Akhirnya pergi jugak membeli belah di Ikea lepas balik kerja..
Merasa la encik suami nak makan rib ikea..
Memandangkan lepas balik kerja hari Jumaat hari tu balik pukul 5.30 on time, so suami terus ajak gi Ikea..
Orang ramai je, cuma tak sesak langsung!
Target nak beli barang less than RM150.
Sampai sana terus g isi perut..
Spagethi + meatball (For me)
Rib (For Encik Suami)
Muffin Coklat (For me)
Bun & Mushroom Sup (For Encik Suami)
Mujur tak amik caramel & kek, ni pun dah kenyang makan.
Lepas makan, terus turun turun ke barangan bawah nak beli barang ikea terus.
No more jalan-jalan kat showroom dia..
Less than sejam shopping sebab nak kejar solat mahgrib kat rumah.
Aku ingat aku je yang kuat berangan nak itu ini..
Rupanya lelaki pun sama wei..
Laki bini keriangan dapat barang impian dia..
Tadaa.. Antara barang yang sempat dirembat di Ikea.
(Meja sofa, jam 2 ketui & bateri)
Mirror Clip ni tak jumpa nak beli kat Ikea.
Ke dia takde jual.
So, amik gambar, cari kat shoppee atau hardware je nanti.
Ini semua hajay Encik Suami nak DIY itu ini.
Aku iyakan aje..
Kusss.. Mujur masih dalam bajet yang ditetapkan..
Cukupla..
Jarang-jarang2 beli kat Ikea..
VITTSJO Meja
Barang-barang dalam kotak untuk meja..
Jom tengok hasil haul kali ini:
SEBELUM
SELEPAS
Jam ni aku ingatkan besi. Rupanya plastik.
Tak padan dengan harga.
Tapi tu la..
Pilihan Encik Suami yang sukakan design2 gini
SEBELUM
SELEPAS
Alhamdulillah..
Jimat Space nak lalu lalang dalam bilik sekangkang 'baby kera' ni
Dah 2 tahun impian, tahun 2020 baru dapat meja ni..
SELEPAS.
SEBELUM (Anggapla gambar sama cuma takde jam, tu nampak atas kabinet tu jam lama terbarai aku kerjakan)
SELEPAS
Aku tambah tali pinggang yang dah rosak, buat ala-ala gantung gitu
Rupa Jam Ikea pilihan aku
Murah dan tentunya cantek & sesuci lebaran gitewww..
Cukup la untuk tahun baru 2020 ni.
Tahun 2022 plak kita shopping lagi..
Haha~
Ok. Bye
XoXO
6 comments:
bajet rm150 tu x termasuk makan rib ikea kannns., hehehe ;p
Simple and ringkas je.
Saya pun teringin juga table laptop tu tapi dalam bilik takde space, nak letak kat ruang tamu takut jadi table lain pulak nanti haha maybe next time bila my sister nak makeover rumah, baru beli yang tu.
cantik meja tu aku pon berkenan tgok..
nk g ikea jauh sgt.. mmpu berangan jela dlu.. haha
table laptop tu sangat comel. syg sini takda ikea
menarik meja gitu...nanti nak cari utk letak kat rumah mak jugak
bestnye shopping ikea...rietta jrg dpt peluang ke sana...jauh amet....
Post a Comment