Majlis Sambut menantu 2 hari selepas majlis resepsi di dewan.
Sambut menantu 24hb February sepatutnya ada lagi adik beradik aku yang join. Tapi ada yang takleh join sebab kekangan kerja & ada yang 1 day before warded sebab bahu terkehel. Macam2 hal.
So dari rumah cuma 2 kereta je la untuk family & 1 kereta kawan pengantin.
Gerak dari rumah pukul 10.30 pagi, singgah tunggu rombongan kereta lain di Pantai Kelulut.
Tunggu adik lelaki aku dari Dungun 1 kereta dan sepupu aku 1 kereta.
Sempoi 5 kereta je g majlis sambut menantu.
Pastu gerak g kenduri.
Menunggu yang lain tiba
Yang dua kat depan tu team single selamanya.
Adik aku dan abang aku
(Updated : Rupanya bukan team jomblo selamanya, awal tahun 2023 abang aku jumpa jodohnya.hehek)
Adik aku mekapkan kakak dia yang nak g bertandang rumah Encik Suami dia
Masakan kampung. Sumpah sedap!
Nasi Putih
Ayam Pencen Gulai Kawah
Ayam Biasa Gulai Kawah
Daging Lembu Gulai Kawah
Kacang panjang goreng with hati,pedal & jantung lembu
Sayur keladi
Sayur Nangka
Tembikai
Ulam-ulaman + Sambal belacan.
Bubur Kacang
Menambah aku kalau gulai kawah ayam pencen. Abang aku menambah amik tulang daging lembu.
Ok. dah sudah cite makan.
Aku takde amik gambar langsung.. Laki aku sibuk layankan ayah aku makan (ayah aku uzur)
Nak tunggu gambar dari photographer lambat lagi.
Pengantin dengan adik no 5 aku
Balik kenduri, singgah tengok adik aku yang warded kat KTSpecialist.
Sebab esok awal-awal pagi aku dah nak gerak balik KL, jumpa siap-siap hari ni.
Anak Pesakit Bahu Terkehel
Macamana Daddy awak nak dukung awak nanti
Mak bunyi sakit kaki, terus aku suruh naik kerusi roda.
Team melawat orang sakit
Sebelum balik rumah, singgah belanja air coolbog untuk adik-adik.
Habis la kesah majlis sambut menantu
Selesai semuanya dengan lancar.
Ok. Bye.
XoXO
10 comments:
Han ada berapa adik beradik ya?
menu kenduri tu biasa akak jumpa kalau kenduri kat kampung mertua di kerteh, memang sedap lah... lepas tu ada bubur kacang hijau simple tapi layan
mana gambar lauk pauk kenduri? nk tgk juga ;-)
Alhamdulillah.. selsai dah majlisnya ye awak.. Lega rasanya bila dah selesai semua.. Sha doakan mana yang tak sihat diberi kesembuhan.. Aamiin..
alhamdulillah tahniah aina dan pasangan ^_^
mmg best hantar pengantin..layanan mesti tiptop..lauk sedap..
akhirnya dpt jgk mu minum coolblog.. hihi
alhamdulillah, dipermudahkan semuanya...selamat pengantin baru buat adik
Alhamdulillah. lega bila majlis dah selesai. boleh berehat² dah
Cantiknya penganton
Duk mencari mana yg sakitnya..... yg berbintang tu ke?
Bestkan pergi kenduri kawen yg lauknya lauk kg.... sure bertambah tambah makan.
Selamat Pengantn Barulah utk adik Hani moga bahagia selamanya
Post a Comment