Rezeki Phone Baru

Assalamualaikum... Hai Semua...


Phone suami pecah minggu lepas masa tengah cangkul tanah depan rumah ni. Entah apa la petani ni, bawak phone sampai ke depan rumah masa mencangkul. Nak buat Video Live ke hape? Ke tunggu whatssap boss.. Hehehe.. Sape suami kerja bidang Telco paham la kot, yang phone memang 24/7 kat tangan. 

So masa cangkul buang rumput, clearkan semua rumput, alihkan anak pokok pandan, lepas daripada tu suami cari phone dia dalam rumah tak jumpa. Call tak dapat. Rupanya phone dia dah masuk longkang. Phone dia memang dah pecah skrin jatuh kat site sebelum ni. Ambikla dia telepon tu keringkan sebab nak data/maklumat/ gambar kerja dalam whatssap. Ruponyoooo takleh on. Sedih!


Suami pakai phone kedua aku iaitu Samsung J7 Pro (Phone company dia jugak yang bagi sebelum ni), aku guna phone kedua untuk data internet je. Layan youtube, FB,IG, cari maklumat, & layan drama. Tapi ko tahu la phone perempuan macamane kan..
Macam ni..

Cantek bukan?? Siap dengan casing Unicorn laki aku kena pakai sementara beli casing baru

16 June hari tu, company suami bagi phone baru. Samsung A20s baru. Tapi oleh kerana suami dah pakai phone kedua aku, makanya phone ni dia baru kat aku as phone kedua untuk data internet sahaja. Dia taknak pakai phone baru sebab dia malas nak update data semua, data kerja, maklumat, info kerja semua dia dah save/update dalam phone kedua aku tu (J7Pro).

Samsung A20s

Balik kerja semalam singgah kedai aksesori telefon. Plan nak beli kat shoppee tak jadi sebab taknak tunggu barang sampai lambat kalau beli online. So beli je la casing yang ada kat  kedai walaupun tak comey-comey secomey nya...
Amik 2 casing untuk phone baru A20s, dan 1 casing untuk J7Pro suami. 3 casing sebab beli 2 percuma 1. Harus la yahoooooo aku kat dalam kedai tu.

Beli Casing 3bijik, wayar charger 2ketui dan seketul clip wayar charger



So suami tukar casing unicorn ke casing merah untuk phone Samsung J7 Pro.
Phone ni dah jadi phone suami sekarang


Casing untuk phone baru Samsung A20s
Jadi phone kedua aku guna penggunaan internet. Yeayyy..


Telefon sebenar aku.
Samsung Note 4 guna dari zaman 2015 masa start kerja company sekarang

Kami bukan la peminat gila-gila kat Samsung. Cuma kami jarang beli phone baru, so pakai la Samsung dari 2015 tu. Dapat phone dari company pun Samsung jugak. Kalau ikut hati, nak beli  Realme 6.

Korang jenis tukar phone jugak ke walaupun phone tak rosak?
Mudah bosan dengan phone sedia ada dan mintak tukar baru ke?
Aku tak.
Aku tukar bila phone dah takleh guna sangat. Selagi boleh tukar bateri, aku tukar!

Ok. Bye
XoXO

10 comments:

Mrs. A said...

Mrs. A pun bukan jenis suka tukar-tukar phone.
Bagi Mrs. A phone tu keperluan je dapat berhubung sudah bukannya kehendak nak guna teknologi paling maju macam sesetengah orang.
Husband guna samsung Mrs. A tak pernah

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Saya sejenis yg "setia".
Tapi tahun lepas phone Samsung dah terbasuh dlm mesin.. ralat juga sbb suka pic2 samsung muka jd nampak cun.. haha.. beli satu lagi.. tetiba tersimbah "air spray wudhu" plak dlm beg. Rosak lg. Hubby belikan lain..tapi cap ayam (sbb beli kat Mekah mls nak demand sgt).. pastu dlm beberapa bln pakai rasa mcm tak best phone tu.. so beli lain guna duit sendiri plak..ha tu la yg diguna sampai skg. Mudah2an berpanjangan..

PeRdU cINta said...

Selagi boleh guna..guna.Itulah kami suami isteri.

NA said...

Tukar bila dah tak boleh pakai. Guna Samsung gak tapi model A10.

Warisan Petani said...

Selagi boleh pakai hp cap ayam ni,
wak tetap setia

bondalesungpipit said...

Selagi blh gunekan apps,
yg semua org gune utk bhubung like whatsapp,
kite gune seadanya...
nk² zaman "gawat PKP" ni kan...

ShirVen said...

saya juga akan guna phone selagi boleh guna. kalut if guna phone baru, byk info kena masukkan kecuali terpaksa lah baru tukar

ezy.fia said...

wahhh best dpt fon baru.. hihi.. rezeki tuuu..

mu mmg jenis setia.. selagi xrosak mmg akn guna smpai rosak.. aku plop jnis wahi tukar fon tp bse beli fon murah2 je.. haha

Kakmim said...

Hai Hani... kalo sy pun jenis x suka fon selalu.... kalo dah rosak br tukar tp husband jenis selalu updated nak jer nk tukar fon ikut trend tapi sbb sy xmo tukar dia pun x tukar... kami selalunya akan beli fon yg sama... hehehe

Sha Mohamed said...

Sha akan tukar bila phone dah berat dan lembap.. selalunya nak upgarde ram..