RESEPI : Minuman Roselle

Assalamualaikum... 


Hari ni g NSK Selayang beli barang dapur. 
Ada Roselle RM7.99 sekilo. 
So, aku beli sikit nak try buat air rossele. .

Cara masaknya:

1. Bersihkan roselle. Buangkan biji dia di tengah-tengah kelopak dia.
2. Panaskan air dalam periuk. aku letak air 2 cawan. Gula 10sudu.
3. Masakkan buah roselle tu sampai jadi warna merah.
4. Jangan terlalu lama, nanti buah roselle jadi terlalu lembik. Tak sedap nak ratah masa minum air tu.
5. Masa nak hidang, tambahkan air suam sikit dan ais..




Sources : Google

Ni antara khasiat buah roselle yang aku sempat google cari tadi:

1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik. 


2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. 


3. Pencegah Kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.


4. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.


5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.


6. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.




Sources : Google


Psst : Rasa air ni masam-masam macam ribena..huhu

Ok. Bye

4 comments:

Miss N said...

sy sukerr sgt minum roselle ni. lg suke meratah bunga tu. ada kedai mkn kt kampung...jual air roselle ni. tak puas minum... sbb suka mkn bunga roselle yg rangup tu. tak tau la mcm mana diorg buat smpai jadi rangup

ezy.fia said...

awet mude sokmo la mnom air ni..
hikhik..
tp aku suke ribena lg.. haha

Asma said...

Baru tau roselle utk resdung gak..leh try nanti

juanz said...

dulu kt kg mak ada tanam pokok ni pastu proses sendiri buat air.... :-)