Beberapa hari lepas, balik kerja order sate. Rindu sate kat Simpang Masjid Meru (Simpang nak masuk Jalan Kopi). Bagi aku sate sini sedap. Last makan bulan Feb 2020. So lepas booking sate, kena tunggu 30 minit dia kata sebab banyak tempahan. So aku ajak suami g kedai RM2 NT. Sini takde kedai ECO.
Niat utama nak beli Pasu Bunga comey-comey, nak letak pokok kecik2. Tapi takde. So pusing je la cari benda yang berkenang.
Item berjaya mengikut aku pulang ke rumah!
Suami amik 2 pek hanger sebab nanti kan MIL FIL aku nak stay semula kat rumah aku. Barang MIL FIL memang banyak kat sini, hanger dah cukup untuk baju mereka sedia ada, ni beli tambahan hanger untuk baju-baju mereka yang akan mereka bawak nanti. Jelly semua makanan suami aku.
Span brand Crocodile tu memang span kesukaan aku untuk basuh pinggan. Ianya lembut tapi tak mudah hancur/kemek/jadi leper. Memang span ni je aku cari. Kadang beli jenis yang pukat bulat untuk basuh pinggan.
Tong sampah dalam kereta!
Aku beli tong sampah untuk letak dalam kereta. Laki aku guna kereta ni azab betul keadaan dalam kereta. Bersepah-sepah. Sejenis yang taknak buang sampah luar dari kereta (tu bagus), tapi dalam kereta pulak bersepah-sepah sebab berterabur tisu, plastik kat lantai kereta.
Ni dah beli, sila buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan . Okeyyy?
Getah ikat rambut warna ala-ala unicorn!
Perempuan ni selain kerongsang, pengikat rambut pun senang sangat la hilang. Aku cari ikat rambut yang ada 5-6 ketul satu pek sebelum ni pernah beli. Tapi takde, so beli yang ni 3 dalam 1 pek. Getah dia lembut, kain dia okey. Puas hati
Aku tak setuju betul kalau orang kata "ala barang kedai 2 ringgit, tak payah nak cerewet2 pilih, amik je la, rosak beli la lagi". Bagi aku nilai RM2 tu besar je, pilih je la barangan yang masih berkualiti bagus, belek2 lama depan rak pun takpe. Duit kita, hak kita. Kan....
Ok. Bye
10 comments:
hehe kedai saka orang kat kan sbb bila dah masuk, susahnya lah hai nak jumpa jalan keluar hehehe
Rambang mata
betul tu...walau harga RM2 jer tapi nilai tu cukup besar dan kita kena hargai supaya kita tak lupa diri sbb kalau kita jatuh RM2 ni mampu mengenyangkan kita walau dengan sebungkus air
Kedai berhantu ni haha
harga RM2 pun kalau pandai pilih..dapat yang macam kualiti mahal kan
terbaik
akak suka je beli barang kt eco atau kedai 2 ringgit, kadang bukan main lama membelek sebab kita nak pilih kualiti yang terbaik... ikat rambut aritu akak baru suruh suami belikan kt eco, beli terus yang ada 10 ke 20 ketul seikat baru rm2, yang pakainya sornang je tapi asik hilang entah kemana...
lama tak pii kedai eco sejak pkp hari tu selalu kak ana cari tanah, baja dan pasu kat sini :)
wehhh kat teganu ade super jimat! kat ktcc mall..
makin ligat la aku menyopping nnti.. haha..
kedai eco baru g aritu setelah 3 bulan xjenguk.. kiki..
aku suka jenis pukat tu utk basuh pinggan..
nt try cr span mcm tu plop!
Bercerita pasal kedai Eco, anak² sy selama pkp ni xde lain tempat yg diorg teringin nk pegi sangat kecuali eco je... sebab kat situ jer diorang boleh beli apa je yg diorg nak tanpa ibu bebel kat diorang... hehehe
Ayat last tu sha suka.. Walaupun nilainya dua ringgit tapi kita juga berhak memilih yang terbaik.. Suka tengok getah rambut tu.. sha pun nak kena beli.. Dah kemana-mana dah perginya getah rambut kat rumah tu..
Post a Comment