Selepas 7x rawatan di Klinik Walia Puchong (2 minggu selang sehari kena g klinik), ni progress kaki MIL terbaru. Last kami ke sana, semalam (Ahad, 31 Ogos 2020) kami sepakat dengan suami untuk bincang hati ke hati dengan doktor (haaa.. macam bercinta kan???) soal kami yang maybe dah tak boleh nak g sana selang sehari, sebab weekday maybe kena cuti 3x (isnin, rabu, khamis) kalau nak ke sana.
Progress . Luka terbaru.
Kalau ada adik beradik suami yang willing nak gilir2 amik cuti hari rabu bawak MIL g klinik, bagus la. Kalau takde, suami kena cuti sehari setiap minggu. Maafla.. kami kena jimat cuti.. Hehehe.. Kena amik kira cuti g appointment Klinik Kesihatan Kapar lagi, Hospital Shah Alam (kalau ada follow up) & appointment sambung ubat.
Update luka ketika follow up dengan doktor:
1. Luka masa kali ke5 rawatan, ada nanah (isi dia macam buruk/lembik bawah kulit) Doktor dah clearkan.
2. Masa rawatan kali ke7 (semalam) seperti gambar di atas. Luka bertambah ok.
3. Kena take care kaki pastikan tak basah bandage dia, kalau basah kena tukar.
4. Pastikan takde bau, takut kalau nanah/buruk.
5. Gula jangan lebih dari 10 (Sepanjang kami jaga 2 tahun ni, memang bacaan gula terkawal biasanya sekitar 5, MIL insualin sejak 2 tahun lepas)
6. Kurangkan berjalan/berdiri lama. Tekanan kat kaki menyebabkan daging payah nak tumbuh/tisu payah nak tumbuh.
7. Masa dressing kaki, doktor cucuk2 isi kaki kat luka agar berdarah biar tisu dia aktif. So menggalakkan pertumbuhan tisu baru.
Semoga cepat la ok kaki ni.. Dah tak payah bercinta dengan klinik lagi. Hehehe.. Duk umah ye petang2 tengok hindustan kan best!. Hehehe
Ok. Bye
11 comments:
kene banyak berkorbanla suami hani yek, tapi takkan adik beradik lain tak boleh gilir2... kesian la kene cuti tiap minggu kan, apa pun moga hani dan suami terus di berikan kesihatan yg baik untuk menjaga mak dan pak yang tak sihat
Dapat doktor yang jenis boleh bawa bincang okaylah. Senang nak manage ikut masa dan kemampuan kita. Harap luka MIL cepat sembuh. Aaminnn
dulu mak saya kne bedah sbb bisul..tapi doc ade bagi air dressing die yg bagi luka cepat kecut tau..elok air tu..guna air tu then doc ade sapu satu lagi krim..mase tu pergi klinik kerajaan je..alhamdulillah cepat sembuh.
Semoga semua dipermudahkan cepat sembuh kaki yang luka. Amin.
Semoga dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.
semoga lekas sembuh kepada ibu yang sakit, semoga dipermudah urusan han sekeluarga ya..
alhamdulillah.. bertambah baik kaki MIL..
insyaAllah.. arap dipermudahkan segala..
arap ade la adk badik mat sudi tlg.. =)
Memang perlu pengorbanan bawa orang tua ke follow up, dalam keluarga kami FIL yang ada penyakit 3 serangkai perlukan follow up selalu, ulang alik juga sekarang bergantian dengan SIL.
Banyak pengorbanan.
Semoga semua urusan dipermudahkan.
Semoga segala pengorbanan korang suami isteri dipandang Allah. Ammi tabik spring toing toing dengan awak sbb jaga in laws.
Alaa, Hani. Lmbt plak baca psl kaki kencing manis.
Dulu arwah ayah, Nabilah beli pad herba avail beauty tu. Buat tampal kt luka/nanah/darah semua..
Pad tu bagus sgt, dia serap semua nanah/darah dr luka.
So luka cpt kering, n sembuh..
Klu haid pun, tiap2 bln pkai, lama2 period kita skjp je, plg lama 4hr je drh lebat, so cpt sgt bersih dr haid.
Try cr kt farmasi, kedai herba/jamu, kt shopeee lg murah2, hee
Post a Comment