Wedding Aina : Selesai semua dan pulang ke Sarang sendiri

Assalamualaikum... Hai Semua...


Sehari selepas majlis sambut menantu 24 Feb 2020, kami suami isteri balik KL.. Gerak pukul 9.00 pagi... Macam-macam aku bekalkan makanan dalam kereta biar Encik Suami ni tak mengomel lapar sepanjang jalan.
Kami tak singgah makan mana-mana, direct drive sampai KL melainkan stop untuk ke tandas sahaja.
Saja nak sampai awal sebelum orang balik keje, taknak jem kat NKVE menghala ke Setia Alam.


Kacang rebus sebeban mak aku bekalkan

Kuih sedap tak tahu nama, tahu makan je

Encik Suami yang sentiasa lapar dan makan semua kuih 


Sampai pukul 3.00 petang terus panaskan lauk. 

Bekal dari mak.
Lauk kenduri sambut menantu
Ayam Kampung Gulai Kawah & Daging lembu gulai kawah


Hasil pulang dari kampung..
Takkan ada perempuan terkejut tengok barang macam ni.
Semua perempuan kalau balik kampung memang berlambak la barang di bawaknya
RM200 aku shopping keropok lekor vacuum, keropok keping & keropok segera untuk kawan-kawan, jiran & biras aku yang tengah menjaga MIL FIL aku sementara aku balik Terengganu.

Bawak balik sekali hadiah yang adik aku bagi atas ucapan terima kasih kat kami suami isteri sebab banyak membantu.

Ni habuan aku beli untuk cadar bilik tidur aku masa exco raya cina last time. Sekarang baru bawak balik KL. Sebab masa CNY dulu aku naik bas, xsanggup nak angkut banyak barang

Pssst : Habis kesah wedding adik aku Aina.. Tinggal 3 orang lagi tak kawen. 3x penat lagi, pastu settle. Turn anak sedara kawen in the future, suruh la mama papa kalian buat kat Hotel ye.. Hahaha
No more entry pasal Wedding Aina. Jemu la sapa yang follow blog ni. hahaha

Ok. Bye
XoXO

16 comments:

norhidana said...

balik kampung kalau tak bawak banyak bekalan memang tak sah hehehhe...
akak kalau balik kerteh tak sah kalau tak singgah kuala kemaman borong keropok, satar, otak-otak memacam lagi lah.

sedapnya menu gulai kawah tu... patut la sanggup tak singgah makan mana-mana, ada 3 orang adik lagi ek... samalah akak pun ada 3 orang adik lg yang belum kawin..

dear anies said...

mcm nak berniaga beli kopok lekor byk tu hehehe

Sha Mohamed said...

Pompuan kalau balik kampung memang takkan sikit barangnya.. hehehe..

Umi Nazrah said...

alhamdulillah pompuan takkan terkejut punya aih. haha

Nieyla Nadia said...

Kacang rebus tu, makan sambil tengok movie pun syok ooo...last week baru buat...

nohas said...

keropok lekor yg best...macam2 bekalan..hihi..

mrhanafi said...

kalau saya driving..tak salah kalau tak makan..

sebab drive antara aktiviti yang tak seronok

ezy.fia said...

balik dr kg mmg bertmbh barang2..
haha.. itu normal..

aku skrg fasa tnggu ank2 buah kawen je..
cucu pon nk masuk 4 org dh..
tua dh aku.. hahahaha

Farhana Jafri said...

sedapnya menu gulai kawah tu. best kalau makan lauk kenduri ni, lain rasa dia dari lauk biasa

Elly Matin said...

Barang tu sama sangat dengan saya. Haha. Balik dari pasar pun barang banyak giler

Sunah Sakura said...

itu macam kuih akok...

HeNRieTTa JoSe said...

meriah kan bila ada majlis n kumpul reramai....tpi bila blik dan sunyi...dan letih....tpi memori indah tu berbaloi....

Azhafizah MN said...

Banyak tu bekalan dari kampung campur shopping shopping.

mamapp said...

Bestnya shopping semua brg best2 tu

ray said...

tak nampak benda lain dah. ray nampak makanan je XD

OKje said...

Balik Terengganu ke.... bestnya balik Terengganu. Suka pi Terengganu sebab ada kopok ikan, sata....ikan goreng tepung ....bestnya.
Tu bukan kuih akok ke Hani....
Hiihi... barang penuh bonet mmg biasa kalau namanya pompuan. Ni nak Raya ni, barang penuh bonet jugak tapi persoalannya dapat balik kg ke tidak huhu