Haul Kedai RM 2 : Tukar semua botol air di rumah

Assalamualaikum... Hai Semua...


Oleh kerana dah jumpa botol air kedai RM2.10 satu yang tak bocor, yang tak keluar air dan senang dicuci, maka aku beli la banyak sikit sebab nak tukar semua botol air kat rumah ni..
Botol-botol lama semua aku buang..

Sebelum ni beli satu letak air dalam bilik tidur.
Kali ni tambah beli 5 biji lagi.
2 - letak dalam bilik MIL&FIL
2 - letak dalam peti ais
1 - bagi suami

Bekas air macam ni senang.
Nak basuh boleh bukak dan masukkan tangan, puas hati mencuci.


Botol lama untuk dibuang

Ni botol air lama yang guna kat rumah.
Botol dari kedai RM2.10 jugak.
Seronok je guna botol ni. cuma payah nak cuci dalam walaupun gunakan pencuci jenis bertangkai (berus botol susu).
Sebab bentuk dia bercorak, so ada ruang yang tak kena berus.
Nak masukkan tangan mencuci tak boleh..


Botol lama untuk dibuang

Haa.. botol ni lagi lama. Dari zaman belajar di Universiti lagi. Tapi bukan RM2.10 la..
Aku buang  semua sebab warna pun dah pudar, penutup pun ada yang cicir mana.
Biasa buat jus untuk MILFIL aku letak dalam ni.
Letak straw senang dorang nak minum walaupun tak boleh bangun.

Oh ye. botol yang aku baru beli ni dari jenis plastik PP5.
Jom tengok apa jenis plastik ni..





NO 5 POLYPROPYLENE

Plastik kod no 5 PP

Polypropylene atau PP adalah polimer termoplastik.

Plastik jenis ini besifat tahan lasak, kuat, tahan kepada suhu tinggi dan juga boleh menghalang kelembapan daripada memasuki bahan yang dilindunginya.

PP selalunya digunakan untuk bekas yogurt, bekas marjerin, gelas plastik, botol susu bayi, barang dapur, bekas plastik microwave.

PP selamat digunakan. Belum ada kajian menunjukkan bahawa plastik jenis ini berbahaya jika digunakan semula.

Keputusan: Selamat. Boleh digunakan semula.


Aku pun dah start nak buang bekas makanan yang lama-lama, especially bekal nasi sebab dah lama. Patut ke aku mintak suami belanja TUPPERWARE?
Yelaaa.. Takkan nak mintak kat Suami Jiran pulak kan???
Choiii..


Ok. Bye

5 comments:

norhidana said...

hamboi shooping sakan yek...
akak bekas pakai buang selalu pakai sekali je lepas tu buang tak simpan kalau tak memang tak muatla kabinet... cuma simpan yang brand tupperware je...

sebab umah akak kecik, jarang ada simpan air dalam bilik, selalu kalau mlm-malam haus ke dapur terus heheh

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. yes kami pun suka botol ayaq kat kedai eco rm2 ni. hehe

Wak Lat said...

ugut je kat sowmi mintak belikn Tupperware kat sowmi jiran tuuhh.. hahaha

ShirVen said...

saya pun selalu tukar2 botol ni, tapi if mak apa2 botol comel boleh buat takung air, dia bedal msk peti ais juga. tukang buang nya saya 😁 yalah kan ada botol yg khas tuk pakai buang mana boleh simpan lama

ezy.fia said...

aku sllu gop tukar2 btol air..
yela btol air muroh je kan kena sllu tukar.. haha..

mujur ade kedai eco..