Wedding Aina : Riuh Rendah Cucuk Bunga Telur

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa aku kawen tahun 2013, anak sedara baru ada 2 orang.
Masa adik lelaki aku kawen tahun 2016, anak sedara ada 5 orang.
Masa adik perempuan aku kawen tahun 2020 ni ada anak sedara 7 orang.
Semua kecik-kecik so riuh rendah la rumah sebab aktiviti "cucuk bunga telur" je pun.
Masing-masing tahap terliur tengok bunga telur bila ramai-ramai ni.
Kalau tak, takde pun peduli kat bunga, telur & jelly bagai tu.

Semua sibuk nak kerumun si kecik yang "besar"


Masa aktiviti cucuk bunga telur tu, aku dah tersadai tepi dinding kepenatan kemas dewan dan buat persiapan terakhir untuk dewan.
Sakitnya tumit kaki lepas balik kemas dewan tu.
So, untuk bunga telur aku bagi kat depa-depa yang ada anak, yang ada penyakit lelah buatkan.. hahaha.
Duduk je kat lantai tu, takde nya kena asma kalau buat keja letak telur dalam net bunga telur.
Depa duk bubuh telur dalam net tu lepas magrib, aku g dewan sekali lagi malam tu siapkan meja untuk guestbook & abang aku tolong hantarkan kipas untuk pelamin atas stage.








Ini je la aktiviti di buat kat rumah .. Sebab aktiviti lain memang semua buat kat dewan je.. pelamin, susun kerusi & lain2 semua buat kat dewan dan tak involve budak2 ni.. Hatta cucuk bungga manggar pun kami buat kat dewan siap-siap senang.




Ada 3 pahar yang adik aku belikan.
RM 6.50 je harga pahar dia beli kat kedai bunga di Bandar.
1 pahar kami bagi untuk pihak lelaki yang datang bertandang.
1 pahar untuk kawan-kawan adik aku (pengantin)
1 pahar mak bagi untuk kawan-kawan dia (geng mengaji, geng jiran, sedara, geng FB).
Jangan main-main orang tua sekarang ada geng FB u..


Ok. Bye
XoXO

8 comments:

Julia Johari said...

Mekar sungguh kuntuman bunga atas pahar tu tau, kalau juju yang dapat memang semekar itulah di rasai. Bagusnya rewang buat bunga pahar.

norhidana said...

cantik bunga telurnya, gebus bulat berpadanan dengna bunga kt pelamin... amboi naper ayah bersanding sorang tu heheheh

ezy.fia said...

meriahnya..
ms aku kawen ank sedare dh beso pjg.. haha..

kemain mak ade geng FB.. kehkeh

Sunah Sakura said...

warnanya sama macam warna bunga telur majlis kita dulu...hihihi

Nieyla Nadia said...

Masa kahwin dlu, anak sedara ramai tapi kecik sgt...jadinya semua buat sendiri la..hehehe

Sha Mohamed said...

Geram je bebudak tu tengok telur dengan jelly tu kan.. Amboi.. gebunya si kecik yang besar tu.. hehehe.. comel..

Azhafizah MN said...

tambah seri ada bunga pahar depan pelamin tu ha.

mamapp said...

Waa suka.la bunga telur tu.. meriah