Tukar downlight lama kepada LED downlight

Assalamualaikum... Hai Semua...


Masa masuk rumah ni dulu, memang owner lama renovate siling letak downlight. So kami teruskan je pakai downlight lama tu. Tapi ada satu masalah yang bulb dia sering terbakar. Pasang 8 bulb untuk semua lampu di ruang makan dan ruang tamu pasti seminggu dua lepas tu mesti ada bulb yang terbakar. Kerap pulak tu.

Suami dah bising nak tukar kepada LED. Aku holdkan dulu sebab takde duit. Hehehe.. Ni aku simpan ada 300, terus la g beli LED Downlight baru hari Ahad 07hb May hari tu. Support kedai lampu melayu kat Meru.

Isnin pagi-pagi suami tukarkan LED downlight tu.


Lampu ruang makan 2 bulb terbakar

Lampu ruang TV 3 bulb terbakar



LED Downlight 4 inci
RM 28
Takde g survey2, aku beli je.


Malasnya nak buat kerja - kerja baiki2 ni sebab rumah berdebu. Macam kami kena besarkan sikit lubang di siling untuk muatkan LED baru ni. So potong siling memang berdebu. Pastu lantai laminate ni sensitif sikit, kalau mop mesti tak boleh basah-basah melampau. Then kalau berdebu sikit pun memang nampak ketara dan nampak kusam. Yang penatnya bila nak kena mop lantai.



Nak alihkan sofa pun beratnya la weii.. Sesetengah kaki sofa boleh calarkan laminate floor, so kami cuba la minimizekan heret sofa yang bapak berat weeeeiii..
Konon nak cat rumah, dah 6 tahun masih macam tu. Aku rasa benda paling leceh dan banyak kerja ialah mengecat rumah sebab nak kena alihkan semua barang yang majoriti aku letak menghimpit dinding. Pastu nak kena berkecah bagai. Tak sanggup dan tak kuat. Better guna wallpaper!


Yeayy dah siap semua termasuk mop lantai.. Terang macam nak raya lagi sekali kan.. Nak penyimpan mohor besar raja-raja umumkan raya sekali lagi ke sempena 10 June BKPP ni? Hehehe.. 

Ruang TV terang benderang semula.
Rasanya dah 5 tahun ruang ni suram sebab ada je downlight yang terbakar
Tempat paling cozy dalam rumah.


Moh sapa nak datang beraya. Kacang2 ada lagi sikit2 habuan makan sampai tengok TV


Aku doakan korang-korang semua murah rezeki boleh beli rumah, boleh baiki rumah, boleh naik taraf rumah, boleh cantekkan rumah.. Biar bertambah selesa semua penghuni rumah.

Psst : Ada yang dah rentas negeri ke? Selamat balik kampung dan takecare ye. Patuhi S.O.P
Kami singgah blog korang lepas-lepas ni ye. bizi sikit la hari ni kat opis.

Ok. Bye
XoXO

10 comments:

NA said...

Dah rentas negeri semalam. Zas lepas pukul 7 pagi.
Amin doakan.

mummy_ayu said...

cantiks...nampak cozy sgt.
iyer, jelous org balik kg...kita takde kg.
apa pun..stay safe!

norhidana said...

lampu rumah akak pun semua suami dah tukar led gitu... mudah katanya
bila cakap pasal cat tu aduhai teringat rumah yang warna nya cream je, suruh suami cat color lain dia kata nnati, nanti2 sampai raya dah

nohas said...

amiin utk doa nya..

Alhamdulillah, dah setel..


Rizziela said...

Cantik...

ShirVen said...

kdg2 rabak juga poket tuk maintain peralatan dlm rumah.

masih ingat masa mula2 nak cat rumah dulu, sebab terlalu excited dpt beli rumah tapi rambang mata nak mengecat, semua warna suka. last2 lain bahagian lain warna, turn out cam tadika, warna warni 😊 skrg dah suka guna 1 warna je

ezy.fia said...

sbb tu la kot kalo rs nk tukar cat elok buat ms perabot xde lg..
letih nk ngalih perabot tu.. haha

insyaAllah doakan aku dpt beli umh gopppp!

Cik TK said...

uuiii memang nampak cozy je bahagian sofa tuuu... bestnyaaa

nOe suhaimi said...

wah...nampak cantik dan kemas umah...
dah rentas negeri jumaat lepas.. khamis ni nk rentas negeri lain plak

Sha Mohamed said...

Nak alih perabot tu yang stress tu.. Seronok bila dah berjaya tukar kan.. Terus terang rumah..