada harini (13/1/2021) akan buat laparoscopy esok insyaAllah..sis masih TTC atau sudah ada zuriat?

Han Hanni said...

shafiqah : Hi.. Oh. hari ni hari kedua awak lepas operation. Semoga cepat sembuh. Saya masi TTC. 2018 (Feb) sy operation. 2018 June until now, saya jaga MIL FIL uzur dan terlantar, memang saya dah stop jumpa doktor untuk TTC. Saya berserah segala rezeki hanya pada Allah. Saya stop semua urusan doktor kerana komitmen menjaga both FIL MIL uzur, byk cuti habis, duit habis. So saya stop jumpa doktor. Kami try natural je.

Elly said...

Salam sis.Salam perkenalan.saya elly , ttc hampir 4 thn .sy ad buat iui namun failed.skrg ni try natural n berserah pada Allah. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah.saya doakan agar sis dan rakan2 ttc yg lain dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah

Elly said...

Salam sis.Salam perkenalan.saya elly , ttc hampir 4 thn .sy ad buat iui namun failed.skrg ni try natural n berserah pada Allah. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah.saya doakan agar sis dan rakan2 ttc yg lain dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah

Unknown said...

Hi sis... thanks for sharing ur experience. Skrg saya tgh byk kan membaca pasal Laps Ovarian Drilling ni.. sbb next month turn saya nk operation. Risau jugak sbb ni 1st time nak admitšŸ˜­ Sis pantang berapa lama?

begkertas said...

Hi sis, sy pon nak share pengalaman buat laps ovarian cyst bulan dec 2020, don’t worry, kena kuat je. Sy pulak lepas je keluar operation theatre , igtkan buat Laps je, terkejut, doc buat open surgery jgk sbb nak amek fibroid. Tapi kecil je. Kalau operate Laps mmg 2 minggu je, tapi kalau open surgery, kena sebulan mc.

Harbor compounding pharmacy said...

The increasingly prevalent use of LOW DOSE NALTREXONE (LDN) and its efficacy in a myriad of diseases have stimulated questions about its effects and mechanisms among prescribers and patients today. A brief history of its discovery may yield answers regarding how this progressive medication works in the treatment of various health conditions such as chronic fatigue, multiple sclerosis, and autoimmune thyroid diseases.

Unknown said...

Terimakasi bkongsi pglmn.sy pn ttc dh msuk 6thun
Nati akan buat endoscopy dan laparscopy.
Dr ckp nk buang ktumbuhan dkt pgkal rahim..pd masa yg sama ada fibroid dlm rahim 6cm++
Tp dgr pglmn kwn2 lps laparscopy kena open surgery ya buag fibroid?doakan sy kuat dan sgala proses rwtn nanti bjln lncar dpmudahkn ya.Aamiin3 yra

Suhmy said...

Hi sis, thanks brkongsi pengalaman.... Rsau dan takut bila fikir nk operation nie.... lps dpt date utk operation ,mcm2 brmain diminda.... Lps bca pngalaman sis nie, sy mndpt kekuatan...

Mama tabah said...

Hai sis..saya sllu alami sakit waktu tengah2..antara period..middle pain..tapi sakit tu..sampai tak dapat nk buat kerja rumah..dalam sehari dua..saya rasa..masa ovulasi..saya ada buat pap smear dan ultra sound..mmg ada cyst kecil..tapi doktor bagitau..cyst kecil jer..dalam berapa milimeter..tak sampai 1cm..so doktor bgtau jangan risau..tapi tiap bulan saya rasa sakit time ovulasi..ke saya kena.jumpa.doktor lagi ye..mungkin saya kena buat prosedur mcm puan..