Balut sofa & pasangkan pelapik kaki untuk sofa

Assalamualaikum... Hai Semua...


Ni Entry : https://puapoo.blogspot.com/2015/11/review-barang-terpakai-vs-barang-show.html
Sofa second hand yang aku beli dulu.
Beli barang show unit.
So quality bagus je pun walaupun second hand

Sofa Putih

Sofa aku letak kain untuk lapik incase taknak kotor.

Oleh kerana warna putih, maka cepatla kotor walaupun aku lapik dengan kain baldu.
Btw, kain body kerusi ni tak boleh basuh.
Cuma span seat saja yang boleh buka sarungnya.
Makanya aku ajak suami g cari kain kat Nagoya PAS Shah Alam masa cuti krismas baru ni
RM3.80/meter.
Aku beli 8meter. Tu pun banyak lebih.
Ala.. balut bodoh2 je. Bukan pandai sangat pun..
Balut keliling pastu 'stapler gun' kan saja..
Seat dia tak sure aku nak mintak adik aku jahitkan atau just biar je sarung asal ni sebab nampak matching je pun..
Pssttt : Sebenarnya ni trial je. Tu yg beli kain murah. Eh, lepas siap rasa macam dah ok. Taknak pulak g beli kain mahal. 

Tak berapa kemas buat.. 
Janji cover semua bahagian..


Sebenarnya sofa di ruang tamu.
Tapi since kami jaga mentua, penuh sikit rumah dengan barang, so suami letak sofa ni dalam bilik tengah.
Bilik ni kami banyak habiskan masa dalam ni.
Melepak tengok movie, buat keje bunga telur.

Kami perasan laminate floor bilik kami rosak sebab kaki kerusi ni keras. 
Dulu masa lantai tiles, memang takde masalah.
So, duk pikir2 macamana nak buat ni..



Laminate floor kat area tapak kerusi rosak sebab takde span pelindung kat kaki sofa.
Memang macam ni kaki dia sejak beli dulu.
Alahai.. sayang betul.. laminate floor ni first rosak.
Kat tempat lain tak jadi macam ni..



Kaki kerusi..
Tu yang seketul tu suami baru pasangkan..



Guna tapak kerusi ni yang beli kat kedai RM2.
Beli tapak kaki & span lapik 


Securekan guna cable tie.
Kalau nak lagi secure, securekan dengan guna gam tembak.


Lepas letak ni, lembut la sikit kalau kaki ni tekan laminate floor surface
Misi berjaya..



Sekarang guna meja gini.
Makan space.


Tu yang ingat nak beli meja ni sutir kat ikea
RM69
Boleh selitkan bawah sofa.

Sebab ni sofa second hand.
Kalau sofa baru, takdenya aku beli sofa yang tak washable ni..
Susah kalau kotor kan...
Sejak kawen, takde perabot baru.. Semua second..
Tunggu la kalau beli rumah baru, daku nak g pusing keliling kedai cari perabot baru. hahaha

Psst : Settle satu masalah!

Ok. Bye

5 comments:

ray said...

rajinnyaa. good job !

norhidana said...

cun dah tu, masa yang lapik dgn baldu tu pun nampak cun jugak... cuma sayang jugak kan kalau kotor tuh...

untung korang laki bini pandai deko-deko dan rajin bt diy... akak masa pindah rumah sendiri pun bwk je barang dr umah sewa dulu, takde pun beli baru sangat hehehe..

ezy.fia said...

terbaikkkkk cik hani..
muroh pon cantikkkk..

Han Hanni said...

mekasih semua...

Azhafizah MN said...

Selagi boleh jimat, boleh guna dan perbaiki okay je kan. Nak beli baru kena tunggu masa yang sesuai :)