Wedding Aina : Review Pelamin

Assalamualaikum... Hai Semua...


Aku suka dengan pelamin yang adik aku pilih untuk kenduri dia.
Warna pastel.
Gabungan bunga putih-biru pastel-pink pastel
Kena pulak dengan baju pengantin warna biru lembut masa majlis bersanding.
Harga pulak murah dan berpatutan.
Cuma kami kena tambah RM40 untuk duit minyak masa dorang datang pasang pelamin sebab rumah kami jauh dari kedai pelamin ni.

Kedai Pelamin ni di Bukit Payung, Kuala Terengganu.
Sape orang Terengganu nak try sewa pelamin dengan kakak ni boleh nanti aku share FB dia kat bawah ni.
Biasanya pelamin kalau ruang sempit macam kat rumah, mereka pasang yang size lebar 8kaki sahaja.
Oleh kerana majlis kami buat kat dewan, mereka willing nak lebarkan size tirai pelamin jadi 12kaki.

Senang berurusan dengan kakak pelamin ni.
Pasang pun sekejap je dah siap.


Jom tengok gambar-gambar pelamin yang sempat kami snap :
Abaikan model-model depan pelamin tu especially "pengantin lama" yang kemaruk nak duduk sopan di pelamin tu.








Pihak pelamin datang esoknya untuk tanggalkan semula.
Takde barang hilang sebab aku ada masa dorang pasang, so lepas majlis aku pastikan semua ada lengkap apa yang kita sewa.

Kita ni sewa barang orang, kena la guna sebaiknya.

Kedai Pelamin : https://www.facebook.com/ejeckzganu.budgetpelamin

Ok. Bye

6 comments:

Umi Nazrah said...

waalaikumussalam. subhanallah cantik sangat pelamin nya. menyejukkan mata, dengan kaler baju pengantin pun lawa ^_^

anamizu said...

wahhhh suka lah color nya soft je.. berapa kos sewa pelamin tu kak heehee

norhidana said...

walaupun simple tapi sangat lawo di mata akak, bunga-bunga tu buat jadi nampak nice sangat lah... color gabungan tu pun sesuai dan cantik sangat

Julia Johari said...

Cantik sangat, kenan tgk. Seronok tau urus majlis kenduri adik sendiri, mestilah kita nak yang terbaik kan.

Sha Mohamed said...

cantik sangat pelaminnya..

Azhafizah MN said...

cantik pelamin dia dengan bunga bunga banyak tu. luas pun luas boleh bergambar ramai ramai atas pelamin.